Sebagai seorang peniaga/ usahawan, sudah pasti apabila melihat sahaja perjalanan Business Public Gold ini adalah adalah satu peluang perniagaan yang sangat luar biasa,sangat mudah dan sangat bersistem. Dalam 30 minit – 1Jam pendaftaran PGCode saya telah berjaya tanpa perlu saya berjumpa dengan Introducer saya. Dan lebih menarik lagi, urusan jual beli, pemilikan emas dan lain-lain, semuanya terus kepada syarikat tanpa saya perlu melalui Introducer (Dealer) saya. Ini membuatkan saya lebih tertarik untuk mengetahui bagaimana caranya untuk menjadi Dealer Public Gold
Disebabkan saya melihat Public Gold ini adalah peluang yang sangat bagus untuk saya rebutkan. Saya terus membuat carian di Internet dan menjumpai beberapa blog Dealer Public Gold yang menerangkan bahawa kita juga berpeluang menjadi Dealer Public Gold secara percuma dengan hanya perlu mencari 50 orang Front Line. Maklumat ini telah membuatkan saya sangat gembira kerana saya dapat memulakan langkah pertama saya tanpa perlu saya keluarkan kos. Bagi saya untuk permulaan ini, bukanlah pangkat dealer itu yang saya kejarkan, tetapi saya perlu kenal bagaimana sistem recruitment Public Gold berjalan dan bagaimana sambutan masyarakat terhadap Public Gold.
Kemudian saya terus menghubungi Cik Zareen Naqiyah untuk memastikan maklumat yang saya terima tentang recruitment percuma itu benar. Dan selepas mendapat sedikit bimbingan cara untuk mendaftarkan akaun baru, saya terus memulakan langkah pertama mencari pelanggan baru. Waktu ini pendaftaran masih manual dimana kita memerlukan beberapa maklumat pelanggan dan resit bayaran minimum RM100 untuk pembukaan akaun. Alhamdulillah pelanggan pertama saya adalah pada 19 Mac 2020