Bagaimana Saya Bermula Dengan Simpanan Emas
Saya mula membuat simpanan emas pada tahun 2016, dengan bimbingan introducer saya Encik Mohd Rafie Bin Yusof setelah beliau menjemput saya dan isteri ke seminar ilmu emas di Public Gold Branch Kota Bharu. Setelah selesai seminar, saya terus bersetuju untuk memulakan simpanan emas pertama saya melalui akaun emas GAP, walaupun pada ketika itu ilmu saya tentang emas masih “zero”. Belian pertama saya pada ketika itu saya menggunakan duit hasil simpanan bisnes saya dan isteri yang berjumlah RM10 000 dan belian itu juga telah melayakkan saya sebagai seorang dealer Public Gold dengan percuma.
Walau bagaimanapun, ketika itu saya tiada niat untuk aktif sebagai dealer, sekadar ingin dapatkan insentif belian diri sendiri sahaja dan sempatlah saya daftarkan 5 orang penyimpan emas baru di bawah bimbingan saya. Untuk makluman, ketika itu saya telah pun “engage” dengan pekerjaan yang saya suka iaitu Mutawwif & Tour Leader (sejak 2014) yang telah memberikan saya peluang untuk travel kepada lebih 30 buah Negara secara percuma setiap bulan. Saya juga telah mempunyai bisnes saya sendiri bersama isteri dan “nature” pekerjaan itu juga tidak mengikat saya dengan “office hour” yang mana ia membolehkan saya focus 100% kepada bisnes saya sendiri ketika keberadaan saya di tanah air.
Bagaimana Saya Bermula Untuk Aktif Sebagai Dealer Public Gold
Awal tahun 2020, ketika pandemic Covid 19 melanda, pekerjaan saya sebagai Mutawif dan Tour Leader yang mana termasuk dalam sektor pelancongan antara sektor yang agak terjejas. Apapun Alhamdulillah, saya mempunyai “back up”, bisnes yang saya usahakan masih bertahan bahkan berkembang sehingga kami dapat buka 2 cawangan baru di tengah pandemik. Modal untuk buka 2 cawangan baru tersebut sebenarnya datang dari emas simpanan kami sejak 2016 yang kami pajak di Ar Rahnu Pos Malaysia dan itulah kali pertama saya menjejakkan kaki ke Ar rahnu untuk cagarkan emas saya sebagai modal bisnes. Bertitik tolak dari itulah terbukanya mata hati saya untuk mula aktif sebagai dealer Public Gold kerana pada saya manfaat yang saya rasa hasil dari simpanan emas perlu saya sampaikan juga kepada orang disekeliling saya. Bermula dari situlah saya jumpa balik introducer saya, menyatakan hasrat saya untuk aktif sebagai dealer Public Gold dan Alhamdulillah, status dealership saya masih lagi valid untuk saya teruskan bisnes Public Gold walaupun setelah 4 tahun tidak aktif.
Saya mula hadirkan diri dengan training dan education system dari rangkaian #PGG100Network sehingga saya akhirnya nampak sebenarnya peluang bisnes yang ada di dalam Public Gold jauh lebih besar dan terjamin buat masa depan saya dan keluarga. Timbul jugalah rasa sesal dalam diri saya kerana peluang sudah ada di depan mata sejak dari 2016, tapi pada tahun 2020 baru saya nampak peluang itu, apa pun pesan introducer saya, “usah toleh ke belakang, jalan terus ke hadapan”
Kejayaan Yang Dicapai Menuju Misi Bebas Kewangan Sebelum Umur 35
Berbekal dengan niat untuk bantu orang disekeliling agar mereka celik akan ilmu tentang emas dan bagaimana emas sebenarnya dapat menambahbaik kualiti keewangan kita maka saya terus aktif membimbing seramai mungkin rakan-rakan disekeliling agar mereka turut sama dapat rasa manfaat emas. Antara kegembiraan yang saya rasa apabila dapat bantu orang untuk mula celik tentang ilmu emas adalah di saat mereka khabarkan kepada saya bahawa simpanan emas telah banyak membantu mereka mengurus baik kualiti keewangan dan simpanan mereka.
Alhamdulillah dengan usaha dan support dari rangkaian #PGG100Network saya berjaya capai status Star Master Dealer dalam tempoh 6 bulan pada Mac 2021 dengan “passive income” semasa seolah-olah saya mempunyai pendapatan sewaan dari 5 buah “property” yang setiap satunya telahpun habis dibayar. Dengan potensi bisnes Public Gold dan rekod yang telah saya capai, saya optimis bahawa bisnes Public Gold yang sedang saya usahakan sekarang mampu merealisasikan impian untuk saya bebas keewangan sebelum saya berumur 35 tahun menjelang tahun 2025. Insya’Allah
Jutaan Penghargaan
Jutaan penghargaan buat introducer saya Encik Mohd Rafie Yusof yang telah memperkenalkan saya kepada simpanan emas, juga kepada Mentor saya Encik Mohd Zulkifli Shafie yang telah menyediakan bimbingan sepenuh masa untuk lihat kami berjaya juga buat rakan dealer dari G100 yang telah banyak memberikan sumbangan dalam menyediakan suasana bisnes yang cukup kondusif untuk kita sama-sama bina dan berjaya dengan Bisnes Public Gold.