BOOK OF THE MONTH (BOM)

Buku Wang Emas dan Misi bebas Hutang
Ini adalah buku combo wajib dibaca oleh dealer Public Gold. Kedua-dua buku ini saling melengkapi dan paling cepat pandai tentang emas dan kewangan. Ramai pembaca yang memberi feedback simpanan emas mereka bertambah di luar jangkaan bila sudah faham ilmu yang betul tentang emas dan kewangan. Buku "Wang Emas dan Misi Bebas Hutang" menggabungkan prinsip kekayaan dan pengurusan kewangan.
Bulan Januari

HADIAH PERSARAAN BUAT UMI
Buku ini menceritakan perjalanan hidup Allahyarham Tuan Muda Abdul Rahman Al-Amin yang membina empire bisness bermula ketika belajar di universiti sehinggalah akhir hayat beliau pada usia 25 tahun. Sebagai pesakit Beta Thalassemia Major, walaupon berjuang dengan rutin rawatan setiap minggu Allahyarham tetap berjaya membangunkan bisness Public Gold dengan baik. Kini, walaupon Allahyarham telah tiada tetapi hasil kerja keras Allahyarham ketika hidup, Allahyarham berjaya mewariskan ibunya income setiap bulan secara pasif melalui perniagaan Public Gold
Bulan Februari

The Psychology of Selling
Buku ini menceritakan psikologi untuk menjual yang perlu ada pada setiap pemilik bisnes. Rahsia mendapatkan cara berfikir yang betul bagi pemilik bisnes. Pemikiran dan psikologi yang betul bagi meningkatkan jualan dan recruitment pelanggan.
Bulan Mac

BE OBSESSED OR BE AVERAGE
"Be Obsessed or Be Average" oleh Grant Cardone menekankan pentingnya obsesif untuk mencapai kejayaan luar biasa. Cardone berkongsi kisah hidupnya, menekankan disiplin, kerja keras, dan fokus tanpa kompromi sebagai kunci kejayaan. Beliau memberi inspirasi kepada pembaca untuk mengubah pemikiran biasa kepada pemikiran obsesif, menetapkan matlamat tinggi, dan berusaha tanpa henti. Buku ini mendorong pembaca untuk melepaskan potensi penuh mereka dan mencapai kejayaan luar biasa dengan menjadi benar-benar obsesif terhadap matlamat mereka.
Bulan April

THE ART OF CLOSING THE SALE
"Buku 'The Art of Closing the Sale' oleh Brian Tracy adalah panduan lengkap untuk meningkatkan kemahiran dalam penjualan melalui strategi yang praktikal dan efektif. Buku ini menitikberatkan kepercayaan diri, penguasaan teknik komunikasi, dan sensitiviti terhadap isyarat pembelian. Tracy memberi penekanan kepada langkah-langkah untuk menutup jualan dengan berkesan, termasuk mengatasi bantahan pelanggan dan memanfaatkan peluang jualan. Sesuai untuk profesional yang ingin meningkatkan kemahiran dalam menjual produk atau perkhidmatan dengan berkesan untuk memenuhi kepuasan pelanggan."
Bulan Mei

THE PARABLE OF THE PIPELINE
Buku ini menceritakan kepentingan membina pendapatan yang berterusan. Walaupon kita bekerja untuk mendapatkan wang menggunakan tulang empat kerat kita, sebahagian daripada masa kita harus digunakan untuk melabur kearah menjana pendapatan secara pasif dimana kita hanya perlu bekerja sekali tetapi hasilnya berterusan.
Bulan Jun

Start With Why
Start With Why oleh Simon Sinek menekankan bahawa pemimpin dan organisasi yang hebat sentiasa bermula dengan tujuan yang jelas, iaitu "WHY". Buku ini mengajak pembaca untuk berfikir lebih dalam tentang sebab di sebalik tindakan, bukan sekadar fokus pada hasil semata-mata.
Bulan Julai

THE 7 HABITS OF HIGHLY EFFECTIVE PEOPLE
Buku ini menceritakan bagaimana hidup kita bergantung dengan cara kita melihat dunia. Kita hidup dengan mengikut kebiasaan yang dilakukan seharian. Dari kebiasaan ini akan mempengaruhi hasil matlamat dalam kehidupan. Jika kita ingin berubah, hal pertama yang perlu dilakukan ialah mengubah kebiasaan kita terlebih dahulu.
Bulan Ogos

GRIT (Why passion and resilience are the secret to success)
Buku ini menceritakan tentang minat dan kegigihan, ketetapan pendirian, ketahanan menghadapi kegagalan, cara mencapai kejayaan dalam jangka panjang, kebolehsuaian dalam mana-mana era dan mana-mana masa.
Bulan September

BULL'S EYE - THE POWER OF FOCUS
Buku ini ini memberi penjelasan tentang kepentingan untuk menetapkan matlamat dan mencari tujuan dalam kehidupan. Selain itu buku ini juga membincangkan bagaimana dengan memberi fokus dapat membantu sesorang mencapai matlamat secara peribadi atau dalam pekerjaan.
Bulan Oktober

The Shipbuilder (Five Ancient Principles of Leadership)
Buku ini wajib khatam oleh dealer G100. Buku ini menceritakan tentang bagaimana nak membina bisnes yang berstruktur, bersistem yang mampu bertahan lama dan sentiasa mendatangkan pendapatan pasif yang kukuh.
Bulan November

EAT THAT FROG!
Buku "Eat That Frog!" oleh Brian Tracy mengajar cara mengatasi sifat bertangguh dan menjadi lebih produktif dengan menyelesaikan tugas-tugas penting terlebih dahulu. Brian Tracy menggalakkan pembaca untuk menangani tugas-tugas yang paling mencabar dahulu, sebagai langkah pertama untuk mencapai kejayaan. Buku ini memberi strategi praktikal untuk menguruskan masa dan meningkatkan produktiviti secara keseluruhan.
Bulan Disember

Secret Of The Millionaire Mind
Buku ini memberi panduan tentang bagaimana mentaliti kita terhadap wang mempengaruhi kejayaan kewangan kita. Penulis menekankan bahawa untuk menjadi kaya seseorang perlu mengubah cara mereka berfikir, membuang mindset negative tentang wang, dan menggantikan dengan sikap positif dan terbuka terhadap peluang kewangan. 17 prinsip utama yang ditulis dalam buku ini boleh digunakan untuk mengubah keadaan kewangan seseorang ke arah kejayaan kewangan jangka panjang.

ATOMIC HABITS
Buku ini memceritakan tentang perubahan kecil yang sering kali dianggap remeh tetapi sebenarnya memberikan hasil yang luar biasa dalam kehidupan. Buku ini juga mengandungi strategi praktikal yang megajar anda cara yang betul untuk membentuk tabiat baik dan menghentikan tabiat buruk.

How to Get from Where You Are to Where You Want to Be
Buku "How to Get from Where You Are to Where You Want to Be" oleh Jack Canfield memberikan panduan langkah demi langkah untuk mencapai matlamat hidup dan kejayaan. Jack Canfield menekankan pentingnya menetapkan matlamat yang jelas, menghadapi cabaran dengan positif, dan bertindak secara konsisten. Buku ini sesuai untuk mereka yang mahu mengubah hidup mereka dan mencapai cita-cita dengan cara yang berdaya maju.

The Business School For People Who Like Helping People
Buku ini menceritakan tentang perniagaan network marketing yang bukan semata-mata tentang bagaimana untuk buat duit. Penulis juga menjelaskan tentang cara untuk membina kekayaan bagi sesiapa sahaja yang bersunguh-sungguh ingin berjaya.