419521553_7146440308727038_1421634098171125897_n.jpg

Nor Azah Ahmad

Latar Belakang
Saya Pn Nor Azah Ahmad seorang guru lulusan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dari Universiti Mohd Al-Khamis Maghribi. Mendapat Diploma Pendidikan dari MPI Bangi. Mula berkhidmat sebagai guru Bahasa Arab pada tahun 1991 dan memilih bersara pilihan pada Jun 2018 setelah berkhidmat selama 27 tahun. Saya juga mengajar kelas tambahan Bahasa Arab di pusat tuisyen dan di Maktab Perguruan pada cuti hujung minggu dan cuti hujung tahun. Saya membina rumahtangga bersama Tn Haji Ahmad Tarmizi dan mempunyai tiga orang anak yang masing-masing sudah bekerjaya, Alhamdulillah.
Bagaimana saya bermula simpan emas
Walaupun merupakan seorang graduan universiti, saya hakikatnya seorang yang “buta ilmu kewangan”. Target simpanan saya hanyalah untuk tunaikan Haji dan Umrah. Tiada target menyimpan untuk manfaat yang lain. Saya berjaya tunaikan Haji dan Umrah Wajib pada awal usia 30-an mungkin asbab doa dan istiqamah menabung dengan suami.Tapi disebabkan kejahilan saya dalam ilmu kewangan, banyak kesilapan saya buat dan terlepas peluang menjana aset fizikal yang berharga. Simpanan yang ada biasanya dihabiskan untuk  beli dan tukar kereta serta perkara kurang bermanfaat. Rumah pertama saya pada usia 35 tahun. Sebelum tu tak terlintas nak beli rumah,kononnya harga rumah ratus ribu, lama pulak kena bayar sampai 25 ke 30 tahun.
Turning point untuk buat bisnes Public Gold
Alhamdulillah, kesilapan ini tidak berlanjutan. Pada awal 40an barulah saya bersungguh mula mencari ilmu kewangan. Mula berjinak dengan bisnes emas atas keyakinan bahawa emas adalah aset fizikal ciptaan Allah yang sangat baik sebagai simpanan jangka panjang.Saya join bisnes emas dengan syarikat GCP. Saya terus mencari ilmu bisnes dan kewangan sehingga saya terjumpa blog MohdZulkifili.Com yang sarat dengan ilmu kewangan. Di blog inilah saya dapat kenal Public Gold.Semenjak itu saya telah nekad menyertai PG pada tahun 2013 sebagai Normal Dealer dengan belian emas RM30,000.Saya mencapai star FMD pada Mac 2017 dan sekarang 2 star FMD dengan empire lebih 72 ribu orang, Alhamdulillah.
Cabaran yang dihadapi sepanjang membina bisnes Public Gold
Di tahun pertama dan kedua menjalankan bisnes adalah fasa yang agak sukar. Bisnes dijalankan ikut cara sendiri. Nak ikuti program PG selepas 2 tahun pertama seperti seminar, PGIS, NDO dan JLT pun agak mencabar, kena ke branch atau ke lokasi program yang jauh. Perlu pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit. Semua ditempuh demi ilmu dan dream yang kuat. Sekarang, perkembangan bisnes PG sangat baik. PG adalah bisnes model yang sangat bagus. Ada sistem mentoring. Saya ditakdirkan berada under G100 Network yang diterajui oleh Tn Mohd Zulkifli Shafie . Dalam G100 disediakan pelbagai  sistem sokongan bagi dealer yang decide nak grow. Di sini ada business school, pelbagai training dan support sistem yang terbaik.
Perubahan selepas bersama G100
Berkat ilmu yang di timba dari mentor dan team G100 serta konsisten menyampaikan ilmu pelaburan emas  kepada masyarakat, empire bisnes saya makin berkembang. Sepuluh tahun lalu saya tak pernah impikan boleh mendapat  peluang sebegini . Walaupun bermula lewat, saya mampu mencapai financial freedom dan pencen 5 tahun lebih awal dari tarikh sepatutnya. Saya juga boleh menambah dua buah lagi hartanah  serta pemilikan aset  emas.
Penghargaan
Alhamdulillah, di PG juga saya menerima pasif income 4 ke 5 angka setiap bulan. Bisnes empire akan saya wariskan kepada anak cucu. Saya  berazam  untuk terus berkongsi konsep I.S.S.I kepada masyarakat dan berdoa agar lebih ramai rakyat Malaysia mencapai financial freedom.Terima kasih  kepada  suami serta keluarga, founder PG Dato’ Wira Louis Ng,Tn Mohd Zulkifli,Tn Syukor Hashim dan keluarga besar G100. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian.