Apabila saya dan isteri merasai sendiri kelebihan menyimpan emas serta berjaya membina dana kecemasan dengan emas dalam tempoh kurang setahun. Kami mula terfikir untuk berkongsi manfaat ini dan sangat yakin masih ramai yang sedang bertarung dengan masalah kewangan yang tiada kesudahan. Kami rasakan adalah menjadi satu kewajipan untuk kami berkongsi pengalaman, kebaikan dan manfaat menyimpan Emas dengan ilmu.
Sejak daripada itu kami mula mengkaji peluang dan kelebihan busines yang ada bersama Public Gold. Busines model Public Gold sangat menarik minat kami sebab konsepnya yang mampu menjana pendapatan pasif dan kami mampu membina empayar business yang kukuh serta boleh diwarisi. Kami menjadi semakin minat untuk menjadi dealer Public Gold atas asbab melihat keikhlasan, semangat dan kejayaan mentor kami Tn Mohd Zulkifli Shafie dalam membina empayar business Public Gold beliau.
Alhamdulillah, pada tanggal 5 November 2015 kami ambil keputusan untuk menjadi Authorized Normal Dealer dengan pembelian GAP sebanyak RM10,000. Syukur ke-hadrat Ilahi berkat usaha yang istiqamah, hari ini (18 Jun 2021) kami telah mencapai status 1 Star Founder Master Dealer Public Gold yang mempunyai empayar business seramai 2130 customer base. Perjalanan kami masih jauh dan InshaALLAH kami ingin membimbing seramai mungkin dealer-dealer dibawah kami demi mencapai kejayaan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang bersama G100 Network.
Saya dan isteri mempunyai impian yang sangat besar yang ingin dicapai dengan business Public Gold. Kami ingin melahirkan 100 Master Dealer dan memiliki empayar business melebihi 100,000 customer base sebelum 31 Disember 2030. Seterusnya kami berhasrat untuk menggapai status financial freedom hasil daripada pendapatan pasif daripada Public Gold. InshaALLAH.