Cari Guru Pelaburan, Bukan Salesman
Bukan emas yang membuatkan kita kaya, tapi ilmu kita tentang emas itu yang boleh mengkayakan kita. Kekadang ada bakal pembeli emas ‘gertak’ untuk minta itu ini dari saya sebagai pra-syarat untuk dia membeli emas dan berdaftar di bawah saya, seolah-olah saya terlalu terdesak hingga sanggup gadaikan prinsip dalam berniaga. Dia tak tahu, lebih ramai yang menyesal sebab tak dapat introducer yang betul. Ia bukan soal komisyen yang introducer (seperti saya) dapat, tapi yang lebih penting, mereka perlukan GURU yang boleh bagi panduan yang betul tentang pelaburan emas. Emas tak ada apa-apa makna tanpa ilmu.
Ada orang membeli masa harga mahal sebelum ini, tapi dia sentiasa happy samada harga naik atau turun. Ada orang beli emas, harga emas turun seringgit dua (per gram) pun dah berkeluh kesah. Bila harga emas naik 2, 3 ringgit, datang pula rasa menyesal sebab tak membeli masa harga rendah. Jadi mereka sentiasa dihantui perasaan keluh kesah dan menyesal tak kira harga emas naik atau turun. Semuanya kerana ilmu. Dia tak faham apa yang dia buat. Yang dia tahu, dia cuma ada emas! Dia fikir, emas itu yang membuatkan dia kaya, sedangkan ILMU itu lebih mahal daripada emas itu sendiri.
Antara Ejen Salesman dan Guru
Untuk berjaya dalam apa bidang sekalipun, kita perlukan ilmu. Tanpa ilmu, itulah risiko sebenar melibatkan diri dalam mana-mana pelaburan. Untuk dapatkan ilmu yang betul, tentunya kena dapatkan daripada guru yang betul. Bagi saya, satu kerugian besar kalau beli emas Public Gold tanpa introducer yang boleh kita jadikan guru. Pengalaman saya, RAMAI introducer (dealer emas) yang cuma sekadar salesman. Mereka akan LEPAS TANGAN bila pembeli emas dah berdaftar bawah mereka sebab mereka tahu, suka tak suka, pembeli emas itu tetap berada di bawah mereka sampai mati (sebab syarat Public Gold tak boleh tukar introducer)! Sekali berdaftar bawah mereka, “bye-bye”…
Masa tu baru kita boleh kenal wajah sebenar mereka. Mesej tak lagi berbalas, call tak lagi berjawab, email tak lagi ber-reply, bahkan yang tinggalkan bisnes Public Gold pun ramai. Pembeli emas terkontang-kanting mencari panduan, dan terpaksa cari dealer macam saya untuk dijadikan “ayah angkat” bila-bila terdesak untuk dapatkan rujukan. Saya terpaksa layan setakat yang boleh, tapi keutamaan saya semestinya kepada pembeli-pembeli emas di bawah saya sebab mereka semua “anak kandung” saya sendiri.
Mesej-mesej begini yang sering saya terima menunjukkan betapa pentingnya introducer yang betul untuk berjaya.
Ejen Yang Mengkayakan Kita
Pesan Robert Kiyosaki, ejen atau “broker” boleh membuatkan kita kaya, tapi “broker” juga boleh membuatkan kita jadi “broke” (pokai)! Jadi Kiyosaki nasihatkan, jangan melabur melalui ejen sembarangan. Bila nak melabur, carilah ejen yang boleh kita jadikan GURU. Walaupun mungkin mereka bukanlah top ejen (top salesman!), yang penting mereka fokus upgrade ilmu mereka, amanah dan bertanggungjawab dalam memberikan nasihat. Bukan ejen yang jadikan kita sebagai “anak buangan” lepas mereka dapat duit (komisyen) dari kita.
Robert Kiyosaki ada berikan beberapa tips memilih ejen dalam bukunya. Beberapa kriteria ejen yang boleh kita dapatkan ilmu daripadanya, antaranya;
#1 – Melabur dalam produk yang mereka jual
Kalau mereka jual emas, mereka juga adalah penyimpan dan pelabur emas tegar. Bukan sekadar berdaftar RM1,000 sebagai ejen, tapi mereka sendiri tak menyimpan emas! Mereka hanyalah salesman emas. Ejen begitu, kita hanya dapat beli emas, tapi kita tak dapat ILMU. Mereka tak faham perspektif kita sebagai pelabur, dan mereka tak dapat berikan nasihat yang betul tentang pelaburan.
#2 – Fokus apa yang mereka buat
Kalau mereka jual emas, mereka hanya jual emas sebagai pelaburan. Kalau emas mereka jual, unit trust pun jual, insuran pun mereka jual, bah semua benda mereka jual, ejen begitu sebenarnya tak fokus dengan apa yang mereka buat. Mereka tak betul-betul “pakar”. Mereka tak mampu jadi guru. Samada ejen tu part-time atau full-time, itu bukan persoalannya. Yang penting, mereka mesti fokus dan komited dengan apa yang mereka buat.
#3 – Bina hubungan jangka panjang
Mustahil untuk faham sesuatu ilmu secara one-off. Kalau baca buku pun, biasanya bila baca kali ke-2 dan ke-3, kita akan dapat kefahaman berbeza atas ilmu yang sama. Lagi diulang bacaan, lagi faham. Jadi nak melabur, cari ejen yang boleh wujudkan hubungan jangka panjang. Bila kita ada apa-apa persoalan, mereka boleh guide kita dari semasa ke semasa. Bukan ejen yang cuma berhubung untuk satu urusniaga sahaja.
#4 – Amanah dan bertanggungjawab
Pengalaman saya, orang yang paling pakar dalam apa-apa instrumen kewangan ialah ejen. Bukan kakitangan syarikat pelaburan atau pensyarah universiti yang ada Phd sekalipun. Ejen bukan sahaja tahu selok belok produk kewangan yang mereka jual, tapi mereka faham kehendak / keperluan kita sebagai customer.
Kalau nak belajar tentang takaful, carilah ejen takaful. Kalau nak belajar unit trust, carilah ejen unit trust. Kalau nak belajar hartanah, carilah ejen hartanah. Kalau nak belajar tentang emas, carilah ejen yang menjual emas. Merekalah orang yang paling pakar untuk berikan nasihat kepada kita. Cumanya, bukan senang nak cari ejen yang boleh beri nasihat demi kepentingan poket kita. Kebanyakkannya mementingkan poket mereka sendiri berbanding kepentingan kita.
Jadi bila terima nasihat dari ejen, jangan terus telan bulat-bulat. Fikir dulu baik-baik. Pesan Warrent Buffet (pelabur terhandal di dunia), katanya; “never ask a barber if you need a haircut”… Jangan tanya tukang gunting samada kita perlu gunting rambut atau tidak. Semestinya nasihat tukang gunting akan ‘bias’ sebab memang dia cari makan dengan menggunting rambut! (“,)
Wallahu a’lam.
Zulkifli
Damansara Damai
17 Februari 2015
27 Rabiul Akhir 1436
NOTA PENTING
Sebelum KALI PERTAMA beli emas Public Gold, cari dulu siapa introducer yang anda percaya. Sekali anda berdaftar di bawah introducer tu, ia akan KEKAL SAMPAI MATI. Jadi jangan beli emas (dan jangan berikan maklumat peribadi) kepada dealer sembarangan sebab Public Gold tak benarkan tukar introducer bila dah berdaftar. Introducer mungkin akan memberikan kesan langsung dengan pelaburan emas anda. Peranan paling penting yang anda perlukan dari seorang dealer (introducer) Public Gold ialah:
- Khidmat nasihat berterusan tentang pelaburan emas. Dealer yang aktif biasanya up-to-date dengan apa-apa perkembangan tentang pelaburan emas dan Public Gold. Tanpa dealer, kita mungkin akan ‘ketinggalan’.
- Memudahkan proses jual beli dengan Public Gold. Kalau ada apa-apa masalah dalam urusan jual beli, mungkin introducer boleh membantu. Dealer lebih tahu apa yang perlu dibuat, dan dengan siapa kita boleh berurusan.
Perkara paling best, anda tak perlu bayar satu sen pun untuk dapatkan introducer (dealer). Ianya percuma. Samada anda beli emas berdaftar dengan introducer atau tanpa introducer, harganya tetap sama. Tak ada beza. Bezanya cuma, anda akan dapat lebih ‘advantage’ berbanding mereka yang tiada introducer.
Kalau anda nak letak nama saya sebagai introducer, gunakan kod saya PG002369 Mohd Zulkifli Shafie semasa PERTAMA KALI membeli emas dengan Public Gold. Kalau lupa kod saya, berikan sahaja no. telefon saya dan minta staff Public Gold tolong semakkan. Saya benarkan sesiapa meletakkan nama saya sebagai introducer TANPA perlu minta kebenaran. Yang penting, lepas buat belian, maklumkan kepada saya 019-336 8009 (wassap, sms).
Saya tak layan sesiapa yang nak tukar introducer kepada saya lepas dah berdaftar dengan introducer yang lain sebab saya menghormati ‘hak’ introducer yang lain. Suka tak suka, introducer pertama itu ialah ‘ibubapa’ kita dalam dunia Public Gold.
(Kredit foto : static.squarespace)
assalam,
beli hanya 1 dinar tapi tok guru layan kerenah anak murid mcm beli 100 dinar. terima kasih Tok Guru kerana boleh beri nasihat bab dunia dan akhirat. wassalam
Wslm En. Ramli.
Alhamdulillah. Puji-pujian bagi Allah.
As salam En Zul,
En Zul mmg introducer yang bagus. Banyak info saya dapat dr En Zul
Wslm En. Nizam,
Alhamdulillah. Puji-pujian bagi Allah. Terima kasih atas kepercayaan kepada dealership saya. 🙂
Dalam mana-mana pelaburan sekalipun, panduan dari orang berpengalaman adalah sangat penting.
TERBAIK..PENUH INFOMASI DAN MENAFAAT…TQVM TUAN
Alhamdulillah…
Sy sangat setuju..introducer terbaik adalah pembimbing kepada kita. Apa yang penting adalah ilmu yang dapat kita perolehi. Insyaallah..
Salam,
Saya baru shj register dibawah nama anda,
Harap beri tunjuk ajar
Wslm En. Hafiz,
Terima kasih atas kepercayaan kepada dealership saya. Kalau ada apa2 persoalan, boleh contact saya bila2 masa 019-336 8009 (wassap & sms). InsyaAllah saya boleh guide setakat apa yang saya tahu, insyaAllah.
Assalammu’alaikum En Zul,
Saya cukup tertarik dari nasihat Robert Kiyosaki. Memang betul dalam dunia ini beribu2 ejen kita boleh jumpa. Terutama sekali dalam era dunia sekarang ini. Semua org berebut-rebut ingin menjadi jutawan dengan sekelip mata. Tapi malangnya, ejen yang betul amanah dan sanggup share ilmu perlaburan, boleh di bilang dengan hujung jari…..
Masaalah saya, saya dah terdaftar dgn introducer tu sblm jmpa tuan… Mmg menyesal… Tp sya yakin dgn tuan… Sya yakin ada hikmah dan rezeki… Terima kasih diatas khidmat nasihat ikhlas drpd tuan…
Betul En. Noor. Ada hikmah.
Sama2 En. Noor.
Assalamualaikum..harga emas boleh turun lagi ke..nk tambah pelaburan ni?
Wslm En. Ishak,
Harga emas memang boleh turun lagi, tapi samada dia akan turun atau tak, tak siapa yang tahu.
Terima kasih En. Zul..berkat tunjuk ajar En. Zul beserta penerangan yg terperinci..saya sudah bermula walaupun sedikit..syukran En. Zul
Sama2 En. Nazrin. Alhamdulillah..
Assalammu’alaikum En Zul,
Puji-pujian bagi Allah.
Tahun lepas saya telah membeli emas dengan public gold tanpa introducer. Adakah public gold membenarkan saya memasukan nama intriducer, sedangkan saya belum pernah ada intriducer.?
sebelum ini saya mengenali public gold melalui internet.
Untuk pengetahuan en.Zul saya baru 3 bulan terjumpa blog ini.
terima kasih,
shahrul.
Wslm En. Shahrul,
Kalau belum ada introducer, Public Gold benar letak introducer tapi syaratkan, En. Shahrul nak upgrade daripada customer biasa menjadi dealer. Kalau En. Shahrul sekarang ni ialah Normal Dealer, kena upgrade menjadi Priority Dealer. Masa nak buat belian untuk layak sebagai Dealer atau Priority Deakler, boleh contact mana2 dealer yang En. Shahrul nak jadikan sebagai introducer tu. InsyaAllah dia boleh bantu.
Terima kasih En.Zul atas pencerahan.
nampaknyer lama lagi lah saya nak letak nama en.zul sebagai introducer saya.
apapun saya doakan en.zul diberkati allah dan di murahkan rezeki.
amin…
InsyaAllah. Amiin ya Allah..
Byk ilmu n nsht yg sy dpt mllui blog en.zul..
wpun sy brdftr dgn introd lain..tp sy typ bc blog en.zul.ilmu allah itu luas.trmksh2..
Alhamdulillah. Mudahan-mudahan blog ni terus bermanfaat, insyaAllah.
Slm tuan…saya amat berminat dengan emas ni. Saya harap tuan boleh jadi introducer saya.
Wslm Pn Siti,
Boleh, insyaAllah. Kod saya PG002369 Mohd Zulkifli Shafie.
Salam cik zul..sy nk beli emas lah..tp xtau mcm ne.
As-salam en Zul,
Saya nak tanya, mcm mn nak jadikan en Zul sbgi introducer??adakah permulaan perlu beli emas?? maaf saya x berapa jelas ttg itu….perlu beli emas xkira berapa gram dgn public gold n pilih en zul utk jadikan intoducer???….Selepas saya daftar dgn PG saya dilantik sbgi Dealer??….mohon penjelasan Tuan…
Wslm Pn. Najmiah,
1. Belian pertama boleh letak sesiapa untuk jadi introducer. Masa belian pertama sahaja, tak kira beli berapa gram sekalipun. Belian seterusnya, introducer tu akan kekal sampai bila-bila. Puan boleh wassap saya 019-336 8009 kalau perlukan penjelasan untuk status puan.
2. Untuk jadi dealer, kena buat belian RM30k dalam satu belian. Tapi bulan promosi bulan Ogos 2015, beli 100 gram melalui kaedah GAP (rujuk http://www.bit.ly/beliemasgap), automatik jadi dealer.
ooook,
Utk makluman tuan, sebelum ni saya sudah mempunyai 2 dinar emas hasil bermain kutu dgn family….niat hati ingin menambah lagi bilangan dgn membeli 1gram setiap bulan (dlm proses mengira bajet sbb gaji kecik je hehe)…cumanya klu nak dapatkan En Zul sbgi introducer, saya perlu membeli emas melalui tuan (lagi mudah kot)….sbb saya ni agak buta IT skit haha….
no hp saya sudah sedia ada dgn tuan (kita pernah berhubung berkenaan emas sblm ni), cuma saya da tukar kpd no baru dr 0168938574 kpd 0182814533….sbb no yg lama bermasalah….
Ok Pn Najmiah.
Dlm 1 minggu ni sy bnyk baca artikal En. Zul. Sy blum pernah beli emas PG tapi brcadang nk beli dan sy pun harap En Zul utk jd guru sy nanti.
Alhamdulillah. Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.
En. Mohammad boleh wassap saya di 019-336 8009. InsyaAllah saya boleh guide.