Kesan GST Ke Atas Pelaburan Emas

Ramai yang salah faham; kesemua emas berketulenan 995 dan ke atas bebas GST <– Ianya SALAH. Dalam Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan 2014, hanya emas 995 ke atas dan BERCIRIKAN PELABURAN (dari sudut undang-undang) sahaja dia kecualikan GST. Dalam senarai barangan bebas GST di bawah akta tersebut, dinyatakan dengan jelas, emas yang “bercirikan pelaburan” mestilah yang DITAPIS dan berada dalam senarai “Good Delivery” London Bullion Market Association (LBMA).

Maksudnya, mana-mana emas 999.9 yang tidak melalui tapisan LBMA, tetap dikenakan caj GST sebanyak 6%! Dan banyak syarikat masih keliru (atau sengaja mengelirukan) tentang requirement ini. Setakat ini di Malaysia, hanya Public Gold satu-satunya jenama tempatan yang diiktiraf oleh LBMA (dan dikecualikan GST). Sebagai pelabur emas yang bijak, kita perlu tahu tentang requirement ini sebab ia akan memberikan kesan langsung yang besar kepada pelaburan kita.

Kesan #1 – Caj Tambahan GST 6%

Apa yang perlu kita faham, harga emas tidak naik disebabkan GST, tapi pembeli emas di Malaysia perlu bayar caj tambahan GST sebanyak 6%. Harga emas naik turun tak ada kena mengena dengan ekonomi Malaysia, tetapi ia bergantung kepada perkembangan ekonomi dunia terutamanya yang memberi kesan langsung kepada matawang US Dollar.

Jadi mulai 1 April 2015, kesemua emas yang dibeli di Malaysia akan dikenakan caj GST 6% kecuali;

  1. Kijang Emas BNM (dijual di Maybank)
  2. Emas di UOB Bank (emas jenama antarbangsa seperti; Canadian Maple Leaf, Pamp Suisse, Australian Kangaroo, Singapore Lion)
  3. Public Gold (hanya item yang diiktiraf LBMA sahaja)

emas bebas gst di malaysia

Jenama emas bebas GST di Malaysia

Untuk Public Gold, walaupun ia telahpun keluarkan emas LBMA yang bebas GST, item-item seperti gold bar Bungamas, Tai Fook, dan Flexibar masih lagi dijual dan dikenakan GST. Secara jujurnya, item-item tersebut memang tidak lagi sesuai untuk tujuan pelaburan bila dikenakan caj tambahan 6%. Ianya mahal dan merugikan bila dikira dari sudut pelaburan.

Kesan #2 – Spread Dinaikkan Untuk Serap GST

Bagi emas yang dikenakan GST, spread (selalu diistilahkan sebagai “susut nilai emas”) dinaikkan dari sebelumnya. Ini disebabkan pekedai emas juga terpaksa tanggung kos GST bila mereka berjual beli sesama pekedai atau peniaga emas. Bila spread dinaikkan, maksudnya keuntungan kita lebih kecil atau kita terpaksa tunggu masa lebih lama untuk nikmati keuntungan tersebut. Walauapapun, selagi tak jual, kita tak akan rugi.

Berikutan perlakasanaan GST mulai 1 April 2015, Public Gold telahpun menaikkan spread emas-emas lama yang bukan LBMA (gold bar 999.9 lama, dan dinar 916) daripada 4.5% – 8.0% kepada 10% untuk kesemua jenis item.

Bagi saya, spread emas lama dinaikkan hanya kepada 10%, itu sudah dianggap sangat bermurah hati. Saya jangkakan sebelum ini, spread akan dinaikkan kepada 15% + 6%. Maksudnya, Public Gold dah cuba yang terbaik untuk meminimumkan kesan GST kepada pemilik emas lama.

jongkong dinar emas public goldGold bar dan dinar 916 i.e. produk lama keluaran Public Gold, susut nilai dinaikkan menjadi 10%. Saya masih simpan banyak emas-emas lama ini. Kelebihan utama, ia senang untuk pajakan sebab ianya tak berseal.

Semua Orang Susah Gara-gara GST

Kekadang kita fikir macam tak adil sebab spread dinaikkan. Tapi hakikatnya, semua orang susah gara-gara GST; bermula dari pengimport, pengilang, pengeluar, pekedai, ejen hinggalah kepada pembeli emas. Tak ada orang yang senang dengan GST kecuali kerajaan. Cuba bayangkan, komisyen yang Public Gold bayar kepada Master Dealer (top level dealer) hanyalah 2.0%, sedangkan kos GST ialah 6%! Maksudnya, kos GST tersebut sangatlah besar. Jumlahnya ialah 3 kali ganda komisyen dealer.

Jadi kalau tak dinaikkan spread, Public Gold terpaksa menanggung kos yang sangat besar. Ia confirm menjejaskan syarikat dengan teruk. Kalau syarikat bermasalah, impaknya sudah tentu lebih buruk kepada pemilik emas lama. Jadi bagi saya, Public Gold sudah buat yang terbaik untuk pastikan situasi WIN – WIN.

dinar gold bar 24k lbmaBentuk emas Public Gold yang diiktiraf oleh LBMA. Ketulenan 999.9 dan ianya berseal kekal. Untuk pajakan, buat masa ini hanya Ar-Rahnu Pos Malaysia sahaja terima pajakan tanpa perlu buka seal.

Kesan #3 – Harga Dinaikkan Untuk ‘Sorokkan’ GST

Lepas bermulanya perlaksanaan GST, saya pergi survey kedai-kedai emas di sekitar Sg Buloh. Bila ditanya, semua pekedai ‘declare’ pelanggan tak perlu bayar GST. Mereka yang bayarkan! Wah, sejuk hati mendengarnya. Tapi bila tengok harganya, masyaAllah… Mahal… Ketika harga emas Public Gold dijual sekitar RM150 – RM155 segram untuk emas 999.9, mereka menjual pada harga RM180! Itu belum masuk kos upah! (“,)

Maka saya boleh buat kesimpulan, sebenarnya pekedai emas sorokkan kos GST ke dalam harga tersebut. Hakikatnya, kita sebagai PEMBELI juga yang menanggung kos GST tersebut, bukan pekedai.

Bungamas Flexibar TaifookKalau emas Public Gold, untuk item yang dikenakan GST (Bungamas, Tai Fook dan Flexibar), harga yang dipaparkan di website; belum lagi termasuk kos GST 6%. Kalau nak beli item-item tu, kena kira sekali kos GST 6% dari harga website.

Jadi saya boleh buat kesimpulan, emas yang dikenakan GST tidak lagi menarik untuk tujuan pelaburan. Kalau beli emas untuk tujuan mendapat keuntungan maksimum bila menjualnya suatu hari nanti, tak ada pilihan lain kecuali hanya emas yang diiktiraf oleh LBMA dan yang bebas GST sahaja iaitu emas UOB Bank, Kijang Emas BNM atau Public Gold sahaja. Bagi saya, emas Public Gold antara pilihan terbaik untuk pelaburan emas di Malaysia disebabkan 10 faktor sebagaimana saya terangkan dlm artikel “10 Kelebihan Utama Emas Public Gold”.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
14 April 2015
24 Jamadil Akhir 1436

22 Comments

  1. Alhamdulillah..terima kasih En.zul,

    satu pencerahan yang sangat difahami oleh pelabur emas.
    saya doakan en.zul dimurahkan rezeki.

    satu soalan daripada saya adakah produk public gold 250gram juga di iktiraf LBMA dan dikecualikan GST ?

    1. Wslm En. Azrul.

      Alhamdulillah.

      Untuk 2015, Public Gold hentikan barang kemas untuk perhatikan kesan GST yang dijangkakan permintaannya akan merudum. Tahun 2016 Public Gold akan pertimbangkan semula.

  2. Salam tuan zul,saya nk tanya sikit tentang coin 1dinar(916),mengapa dah xdisplay price dekat web public gold?adakah PG da x terima kalau kita nak jual balik emas dinar 916?dan soalan kedua,adakah kalau PG beli balik emas dinar 916, kita akan dicaj gst atas jualan semula emas tu pada PG?mohon pencerahan.

    1. Wslm En. Muiz,

      1. Masih display. Refer harga di website, item “Gold Wafer – Dinar (22k)”

      2. Public Gold masih beli balik Dinar 916. Refer harga PG Buy pada “Gold Wafer – Dinar (22k)” tu.

  3. assalam:
    Boleh bagi pencerahan pasal kenyataan dibawah
    *. Sebenarnya pekedai emas sorokkan kos GST ke dalam harga tersebut. Hakikatnya, kita sebagai PEMBELI juga yang menanggung kos GST tersebut, bukan pekedai.*
    Peniaga yang tidak amanah dan berfikir tentang keuntungan semata-mata menggunakan alasan GST untuk menindas pengguna dan menaikkan semua harga barang. Tapi klau ikutkan iklan GST ada barang turun harga, kekal dan ada sedikit aje harga barangan yang akan naik. #TerimakasihkeranamemperkenalkanGST#

    1. Wslm En. Ramli,

      Memang orang berniaga biasa buat macam tu. Semua kos berkaitan sebenarnya telahpun diambil kira bila mereka menetapkan harga. Contohnya, kalau ada peniaga yang bagi tahu “caj penghantaran percuma”, sebenarnya mereka telahpun ambil kira keuntungan dan ‘masukkan’ kos penghantaran tu dalam harga yang kita bayar.

      Hakikatnya, kita dah pun bayar kos tersebut dalam harganya.

    1. Wslm En. Kamal,

      1. Saya tak pasti tentang Power Gold. Saya cuma ejen Public Gold sahaja. Saya syorkan En. Kamal rujuk ejen Power Gold terus untuk dapatkan maklumat yang tepat tentang Power Gold.

      2. Sebenarnya, apa jenama emas sekali pun, kita kena semak beberapa kriteria penting untuk pastikan emas tu dapat dijual dengan harga yang bagus bila nak pakai duit nanti. Kriteria tu En. Kamal boleh baca artikel saya di link http://www.mohdzulkifli.com/2012/05/5-kriteria-penting-memilih-emas-pelaburan.html .

      Wallahu a’lam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *