Cara Simpan Emas Dengan Selamat

Perkara pertama yang sahabat perlu tahu, Ar-Rahnu bukanlah tempat simpan emas. Ia tempat untuk dapatkan pinjaman bercagarkan emas. Jadi, menyimpan emas di Ar-Rahnu sangat merugikan kalau tak tahu manfaatkan duit pinjaman tu untuk menggandakan keuntungan.

Keduanya, simpan emas ni senang  jer, cuma bagi orang baru dia rasa takut sebab dia rasa nilainya tinggi. Padahal, simpan kereta, simpan handphone, simpan laptop dan barang berharga lain tu lagi berisiko besar berbanding simpan emas. Emas saiznya kecil jer. Senang disorokkan. Bagi saya, risiko hilang kereta lagi besar daripada hilang emas. Kita rasa risau simpan emas sebab ‘mindset’ kita jer. Kalau dah lama-lama nanti, rasa selamber jer, insyaAllah… Jadi, sebagai panduan asas, ini 6 tips penting untuk pastikan emas tu disimpan dengan selamat:

#1 – Jangan bagi tahu sesiapa

Ini paling penting. Kalau beli emas, jangan bagi tahu sesiapa kecuali isteri ataupun suami jer. Tak perlu tunjuk pada kawan-kawan koleksi emas yang kita ada. Duduk diam-diam sudah… (“,) Kecuali anda memang berniaga emas.

Untuk makluman sahabat, saya tak pernah bagi tahu pada jiran-jiran yang saya adalah dealer emas dan saya memang tak cerita pada sesiapa di kawasan kediaman kecuali sahabat rapat yang follow blog saya. Itu jer. Bukan tak nak promosi, tapi sebab faktor keselamatan. Nanti orang lain fikir rumah saya penuh emas, padahal habuk pun tak ada…

#2 – Simpan di rumah, syaratnya…

peti simpanan pelaburan emasSyiling 1 dinar saiznya lagi kecil dari duit 10 sen. So, nak simpan 1 dinar sebenarnya lagi senang dari simpan duit dan barang berharga lain. Tempat paling selamat simpan emas kat rumah ialah tempat yang orang biasanya tak terfikir. Mungkin dalam soket dinding, pam tandas, tin biskut, peti ais, dalam lampu, belakang jam, bawah almari, dalam pasir akuarium, dalam pasu, dalam tanah belakang rumah dsb. Asalkan jangan simpan dalam almari ataupun belakang oven dah lah sebab itu biasanya akan jadi sasaran perompak.

Nasihat saya, kalau simpan di rumah, simpan di beberapa tempat. Contohnya, anda ada 30 keping coin 1 dinar. Mungkin boleh pecahkan kepada 3 tempat. Setiap tempat simpan 10 keping. Ini penting untuk meminimumkan kerugian kalau rumah anda kena pecah masuk. Kes ini memang benar-benar berlaku kepada seorang kawan saya dan kerugian dia dapat diminimumkan, alhamdulillah…

Dan yang juga penting, khaskan hanya beberapa tempat untuk simpan emas. Jangan bertukar-tukar tempat, dan jangan letak di terlalu banyak tempat sebab beberapa kes yang saya jumpa, emas tu hilang sebab TERLUPA simpan di mana! Kita suka simpan ditempat orang lain tak terfikir, kononnya nak selamat, hinggakan kita sendiri tak terfikir di mana kita simpan emas-emas tu!

#3 – Simpan di pejabat, tapi…

Ramai orang tak perasan, pejabat mungkin boleh jadi tempat percuma dan agak selamat untuk simpan barang berharga. Tapi ia hanya sesuai kalau pejabat yang ada;

  1. Sistem kawalan keselamatan yang ketat. Nak masuk kena register di pos kawalan, bilik pun cuma “authorised personnel” jer yang boleh masuk, ada CCTV, dan laci workstation anda pun boleh dikunci.
  2. Kawan-kawan sepejabat yang boleh dipercayai dan amanah.

Cuma yang perlu ambik perhatian ialah cleaner yang keluar masuk bersihkan office. Itu jer.

#4 – Beli Safe Deposit Box dan simpan di rumahpeti simpan emas

Ini kosnya agak tinggi dan taklah selamat sangat especially kalau masa kita ada kat rumah. Kalau perompak masuk rumah, itulah yang pertama dia nak bukak.

Safe deposit box kat rumah ni lebih kepada simpan daripada anak-anak ataupun pembantu rumah jer. Bagi orang biasa macam saya, cara ni agak mahal dan kurang praktikal.

#5 – Sewa Safe Deposit Box di bank atau syarikat swasta

Bagi saya, simpan di Safe Deposit Box berbayar paling selamat dan paling nyenyak tidur malam. Kosnya pun murah jer. Paling murah sekitar RM100 untuk box paling kecik – boleh muat emas bernilai lebih RM100,000. Saya simpan kesemua emas saya di sana.

Persoalannya, berapa banyak emas yang berbaloi untuk sewa safe deposit box? Jawapannya terpulang. Kalau anda simpan emas di rumah dalam jumlah yang boleh mengganggu tidur malam yang lena, dan tak selesa tinggalkan rumah untuk balik kampung, lebih baik sewa safe box jer. Keluarkan duit sikit tak apa, asalkan kita peace of mind.

royal safe deposit box sunway

Tempat saya simpan emas – Royal Safe Deposit Box, Sunway.

Di Bank atau Syarikat Swasta?

Untuk orang kebanyakkan, saya syorkan sewa di bank sebab kosnya paling murah. Kekurangannya ialah cover insurannya cuma RM10,000 jer. Kalau nak cover lebih, kena runding dengan bank untuk naikkan cover insuran. Keduanya, waktu dia tertakluk waktu bank (pejabat) jer.

Sebagai dealer emas yang banyak urusan keluar masuk emas, saya lebih suka syarikat swasta sebab (1) cover insurannya tinggi, (2) waktunya lebih fleksible – 9.00 pagi hingga 11.00 mlm setiap hari termasuk Ahad dan cuti umum. Tapi ia bergantung syarikat swasta yang anda pilih. Saya sewa di Royal Safe Deposit Box, betul-betul bawah office Public Gold Sunway.

#6 – Tinggalkan pesanan kepada waris!

Emas ada aset tunai yang tiada dalam sistem kewangan. Tak siapa tahu berapa banyak emas yang kita ada, dan di mana emas-emas tu kita simpan. Hatta bank dan kerajaan pun tak tahu. Ia berbeza dengan aset-aset kewangan yang lain macam akaun simpanan, unit trust, saham dsb. Semua data-data tu kerajaan boleh trace melalui institusi-institusi kewangan. Kalau kita mati, maka tak siapa tahu di mana-mana kita simpan emas tu kalau kita tak pesan kepada ahli waris.

Jadi tips paling penting, bagi tahu kepada pasangan anda (atau ahli waris yang amanah) di mana anda simpan emas-emas tu. Takut terlupa ataupun anda ‘pergi’ dulu. Ada satu kes benar-benar berlaku kepada salah seorang pembeli emas Public Gold. Dia beli emas nilainya hampir RM2 juta. Tapi bila dia meninggal dunia akibat serangan jantung, isteri dan anak-anaknya tak tahu pun dia simpan emas tu di mana! Emas-emas si mati tak dapat diwariskan oleh keluarga!

Jalan Terakhir…

Dan satu kes lagi, isteri simpan emas bernilai RM70,000 dalam air-cond tanpa bagi tahu suaminya. Masa air-cond rosak, suaminya panggil technician dan technician tu angkut air-cond tu ke kedai dia. Dan emas tu lesap macam tu je… Jadi pastikan pesan kepada pasangan atau ahli waris.

Itulah 6 tips penting cara simpan emas dengan selamat. Kalau sahabat belum nampak tips ni sebagai penyelesai, mungkin boleh pertimbangkan beli emas Public Gold dan simpan terus dengan Public Gold secara percuma melalui Akaun Emas GAP! Dapatkan maklumat lanjut tentang pembelian emas kaedah Gold Accumulation Program (GAP).

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
24 Oktober 2011
26 Dzulkaedah 1432

Senarai link Safe Deposit Box, bank dan syarikat swasta:

[Artikel dikemaskini pada 2 September 2014. Semua Blog Comments sebelum ia dikemaskini mungkin tidak lagi relevan]

(Kredit foto : videohive)

104 Comments

  1. Salam En. Zul…
    terima ksh n tahniah kerana tdk lokek ilmu brkaitan emas untuk dikongsikan bersama..
    byk info brguna sy dpt dr pndgn suudara..
    mntk izin utk save dlm pc sy utk rujukn/prkongsian..

  2. salam. wah,…luckily, my sister skrg dh pndai mngadap intnet sbb hari2 nk buka ur blog. dia jd pminat fnatik ur blog now. alhamdulillah. thx 4 ur sharing!!!

    bbb4831.

  3. Kalau sikit, simpan kat rumah pun boleh. Kalau emas Public Gold (PG), boleh beli direct dari Company atau dealer public gold. Kalau nak emas PG, saya boleh bantu, insyaAllah.. contact 019-336 80009 (Zul). Kalau tak dapat bantu, saya akan bagi no. contact dealer terdekat, insyaAllah..

  4. salam..klu simpan emas fizikal dkt bank, bank ad kenakan apa2 caj x?mcm mane dgan zakat emas simpanan kita tuh?

  5. salam anonymius..kalau simpan kat bank yg cash deposit box..ada caj lah bergantung kpd saiz box tuh utk setahun..kalau di agrobank depa ada caj beberapa percent dr emas tuh..tp agrobank hanya ambil simpan emas perhiasan(gelang/rantai) sahaja..sy br tanya last week.. hakim PG 013.983.96.26…Kalau setakat 20-100 gm sy rasa x berbaloi..baik jaga sendiri..

  6. salam info tabg sangat baik..’

    saya tak tahu lah masa saya ni byk ke tidak dan tidak tahu berapa gm satu. tetapi mcm banyk jew.. sebab saya dah tak minat nak pakai. bagaimana cara nak simpan kan bank. dan bank mana yang murah caj..

    1. Wslm Noorss_noor,

      Alhamdulillah.. Puji-pujian bagi Allah. Emas tu kena timbang puan. Guna penimbang bahan buat kek kat rumah coz emas yang tak dipakai yang lebih 85gram kena zakat. Kalau nak caj paling murah, simpan di safe deposit box di AgroBank. Cajnya sekitar RM30 jer utk 1 box setahun, tapi tak cover insurance.

      Wallahu a’lam.

    2. assalam en zul..

      saya just nak reconfrm kalau nak simpan kat safe deposit box tu semua bank ada ke atau bank2 tertentu sahaja?

  7. Assalamualaikum

    saya nak tanya, saya berminat dengan pelaburan emas ni, jika kita simpan dengan syarikat swasta,dan cover insuran, adakah insuran itu islamic? sebab nak jauhkan riba

    dan boleh ke jika simpan dengan syarikat swasta and ambil takaful lain yang boleh cover emas ni?

    terima kasih

    1. Wslm Naz,

      Saya tak sure dia cover insuran Islamic atau tak. Tapi kalau di Royal Safe Deposit Box dekat PG Sunway, dia cover dengan Kurnia Insurans (non-Islamic).

      Untuk urusan lindungan Insuran tu, itu urusan Syarikat Swasta tu dengan syarikat Insuran. Dan pemegang polisi insurans tu ialah syarikat tersebut, bukan kita. Kalau safe deposit box tu kena rompak, kita claim dengan syarikat tu, bukan dengan syarikat insurans.

      Wallahu a’lam.

    2. jadi apa pandangan en. zul? adakah lebih selamat dari segi syariahnya simpan di rumah?

      terima kasih kerana membantu pencerahan kepada saya 🙂

    3. Bagi saya tak ada masalah dari sudut syariahnya sebab itu urusan syarikat dengan insuran, bukan kita pemegang insuransnya. Contohnya, kita pergi ke shopping complex, dan berlaku kemalangan. Kita claim dari pemilik shopping complex tu.. Kemudian pemilik tu claim dgn insuran non-islamic.

      Unless ada syarikat Safe Deposit Box lain yang bagi jaminan yang lindungannya dicover oleh Takaful, masa mungkin kita wajib berpindah ke syarikat yang lebih Islamic.

      Bagi saya, kalau emas tu banyak, lebih baik simpan di safe deposit box coz itu lebih menenangkan fikiran kita dan lebih ‘Islamic’ berbanding simpan di rumah yang membuatkan kita tak lena tidur malam… 🙂

      Wallahu a’lam.

  8. assalam…saya ada terbaca tentang pelaburan emas dengan virgin gold mining corporation. minima satu lot rm 5 ribu dan menjanjikan tiap bulan akan di beri rm600. rasanya en zul tahu tentang ini. cuma saya nk tanya betul atau tidak bisnes ni. trima kasih.

  9. Assalamualaikum en. Zul… Tumpang brtanya. Bg safe box yg insuransnya rendah cthnya hanya cover 10k, dan smpnn emas kita bernilai lebih drpd itu, sekiranya brlaku rompakan @ kebakarn d bank trsebut, adakah kita hnya mnerima ganti rugi sebyk 10k shj? Bgmana pula dgn nilai emas yg kita smpn?

    1. Wslm tuan,

      Kalau berlaku rompakan, kita hanya dapat ganti rugi sehingga jumlah insurans sahaja. Kalau amoun lebih dari insuran, kena top-up insurans. Kalau Safe Box swasta, biasanya dia bagi option untuk tambah cover insurans.

      Pada pendapat beribadi saya, actually kalau simpan di Safe Box Bank/ Swasta tu dah cukup selamat. Risiko rompakan sangat rendah. Ia jauh lebih baik daripada simpan di rumah. Dalam masa 12 tahun ni, cuma ada 1 sahaja kes Safe Box dipecah masuk iaitu di Public Bank.

      Wallahu a’lam.

  10. safe deposit box mane yang bangus khidmat pelanggan yang sangat bangus? kenapa nilai insurance yang di kenakan oleh bank-bank tertentu menghadkan cove incuran?

    1. En. Shariff,

      Saya buka safe box di http://www.rsdb.com.my sebab ia buka setiap hari termasuk public holiday, dari 9.00pg – 11.00mlm. Caj RM300 – RM500 setahun, ikut saiz box. Cover insurans RM100k, boleh tambah sampai RM300k setiap box. Bagi saya, mana-mana pun bagus rasanya.

      Memang bank hadnya cuma RM10k jer insurans. Sesetengah bank memang tak ada insurans langsung. Bagi saya, walaupun insurans rendah tak ada masalah sebab risiko rompakan safe deposit ni amat jarang berlaku. Dalam 10 tahun ni, cuma pernah ada 1 kes terpencil jer.

      Wallahu a’lam.

  11. Salam, arwah ibu saya ada meninggalkan barang kemas. Adik beradik bersetuju untuk tidak membahagi-bahagikan emas tersebut sebaliknya dibuat sesuatu agar dapat menambahkan pendapatan. Semoga dgn pendapatan itu, dapat disedekahkan atau dibuat sesuatu dan harap pahalanya untuk arwah. Apa yang patut kami lakukan dengan barang kemas tersebut.

    1. Wslm tuan,

      Emas tu sendiri memang tak boleh hasilkan pendapatan. Yang menghasilkan pendapatan dengan emas hanyalah mereka yang jual beli emas. Kalau emas tu banyak dan kalau ada ahli waris nak berniaga emas dengan emas tu, saya syorkan jadi trade-in emas tu dengan emas Public Gold sebab Public Gold belinya dengan nilai yang tinggi kalau trade-in. Kalau lepas trade in tu nilainya melebihi RM20,000, automatik layak jadi dealer Public Gold dan boleh berniaga emas.

      Wallahu a’lam.

  12. Salam En Zul,

    Saya As.Tahun lepas saya telah membeli emas melalui sistem pajak gadai di agrobank.saya telah membeli emas sebanyak 112grm dgn kadar RM20K dan pinjaman sebanayak RM15K.sampai sekarang saya masih belum mampu untuk menebusnya.Jadi saya terpaksa membayar upah simpan sebanyak RM1K++ setiap 6 bulan sekali dan telah membuat bayaran sebanyak 2kali.

    Soalan saya.
    1) Adakah berbaloi sekiranya saya membuat personal loan RM15K untuk cover emas saya.
    2) Setelah saya membuat penebusan itu, emas itu akan jadi hak milik saya. Adakah pendapat saya ini betul atau salah.
    3) Sekiranya emas tersebut telah menjadi hak saya, dimanakah saya boleh menjual emas tersebut untuk mendapat keuntungan sedikit dari emas tersebut?

    Sekian terima kasih.

    1. Wslm tuan,

      1. Saya rasa berbaloi sebab kalau tak buat macam tu, ruginya lebih besar. Rugi bayar caj pajakan.
      2. Betul. Lepas tebus, emas tu milik tuan sepenuhnya.
      3. Kalau nak dapat harga terbaik, tuan kena jual kepada pengeluar emas yang tuan beli tu. Kalau jual tempat lain, dia akan tolak susut nilai 25%.

      Wallahu a’lam.

    1. Wslm En. Asfalizan,

      Penolakan 25% tu adalah keuntungan pekedai emas. Memang standard emas terpakai dia akan tolak 25% kalau jual di mana-mana kedai emas sekalipun unless kita ada resit belian di kedai dia sendiri. Mungkin boleh dapat harga lebih baik.

      Wallahu a’lam.

  13. Salam En.Zul,

    1) Bagaimana ingin mengetahui harga emas terkini melalui laman sesawang?Adalah ianya tepat atau anggaran sahaja?

    2) Dimanakah tempat paling sesuai untuk menjual emas 999?ex:Public Gold.Adalah kedai emas biasa atau sebaliknya.

    Minta penjelasan dari en zul, sb saya baru hendak berjinak2 mengenai emas.

  14. pada sy.. tempat yg paling2 tak selamat disimpan adalah di bank.. bile monetary system totally collapses kompom le bank2 ni katop kedai cabut lari dgn harte kite.. contoh pernah berlaku di US tahun 1930an.. bank2 katop kedai cabut sesen tak tinggal.. tapi mungkin dulu tu takde jaminan dari kerajaan.. tapi apelah sgt janji2 dan jaminan2 kerajaan ni.. dulu empire british pon bagi jaminan kat kite.. tapi jepon boleh jajah jugak.. pandangan sy je le.. maap le tak pandai tulis kemas2.. haha

  15. Salam En Zul,

    Banyak ilmu berkaitan kepentingan simpanan emas yang telah saya pelajari dlm blog ini.Terima kasih atas perkongsian ilmu tersebut. Saya juga memohon untuk share artikel2 ni di dlm page saya.

    Saya ada persoalan berkaitan gold bar (Swiss-60gram) yang saya beli melalui lelongan di arrahnu Agro Bank. Saya telah membeli gold bar tersebut tanpa sijil ketulenann (sijil ketulenan telah hilang oleh Pemilik asal) dan selepas itu, agro bank di tempat saya tidak lagi menerima gold bar dlm arrahnu. Persoalan saya “

    1) Sekiranya saya perlukan modal pusingan dlm bisness, perkhidmatan bank arrahnu manakah yg boleh menerima goldbar tanpa sijil ketulenan .

    2) Adakah semua bank yg menjalankan proses pajakgadai mestilah disertakan dgn sijil ketulenan brg kemas/gold bar tersebut.

    1. Wslm tuan,

      Terima kasih berziarah ke blog saya yang seadanya. Moga bermanfaat, insyaAllah.

      Gold bar tanpa sijil memang agak bermasalah sebab kebanyakkan ar-rahnu perlukan sijil ketulenan. Tapi polisi tu tak fixed. Ia bergantung kepada cawangan ar-rahnu tu atau staff yang in-charged.

      Ar-rahnu polisinya sentiasa berubah-ubah dan polisinya tak begitu strict macam urusan bank. Tuan kena call ar-rahnu tu sendiri untuk confirmkan.

      Wallahu a’lam.

    1. Wslm Pn. Siti,

      InsyaAllah saya boleh bantu. Puan smskan detail pada saya (019-3368009). Saya perlukan:

      (1) Nama penuh
      (2) No. Ic
      (3) No. email
      (4) Item yang nak dibeli / bajet
      (5) Tinggal / kerja area mana

      Nanti kita communicate melalui telefon, insyaAllah.

  16. Salam En Zul,

    Saya sudah membaca tips encik. Terima kasih..
    Cuma sekarang saya baru nak berjinak membuat pelaburan emas.
    Apa pendapat encik keadaan begini:
    1. Saya tidak berniaga tapi saya membeli emas untuk pelaburan jangka panjang. Saya hendak menyimpan tunai dengan memajak emas saya. Saya telah memajak emas rm10k dan mendapat rm7k. Selepas dapat tunai dr arrahnu saya simpan di Tabung haji. Kemudian sebelum tamat sebulan saya akan tebus emas tersebut dengan menggunakan emas yang lain dengan tujuan untuk mendapat lebihan tunai sedikit disamping tertebus ( harga emas naik) . tapi saya tidak pasti lama kelamaan saya akan mempunyai tunai dan emas. Saya dapat agak saya perlu jugak menambah wang untuk upah simpan. Saya mohon pandangan encik. terima kasih.

    1. Wslm Pn. Zuraini,

      Bagi saya kaedah begitu merugikan sebab kena bayar upah simpan yang agak mahal iaitu sekitar 14% setahun. Ia murah sikit berbanding kad kredit 18% setahun. Jadi saya syorkan, beli dan simpan jer. Kalau nak guna duit untuk rolling bisnes yang menguntungkan (dan berbaloi untuk cover upah simpan ar-rahnu), baru boleh pajak emas tu.

      Wallahu a’lam.

  17. Salam Tuan Zulkifli,

    Saya ingin bertanya pandangan En Zul jika saya membeli emas di PG dan menyimpan emas tersebut di PG dengan bayaran RM30 setahun.

    Terima kasih

  18. assalamualaikum……boleh tak sya beli dinar scra online dan guna servis AGSS xnpa dtg ke public gold lngsung.urusan jual beli emas jg melalui online

    1. Wslm En. Azman,

      Boleh. Urusan jual beli memang 100% online. Masa nak order nanti, En. Azman boleh letak nama mana dealer atau nama saya sebagai introducer supaya senang saya bantu kalau perlu follow-up dengan Public Gold. Mohd Zulkifli b. Shafie, kod PG002369.

  19. salam tuan,

    apa pro n cons emas fizikal dan akaun pelaburan emas ?
    jika saya beli emas fizikal, bagaimana cara nak cashkan emas tersebut? adakah hanya dgn cara memajak kepada arrahnu sahaja atau ada cara2 lain?

    terima kasih atas jawapan.

  20. Salam. Saya ada survey sebuah syarikat Safe Deposit Box (bukan RSDB) yang mempunyai cawangan di Damansara Perdana dan The Summit USJ. Apa pendapat tuan ttg menyimpan emas saya di sana?

    Rate nye lebih murah (boleh dapat as low as RM 80 setahun, kalau nak bandingkan dgn RSDB which is RM 300+ setahun). Tambahan pula, simpanan emas saya below RM 10k, dan insurance dia pun cover up to RM 10k.

    Kemungkinan orang yang simpan banyak gram emas, sesuai la dgn RSDB sbb dia insure up to RM 100k, tapi kalau emas ciput macam saya ni, adakah Safe Deposit Box Sdn Bhd sesuai? Ada apa2 helah/perkara yg saya perlu tahu ttg company ni?

    Saya sedang pertimbgkan simpan di safe instead of di rumah. Mintak nasihat, terima kasih

    1. Wslm Pn. Nurin,

      Saya pernah pergi ke safe box yang puan maksudkan tu. Bagi saya, ia ok. Ia lebih murah sebab cover insuran cuma RM20k dan buka sampai petang jer. Ahad & public holiday tutup. RSDB cover insuran 100k, buka setiap hari sampai jam 11.00 malam.

      1. Maaf saya nak bertanya lagi..artikel tuan dan beberapa lagi website (termasuk rsdb) yg menekankan aspek masa buka yg lebih pjg dan open weekend n public hol. Apa kebaikan dia? Sbb saya kurang nampak.. Pada saya, kita jarang2 pun nak keluarkan emas yg dideposit tu. Kalau katakan kita nak jual bila hrg emas tinggi cth pada mlm hari atau weekend, adakah kita boleh lock in price dan dtg masa weekday apabila company safe depo box buka dan kemudian mmbuat jualan di public gold? Kalau boleh begitu, meaning saya tak berapa jelas keperluan dia bukak setiap masa. Mohon pencerahan kalau ada apa2 yg saya miss. Terima kasih

        1. Bagi penyimpan emas biasa, bagi saya tak perlu waktu operasi safe box yang panjang. Waktu operasi yang panjang hanya penting untuk dealer emas yang mungkin perlu keluar masuk emas yang lebih kerap. Kalau ada pilihan safe box yang lebih murah walaupun operasi lebih pendek, bagi saya itu lebih baik bagi penyimpan emas biasa.

  21. assalamualaikum…..saya ada join arba….melabur emas untuk dapatkan pulangan bulanan bergantung kpd nilai emas itu…cukup setahun dia bg balik emas tu….persoalan saya, bila baca penjelasan tuan,,saya ragu2,,adakah arba tu pelaburan emas yang sah? mohon pencerahan.

      1. Assalamualaikum , saya Wan berumur 20tahun dan masih belajar, saya akan mendapat duit insuran kemalangan sbyk 40ribu , dah saya berfikir utk melaburkan rm25k utk masa hadapn saya , ttp sya tdk tahu utk mlaburkan dimana , emas atau ASB ? Dimanakah lebih menguntungkan dan mudah ?

        1. Wslm En. Wan,

          Duit tu lebih baik En. Wan simpan dalam Tabung Haji jer. Jangan sentuh duit tu. Kalau nak sentuh pun, guna duit untuk belajar tentang kewangan dan pelaburan. Banyakkan baca buku-buku kewangan dan pelaburan. Dan hadir seminar-seminar berkaitan. InsyaAllah, nanti En. Wan akan tahu dimana paling sesuai dilaburkan duit tu. Jangan melabur dalam keadaan tak ada ilmu tentang pelaburan.

  22. Salam En Zul,
    Adakah PG menerima goldbar genneva/tanpa sijil pengesahan tulin jka trade in dengan produk PG?Dalam keadaan RM menjunam ni,mungkin lebih elok simpan emas dari simpan RM.Pandangan En Zul.TQ

    1. Wslm En. Kassim,

      Public Gold terima untuk trade-in. Bawa sahaja emas tu ke office Public Gold terdekat.

      Dalam keadaan ringgit tak stabil, saya prefer simpan emas sebab nilainya lebih terjamin dalam jangka panjang.

  23. Salam En. Zul..

    Saya ada persoalan yang meragukan saya.

    1) Apakah jaminan yang Public Gold akan membenarkan semua pelanggannya yang memiliki akaun GAP ingin mengeluarkan simpanan emas mereka ANDAINYA Negara tiba-tiba mengalami masalah seperti Muflis/Kejatuhan Ekonomi teruk/Darurat/Perang?

    1. Wslm En. Firdaus,

      Kalau berlaku keadaan tak diingini, kita pun tak boleh jangka sejauh mana ia berlaku. Seperti apa yang berlaku di Greece awal tahun hari tu, duit dalam bank (yang dijamin kerajaan) pun tak boleh dikeluarkan bila negaranya hampir muflis.

      Kalau berlaku peperangan, lagi teruk. Mustahil ada staff Public Gold sanggup pergi kerja jaga office Public Gold dalam peperangan semata-mata menunggu kesemua penyimpan datang ambil emasnya di office Public Gold. Itu belum kira lagi kalau penyimpan tu sendiri dah mati.

      Jadi kita tak boleh expect ANDAIAN masalah yang di maksudkan. Yang penting, Public Gold sebuah syarikat yang telus dan 100% pembeli emas dapat emas masing-masing sejak Public Gold mula beroperasi tahun 2008.

      Kalau nak betul-betul senang hati, simpan emas tu sendiri. 100% risiko ditangan kita sendiri.

      Wallahu a’lam.

  24. Assalamualaikum abg zul..
    mana lebih elok simpan emas di bank cimb,maybank atau public gold safety deposit box…kalau nak simpan dinar PG di public gold safety box,boleh tak nak simpan barang kemas emak sekali psl bukan keluaran PG…hehehe

  25. salam en. maaf lari sikit topik. apa pendapat encik berkenaan dgn edaran emas trading? ayah sy join bende ni dlm 35-40k cm2 lah beli emas fizikal dan gadai dlm ar rahnu kot sy xpasti sgt. sbb janji dpt pendapatan bulanan. tp dapat pun dlm bbrp bulan je lpas tu dah xdapat dah. sy risau sbb takut benda ni ialah MLM spt program mlm emas yg lain. yela, ayah sy cuma ad pencen dgn simpanan emas tu je. duit tabung haji rsenye smua klua g beli emas. sy nk nasihatkan dia mcm susah je. yela org tua kan. so apa pendapat encik??

    1. Wslm En. Nas,

      Saya tak pasti bagaimana kaedah yang ayah En. Nas melabur tu. Paling penting, beli emas mesti dapat emas. Emas tu kita simpan sendiri (atau boleh disimpan sendiri) tanpa perlu apa-apa syarat tempong matang dsb.

  26. Assalamualaikum,
    Saya baru nk study n survey pasal pelaburan emas…terjumpahlah blog tuan..terima kasih atas perkongsian ilmu ni..sy memang x tahu langsung bagaimana nk mulakan dan apa yg terbaik..soalan saya…jika sy ad dlm 5k..
    1) Apakah jenis terbaik samada dinar atau bar. Situasinya saya tidak mahu simpan di rumah..saya prefer public gold yg pegangkan. Kalau safe box kena ada extra kos pulak.
    2) Adakah saya boleh beli atas nama anak saya (4 tahun) in case apa2 jadi pada sy atau suami harta tersebut adalah milik anak dan tidak difaraidkan.
    #Nana#

  27. Salam tuan.. Sya baru nk belajar melabur emas dgn PG.. Ari tu dah bukak akaun dgn deposit GAP RM100.. Skarang sya nak tahu yang mana lagi berbaloi untuk sya yg baru nk belajar.. Pelaburan GAP atau emas fizikal?

    1. Wslm En. Nizar,

      GAP tu emas fizikal juga. GAP tu hanyalah salah satu kaedah belian jer. Dari sudut potensi pelaburan, saya boleh katakan lebih kurang sama je. Kecuali kalau bajet belian 100 gram ke atas, kena buat comparison harga. Kekadang GAP lebih murah, kekadang non-GAP lebih murah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *