Disiplinkan Diri Simpan Emas Dengan EPP Public Gold – Beli Emas Secara Ansuran Patuh Syariah
[Artikel ini dikemaskini pada 4 Jun 2021] Bagi yang nak disiplinkan diri simpan emas setiap bulan, salah satu cara yang berkesan ialah beli emas secara ansuran patuh syariah dengan epp Public Gold. EPP ialah Easy Payment Purchase (EPP). Walaupun Public Gold ada kaedah beli secara sedikit-sedikit dengan bajet yang lebih fleksible setiap bulan melalui Akaun Emas GAP (Gold Accumulation Program), tapi saya perhati ramai yang pilih buat belian secara EPP untuk PAKSA DIRI dan letakkan KOMITMEN simpan emas setiap bulan.
Secara mudahnya, EPP ialah pembelian emas secara ansuran yang patuh syariah. Kaedah EPP ni sangat bermanfaat bagi siapa nak DISIPLINKAN DIRI simpan emas setiap bulan. Dengan kaedah ansuran EPP patuh shariah ini, kita paksa diri sendiri bayar emas yang kita booking itu setiap bulan dalam jumlah tertentu, minimum RM200 +/- sebulan untuk item 1 dinar (4.25 gram). Lepas habis bayar ansuran selama 4 bulan (atau 10 bulan bagi item gold bar 250 gram ke atas), baru dapat ambil emas tu dari mana-mana cawangan Public Gold terdekat.
Bila harga emas rendah, ia lagi satu bonus bagi yang beli kaedah ansuran EPP ini sebab seolah-olah kita beli emas pada masa depan dengan harga hari ini yang lebih rendah!
Testimoni Pembeli Emas Kaedah EPP Public Gold
Ini contoh apa yang dibuat oleh seorang penyimpan emas tegar (dan juga dealer Public Gold di bawah bimbingan saya yang aktif di Langkawi) paksa diri menyimpan emas dengan membuat Easy Payment Purchase (EPP) untuk gold bar 250 gram. Pn. Nurul Aini letakkan komitmen menyimpan RM4,700 +/- setiap bulan untuk tempoh 10 bulan!
Cik Nurul Aini seorang penyimpan emas yang bermatlamat dan juga dealer Public Gold aktif di bawah bimbingan saya. Beliau seorang Air Traffic Controller (ATC) yang bertugas di Langkawi Airport. Hasil simpanan emas, beliau telahpun mampu membeli tanah impiannya di Langkawi dan mempunyai dana yang cukup untuk menyertai flight schools tanpa membuat sebarang pinjaman demi cita-citanya mahu menjadi seorang pilot.
Inilah rupanya item gold bar 250 gram sebagaimana catatan Cik Nurul Aini. Emas berketulenan 999.9.
Ini catatan kesyukuran dan pengalaman beliau dapat membeli tanah secara tunai di Langkawi hasil simpanan emasnya. Dalam pemerhatian saya, beliau antara pembeli emas yang menggunakan kaedah EPP secara tegar.
Siapa Yang Sesuai Beli Emas Secara Ansuran EPP Public Gold?
Berdasarkan pemerhatian saya, mereka yang sangat sesuai beli emas secara ansuran EPP ini ialah:
- Siapa bajet simpan emas minimum RM200+/- sebulan.
- Siapa nak paksa diri simpan emas setiap bulan.
- Nak lock harga emas dalam jumlah yang besar ketika harga rendah, tetapi belum ada tunai yang banyak ketika harga emas tengah rendah.
- Siapa suka “main kutu”.
´Main Kutu´ Emas Patuh Syariah Dengan Public Gold
Apa yang menarik, pembeli emas kaedah EPP ni juga boleh jadi alternatif bagi siapa yang suka “main kutu”. Bayar sedikit-sedikit, sampai masa nanti dapat hadiah untuk giliran kutu. Kalau kaedah EPP ni, ´hadiah´ kita dapat collect pada bulan (giliran) ke-4 atau ke-10.
Kekadang saya rasa geli hati bila dapat feedback daripada rakan dealer tentang sesetengah orang. Bila cakap beli emas secara ansuran (yang patuh syariah), mereka tak berminat. Tapi kalau sebut “main kutu” emas kaedah EPP begini, mereka berminat! Walaupun hakikatnya kedua-duanya benda yang sama sahaja.
Mungkin sebab masyarakat kita dah terbiasa dengan “main kutu”. Bahkan saya dapat feedback, ada orang yang tak boleh disiplin simpan duit setiap bulan. Jadi untuk selesaikan masalah ni, mereka “main kutu” untuk paksa diri menyimpan!
Ciri-Ciri dan Syarat EPP Shariah Public Gold
Secara ringkasnya, inilah ciri-ciri dan syarat pembelian kaedah EPP ini:
- Jumlah minimum pembelian ialah emas berharga RM500. Saya syorkan kalau nak beli kaedah EPP, item paling minimum yang saya cadangkan ialah 1 dinar (4.25 gram). Komitmen bayaran bulanan hanyalah sekitar RM200 sebulan. Bagi item yang lebih kecil, lebih baik beli melalui Akaun Emas GAP. Ia jauh lebih jimat dan berbaloi.
- Boleh bayar ansuran selama 4 bulan (EPP 4 bulan). Bagi item gold bar 250 gram dan ke atas, boleh mohon dengan Public Gold untuk bayar ansuran selama 10 bulan (EPP 10 bulan). Kadang-kadang, Public Gold ada juga buat promosi belian emas 100 gram pun boleh buat EPP 10 bulan.
- Boleh ambil emas setelah semua bayaran selesai. Katakan buat EPP 4 bulan, tetapi habis bayar hanya dalam masa 2 bulan, kita boleh terus ambil emas tersebut pada bulan kedua dari mana-mana cawangan Public Gold terdekat.
- Ada caj premium tambahan dikenakan. Bagi saya cajnya sangat rendah. Kadang-kadang Public Gold ada buat promosi pembelian secara EPP tanpa ada caj premium tambahan.
Senarai caj premium tambahan bagi pembelian secara EPP.
Item paling kecil kalau nak beli secara EPP ini, saya cadangkan 1 dinar (4.25 gram). Komitmen bayaran hanyalah sekitar RM200 sahaja setiap bulan. Cukup 4 bulan, boleh ambil emas itu. Kalau item 1/2 dinar, beli melalui Akaun Emas GAP lebih murah.
Bagi yang bajet sekitar RM500 sebulan, boleh beli gold bar 10 gram secara EPP.
Sijil Patuh Shariah oleh Amanie Advisor
Bagi yang nak beli emas secara ansuran melalui kaedah EPP ini, kita boleh belinya dengan senang hati disebabkan kaedah “EPP Shariah” ini telahpun disahkan patuh syariah oleh penasihat syariah Public Gold, iaitu Amanie Advisors Sdn. Bhd yang diketuai oleh Datuk Mohd Daud Bakar. Bahasa mudahnya, kaedah ini sudahpun mendapat “cop halal” oleh mereka yang pakar dalam bidang muamalat Islam.
Sijil pengesahan patuh syariah yang dikeluarkan oleh Amanie Advisor Sdn. Bhd. selaku penasihat syariah Public Gold.
Siapa Yang Sesuai Beli Emas Secara Ansuran EPP?
Berdasarkan pemerhatian saya, mereka yang sangat sesuai beli emas secara ansuran EPP ini ialah:
- Siapa bajet simpan emas minimum RM200+/- sebulan.
- Siapa nak paksa diri simpan emas setiap bulan.
- Nak lock harga emas dalam jumlah yang besar ketika harga rendah, tetapi belum ada tunai yang banyak ketika harga emas tengah rendah.
- Siapa suka “main kutu”.
´Main Kutu´ Emas Patuh Syariah Dengan Public Gold
Apa yang menarik, pembeli emas kaedah EPP ni juga boleh jadi alternatif bagi siapa yang suka “main kutu”. Bayar sedikit-sedikit, sampai masa nanti dapat hadiah untuk giliran kutu. Kalau kaedah EPP ni, ´hadiah´ kita dapat collect pada bulan (giliran) ke-4 atau ke-10.
Kekadang saya rasa geli hati bila dapat feedback daripada rakan dealer tentang sesetengah orang. Bila cakap beli emas secara ansuran (yang patuh syariah), mereka tak berminat. Tapi kalau sebut “main kutu” emas kaedah EPP begini, mereka berminat! Walaupun hakikatnya kedua-duanya benda yang sama sahaja.
Mungkin sebab masyarakat kita dah terbiasa dengan “main kutu”. Bahkan saya dapat feedback, ada orang yang tak boleh disiplin simpan duit setiap bulan. Jadi untuk selesaikan masalah ni, mereka “main kutu” untuk paksa diri menyimpan!
EPP Dapat Disiplinkan Diri Simpan Emas
Bagi yang nak disiplinkan diri simpan emas setiap bulan, salah satu cara yang berkesan ialah beli emas secara ansuran patuh syariah dengan Public Gold. Kaedah ni dinamakan Easy Payment Purchase (EPP). Walaupun Public Gold ada kaedah beli secara sedikit-sedikit dengan bajet yang lebih fleksible setiap bulan melalui Akaun Emas GAP (Gold Accumulation Program), tapi saya perhati ramai yang pilih buat belian secara EPP untuk PAKSA DIRI dan letakkan KOMITMEN simpan emas setiap bulan.
Secara mudahnya, EPP ialah pembelian emas secara ansuran yang patuh syariah. Kaedah EPP ni sangat bermanfaat bagi siapa nak DISIPLINKAN DIRI simpan emas setiap bulan. Dengan kaedah ansuran EPP patuh shariah ini, kita paksa diri sendiri bayar emas yang kita booking itu setiap bulan dalam jumlah tertentu, minimum RM200 +/- sebulan untuk item 1 dinar (4.25 gram). Lepas habis bayar ansuran selama 4 bulan (atau 10 bulan bagi item gold bar 250 gram ke atas), baru dapat ambil emas tu dari mana-mana cawangan Public Gold terdekat.
Bila harga emas rendah, ia lagi satu bonus bagi yang beli kaedah ansuran EPP ini sebab seolah-olah kita beli emas pada masa depan dengan harga hari ini yang lebih rendah!
Testimoni Pembeli Emas Kaedah EPP
Ini contoh apa yang dibuat oleh seorang penyimpan emas tegar (dan juga dealer Public Gold di bawah bimbingan saya yang aktif di Langkawi) paksa diri menyimpan emas dengan membuat Easy Payment Purchase (EPP) untuk gold bar 250 gram. Pn. Nurul Aini letakkan komitmen menyimpan RM4,700 +/- setiap bulan untuk tempoh 10 bulan!
Cik Nurul Aini seorang penyimpan emas yang bermatlamat dan juga dealer Public Gold aktif di bawah bimbingan saya. Beliau seorang Air Traffic Controller (ATC) yang bertugas di Langkawi Airport. Hasil simpanan emas, beliau telahpun mampu membeli tanah impiannya di Langkawi dan mempunyai dana yang cukup untuk menyertai flight schools tanpa membuat sebarang pinjaman demi cita-citanya mahu menjadi seorang pilot.
Inilah rupanya item gold bar 250 gram sebagaimana catatan Cik Nurul Aini. Emas berketulenan 999.9.
Ini catatan kesyukuran dan pengalaman beliau dapat membeli tanah secara tunai di Langkawi hasil simpanan emasnya. Dalam pemerhatian saya, beliau antara pembeli emas yang menggunakan kaedah EPP secara tegar.
Bagaimana Beli Emas Secara Ansuran EPP?
Step #1 – Daftar Sebagai Customer Public Gold
Bagi yang belum pernah beli emas dengan Public Gold, daftar dulu sebagai ‘ahli’ Public Gold secara percuma, KLIK DI SINI. Pastikan keluar PG kod “PG002369” sebagai Introducer bagi yang nak jadi penyimpan emas di bawah bimbingan saya.
Lepas sudah register, baru ikut Step #2.
Step #2 – Order di Website
Bagi yang dah ada “PG Code”, terus LOGIN website www.publicgold.com.my > ORDER > PLACE ORDER. Pada bahagian Payment Option (lepas pilih item yang nak dibeli), pastikan pilih “Easy Payment Purchase (EPP)”, bukan “Full Payment”.
Kalau setuju dengan jadual bayaran yang dipaparkan tu, barulah klik “CONFIRM ORDER”. Jangan main-main tekan Confirm Order kalau belum nak buat belian, sebab sebarang cancellation akan dikenakan caj panelty 5%.
Step #3 – Buat Bayaran & Ambil Emas
Bila dah klik Confirm Order, pilih kaedah bayaran “Online Pay (FPX)” kalau nak mudah. Kalau kaedah “manual bank tranfer” pun boleh, tapi pastikan simpan slip bayaran dan upload di bahagian My Account > My Order. Dah habis bayar, baru boleh datang ambil emas tu di cawangan Public Gold terdekat. Tapi sebelum datang, pastikan book dulu appointment untuk datang ambil emas. Untuk book appointment, KLIK DI SINI.
Peringatan PENTING, PENTING, PENTING: Pastikan simpan dan bawa slip bayaran ORIGINAL (bagi siapa yang bayar guna Manual Bank Transfer) masa nak datang ambil emas nanti. Kalau buat online transfer, print je slip bayaran tu. Kalau yang bank-in di kaunter bank, atau buat ATM Transfer dan Cash Deposit Machine (CDM), slip original tu kena simpan dan serahkan masa datang ambil emas di office Public Gold.
Bagi pembeli emas di bawah bimbingan saya atau yang belum pernah membeli emas daripada Public Gold, kalau ada apa-apa persoalan, boleh contact saya atau isteri saya (Pn. Najdah) pada bila-bila masa. Klik www.wasap.my/60193368009 untuk wassap saya, atau klik www.wasap.my/60199272780 untuk wassap isteri saya.
Bagi yang sudah berdaftar di bawah mana-mana dealer, saya contact dealer masing-masing untuk dapatkan bimbingan.
Mudah-mudahan artikel ini bermanfaat, insyaAllah.
Zulkifli
Cyberjaya
16 Julai 2018 (dikemaskini pada 4 Jun 2021)
3 Zulkaedah 1439H
Assalamualaikum Encik Zulkifli ,
Terima kasih kepada PG yang beri banyak platform untuk memudahkan masyarakat memilih cara yang mana untuk memiliki emas .
Belian terus , simpan konsisten melalui GAP , atau ber’kutu’ dengan cara EPP malah sertai seminar pun boleh dapat emas percuma! Tiada syarikat emas yang melakukan sebegini.
Tahniah PG! tahniah kepada customer yang berdikit-dikit untuk sesuai yang besar!
Wslm Pn. Rohaizah,
Betul. Alhamdulillah. Beruntungnya kita ada Public Gold di Malaysia yang menyediakan platform terbaik untuk dapatkan ilmu emas dan falisiti yang memudahkan semua orang simpan emas di Malaysia.
saya baru berkira-kira nak start simpan emas balik lepas lama tak beli. sekarang dah ada lebihan duit since kereta dah habis bayar. tuan cadangkan epp ni terus buat untuk emas 10gram. saya nak kumpul nak beli tanah, doakan saya ye
Salam Pn. Shida,
Buat EPP ikut bajet yang ada sahaja. EPP cuma kaedah disiplinkan diri sahaja, disamping grap peluang ketika harga emas rendah.
saya memang susah nak disiplinkan diri bab menyimpan unless tolak terus dari gaji so epp ni memang sesuai untuk saya sebab ianya akan buat saya ada komitmen
Kalau dapat diusulkan epp 1kg tetapi bagi tempoh EPP yang lebih lama degan target pembayaran bulanan serendah rm$1000 akan lebih cantik. Mungkin ini boleh diusulkan😊
Terima kasih atas cadangan puan Zainab. Sebenarnya puan boleh kumpul 1 kg dengan amaun tersebut setiap bulan melalui akaun emas GAP.
Puan boleh baca artikel en. Zul tentang GAP di http://www.bit.ly/beliemasgap .
Assalammualaikum, dah lama saya tak beli emas PG ni, baru sekarang tahu ada kaedah EPP ni, cuma nak tanya pembayaran pertama kali EPP ni, terus dikepilkan resit pembayaran, untuk kali kedua dan seterusnya hingga ke-4 @ ke-10, bukti pembayaran perlu diberi pada PG juga atau hanya, simpan resit untuk tuntutan emas nanti?
Wslm En Muaalim,
Sekarang ini, pembayaran EPP boleh terus direct di website Public Gold. Nak senang, boleh guna FPX.
En Muaalim boleh klik My Order, pilih nombor order, dan terus buat pembayaran secara FPX