Akaun Pelaburan Emas atau Emas Fizikal?
[Kemaskini 25 Oktober 2016] Ramai orang baru yang nak beli emas, tapi risau nak simpan di mana. Kalau simpan duit dalam Akaun Pelaburan Emas di bank, tak perlu pegang emas dan selamat dari risiko kecurian. Jadi adakah lebih baik melabur dalam Akaun Pelaburan Emas (GIA) di bank berbanding beli emas fizikal? Ini antara persoalan orang baru berjinak dengan emas tanya saya.
Kalau tanya saya dan mereka yang pakar tentang emas, majoriti mereka syorkan beli emas fizikal samada berbentuk gold bar atau syiling emas (termasuk dinar). Sebabnya, beli emas dapat emas. Emas tu betul-betul wujud depan mata. Emas tu kita simpan sendiri. Sedangkan Akaun Pelaburan Emas, beli emas tapi cuma dapat kertas dan nombor jer. Kalau macam tu, lebih baik simpan duit dalam Tabung Haji jer sebab kita tak dapat ‘kuasa’ sebenar yang ada pada emas i.e. yang membuatkan penyimpannya bertambah kaya.
Cara Simpan Emas Dengan Selamat
Dari sudut simpanan sebenarnya tak perlu risau. Ikut jer panduan yang saya syorkan dalam artikel “Cara Simpan Emas Dengan Selamat”. Bagi pembeli emas Public Gold, kalau tak tahu mana nak simpan, boleh jer simpan dengan Public Gold secara percuma melalui Akaun Emas yang dinamakan “Gold Accumulation Program (GAP)“. Boleh beli dan simpan emas secara percuma serendah 1 gram. Boleh beli dan jual semula secara online kepada Public Gold. Kalau nak ambil emas fizikal tu dan simpan sendiri pun boleh.
7 Kelebihan Emas Fizikal
Kenapa saya sangat syorkan emas fizikal? Sebabnya ada 7 kelebihan utama emas fizikal berbanding Gold Investment Account (GIA) iaitu:
- Peluang ‘rolling’ duit untuk bisnes
- Peluang jana keuntungan bila harga jatuh
- Duit simpanan lebih bertahan lama
- Urusan dan waktu jual beli fleksibel
- Selamat dari dibekukan oleh bank
- Selamat dari bencana kewangan
- Simpanan emas patuh syariah
#1 – Peluang ‘Rolling’ Duit Untuk Bisnes
Bila ada emas fizikal, duit kita tak beku macam pelaburan lain sebab emas tu ada di tangan kita sendiri. Kita boleh dapatkan PINJAMAN SEGERA dari ar-rahnu pada bila-bila masa kita perlukan duit tunai. Tak perlu tunjuk slip gaji pun, cuma serahkan emas tu jer sebagai cagaran. Lepas ar-rahnu sahkan timbangan dan ketulenan emas tu, kita boleh dapat pinjaman sehingga 70% daripada nilai semasa emas tu. Secara detailnya, boleh baca panduan yang saya sediakan dalam artikel “Cara Pajak Emas Di Ar-Rahnu”.
Walaupun ia digadai, emas tu tetap milik kita. Kalau harga emas naik, kita boleh nikmati kenaikan harga tu walaupun emas tu masih dalam simpanan ar-rahnu.
Kalau orang berniaga, dia boleh manfaatkan pinjaman tu untuk pusing modal bisnes. Bila dapat ‘projek’ yang menguntungkan, pajak jer emas tu untuk dapatkan pinjaman. Lepas selesai urusniaga, tebus balik emas tu secepat mungkin sebab caj pinjaman ar-rahnu dikira secara bulanan. Hasil keuntungan bisnes tu boleh cover bayar kos pinjaman sekitar 1.15% sebulan.
Duit yang dilabur dalam Akaun Pelaburan Emas, duit tu beku macam tu jer. Yang ada cuma kertas dan nombor jer. Ia tak laku untuk gadaian sama macam akaun bank yang lain juga.
#2 – Peluang Jana Keuntungan Bila Harga Jatuh
Kalau Akaun Emas, bila harga jatuh, kita rugi dan tetap rugi. Tak boleh buat apa-apa dah sebab kita hanya ada kertas dan nombor jer. Kita tak memiliki emas sebenar.
Tapi bagi pemilik emas fizikal, bila harga emas jatuh mendadak, kita boleh dapatkan pinjaman ar-rahnu untuk beli lagi emas pada harga rendah. Biasanya, bila harga emas jatuh mendadak, dia akan naik balik (ke paras sebelum kejatuhannya) dalam tempoh 3 – 6 bulan. Bila harga naik, emas yang dibeli dengan pinjaman ar-rahnu tu boleh dijual pada harga mahal. Kita dapat untung tunai, dan sebahagian hasil keuntungan tu boleh guna untuk bayar kos upah pajakan.
Penyimpan Akaun Pelaburan Emas ‘terperangkap’ dengan kejatuhan harga emas 2013 tetapi pemilik emas fizikal masih boleh ‘rolling’ emas mereka.
Teknik ni saya panggil teknik “untung secupak, rugi segantang”. Kalau harga emas naik, anda untung secupak. Tapi kalau harga emas tak naik dalam tempoh pinjaman ar-rahnu, anda akan rugi segantang! (“,) Boleh baca artikel saya tentang teknik ni di “5 Tips Manipulasi Ar-Rahnu Cara Selamat”.
Jadi, jangan suka-suka hati pajak melainkan anda tahu kira-kira dan risikonya.
#3 – Duit Simpanan Bertahan Lebih Lama
Orang yang simpan duit dalam Akaun Pelaburan Emas, duitnya sangat berisiko dari kebocoran, sama macam dia simpan duit dalam akaun bank. Dia rasa dia beli emas, tapi hakikatnya dia tak dapat kuasa sebenar yang ada pada emas iaitu mengelakkan kebocoran wang, dan kekayaan makin bertambah.
Rata-rata orang yang jenis simpan emas yang saya jumpa, sebab utama mereka beli emas sebab nak elakkan kebocoran wang. Katanya kalau simpan duit di bank, duit tu cepat habis. Kalau simpan emas, duit tu lebih bertahan lama. Ia buka soal kira-kira, tapi kesan psikologi. Sekali beli emas, dia nak beli lagi. Rasa nak kumpul banyak lagi sebab emas tu cantik. Memang Tuhan buat manusia tu sukakan emas.
Bila nak pakai duit, rasa sayang nak jual. Kalau terpaksa jual, dia akan cari balik duit untuk beli balik emas tu. Tabiat suka menyimpan dan kumpul emas itulah yang membuatkan penyimpan emas kekal kaya dan bertambah kaya.
#4 – Urusan dan Waktu Jual Beli Fleksible
Kalau simpan dalam Akaun Pelaburan Emas, urusan jual belinya tertakluk pada waktu bank dan hari bekerja jer. Urusan jual beli pun hanya dengan bank tertentu jer. Berbeza dengan emas fizikal. Urusan jual belinya tak tertakluk waktu bank dan hari bekerja sahaja. Hari cuti, hujung minggu, waktu malam, bahkan kalau pergi oversea pun, emas tu boleh dijual beli. Asalkan ia emas, asalkan ia tulen jer.
Dalam banyak-banyak emas fizikal, emas Public Gold paling senang urusan jual belinya. Anda boleh booking harga 24 jam sehari samada nak beli atau nak jual balik. Bila nak jual balik, boleh jual kepada mana-mana dealer Public Gold terdekat 24 jam sehari dan boleh dapat duit on-the-spot. Tak perlu tunggu office Public Gold buka baru boleh jual.
#5 – Selamat Dari Dibekukan oleh Bank
Menurut pakar precious metal Mike Maloney, emas (dan perak) satu-satunya aset kewangan yang tak berada dalam sistem kewangan. Hanya kita jer tahu berapa banyak emas yang kita ada. Tak siapa tahu bahkan bank mahupun kerajaan. Dan sepanjang saya jadi dealer emas, memang ada beberapa orang yang dah diisytiharkan bankrap datang membeli emas dengan saya. Katanya, itu sahajalah simpanan paling selamat daripada ianya dibekukan oleh kerajaan. Bank dan kerajaan tak boleh bekukan emas tu sebagaimana akaun dan pelaburan tunai yang lain. Kalau Akaun Pelaburan Emas, ia akan senasib dengan akaun-akaun bank yang lain.
#6 – Selamat Dari Bencana Kewangan
Point no. 5 tu tentang kes kita bangkrup. Point ke-6 ni tentang kes bank pula yang bankrup. Ramai orang tak tahu, Akaun Pelaburan Emas di bank tak dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sebagaimana duit simpanan biasa. Kalau bank bermasalah atau bankrup, yang tinggal cuma buku dan nombor yang tak lagi bernilai. Perkara ni boleh terjadi kalau berlaku bencana ekonomi yang menjejaskan sistem kewangan sebagaimana saya terangkan dalam artikel “Emas Penyelamat Bencana Kewangan“. Masa tu, banyak bank-bank bermasalah sebagaimana krisis kewangan 1997. Pada masa itu, Bank Negara Malaysia (BNM) terpaksa arahkan bank-bank di Malaysia digabungkan untuk mengukuhkan semula institusi perbankan di Malaysia. Berbeza dengan emas fizikal. Emas yang kita miliki tu selamat dalam simpanan kita sendiri, insyaAllah.
Ini salah satu terma yang jarang orang semak sebelum buka Akaun Pelaburan Emas di bank.
#7 – Simpanan Emas Patuh Syariah
Hampir kesemua Akaun Simpanan Emas tak disahkan patuh syariah kecuali Kuwait Finance House (KFH), dan Al-Rajhi Bank jer buat masa ini. Antara faktor yang bermasalah sebab emas tu pada hakikatnya ‘tak wujud’ ketika proses jual beli atau memang ‘tak wujud’ langsung. Beli emas, tapi dapat kertas jer. Dan kita tak dibenarkan mengeluarkan emas fizikal. Isu syariah tentang Gold Investment Account (GIA) pernah diulas oleh Ustaz Zaharuddin dalam artikel “Hukum Akaun Pelaburan Emas di Malaysia“.
Kalau emas fizikal, urusan jual belinya jelas. Beli emas, dapat emas. Dan emas tu hak kita sepenuhnya. Kita bebas untuk jual beli, simpan sendiri, pajak ataupun gigit (“,) sebab kita memiliki emas sebenar.
KFH, Akaun Pelaburan Emas terbaik buat masa ini.
Tips kalau anda pilih Akaun Pelaburan Emas juga, pastikan ianya patuh syariah. Antara KFH dan Al-Rajhi bank, saya nampak KFH lebih baik sebab harga lebih murah, spread lebih rendah. Kos simpanan pun percuma. Kita bebas untuk keluarkan emas fizikal atau simpan jer di bank. Tapi kena ingat, jangan sesekali pajak emas KFH tu sebab emas tu berseal plastik kekal. Kalau pajak juga, seal tu akan dibuka dan anda terpaksa rugi susut nilai sebanyak 25%! KFH tak akan beli balik emas tu. Anda hanya boleh jual balik emas tu di kedai emas jer sebagai “emas terpakai”.
Wallahu a’lam.
Zulkifli
Damansara Damai
30 April 2014
1 Rejab 1435
Nota : Bermula September 2014, Public Gold telahpun sediakan kaedah pembelian emas sebagaimana yang ditawarkan oleh Kuwait Finance House (KFH) yang dinamakan Gold Allocation Programme (GAP), tapi dengan ciri-ciri yang lebih baik. Kalau di bank, buat masa ni bank yang tawarkan Gold Investment Account (GIA) ialah:
sy ada 2 cincin emas yg disimpan dirumah.nak simpan kt bank mcm x berbaloi..
apa yg uniknya cara sy menyimpan cincin tersebut didalam bekas toolbox yg diletakkan diluar store rumah berisi paku2,skru, dan wayar terpotong.bila dah lama simpan nampak comot..x perasan ada cincin emas kt situ..dulu nenek sy menyimpan gelang emasnya didlm tempayan diluar rumah tempat orang basuh kaki dekat perigi..sekali pergi ambik berat penuh satu tupperware nasi.
MasyaAllah… Cara simpanan macam tu memang out of the box! 🙂
Menarik tips tu… 🙂
salam en zulkifli. sy student uitm s.alam. semester ni kami ade tugasan berkaitan peranan arrahnu dlm pelaburan emas. setelah sy review blog en.zulkifli, sy rasa myb en.zulkifli boleh bantu sy dlm menyiapkn tugasan ni. sy ada beberapa soalan nk bertanyakan encik berkaitan arrahnu dan pelaburan emas. sekiranya encik zulkifli boleh membantu, please do not hasitate to notify at kaee_ikatak@yahoo.com.
sy btl2 berharap en.zulkifli dpt membantu..
Wslm Cik Shafika.
InsyaAllah saya boleh guide setakat apa yang saya tahu. Boleh contact saya 019-336 8009 (wassap, sms, call) atau email soalan ke ibnushafie@gmail.com.
Wslm.
Assalamu’alaikum.
Mane lebih bagus antara AGSS dgn KFH gold account?
Wslm En. Ammar,
AGSS tu servis simpan emas oleh Public Gold. Caj bayaran 1% setahun. KFH gold account free simpanan. Cuma kalau nak keluarkan emas fizikal, emas Public Gold yang simpan d AGSS tu lebih bagus.
Terima kasih en Zul atas perkongsian ilmu, setakat ini saya lebih suka menyimpan emas fizikal, tak banyak pun tapi adalah sikit-sikit terutamanya untuk kegunaan anak-anak dengan duit raya mereka kami tukarkan kepada dinar. Setakat ini kami simpan dinar emas Kelantan dan ada juga sedikit dinar publig gold. InsyaAllah rasa macam nak tambah juga lagi sikit-sikit 😉 ikut keperluan semasa
Alhamdulillah En. Lukeman. Bagus tu. 🙂
Aslmkum. Tuan, nk tanya skit, kalo kita simpan emas tu sendiri di rumah bukan di bank atau mana2..adakah emas tu kita perlu bayar zakat? Saya baru berjinak2 utk tahu pasal pelaburan emas ni. Harap dapat bantu. T.kasih
Wslm En. Lokman,
Kena bayar zakat tak kira simpan sendiri di rumah atau simpan di safe deposit box. Cukup 85 gram di simpan tempoh 1 tahun, kena zakat 2.5%.
Assalamualaikum En.Zul
Kalau saya ada dinar emas dalam 100 gram tapi 50 gram lagi saya dah pajak kat Ar-Rahnu adakah saya kena bayar zakat?
Wslm Pn. Fudhlana,
Ada 2 pendapat. Asasnya, ia tak dikenakan zakat sebab ia tak sempurna milik. Tapi ada pendapat ia tetap kena zakat kalau pajakan tu bukan atas dasar keperluan mendesak i.e. pajak untuk manipulasi.
Wallahu a’lam.
Salam, nak bertanya, adakah encik Zul menjual mad dinar??
Wslm Pn. Atiqah,
Saya dealer emas Public Gold yang aktif. Public Gold ada jual emas dinar. Kalau puan nak beli, boleh contact saya 019-336 8009 (saya prefer wassap). InsyaAllah saya boleh bantu.
assalamualaikum encik zul. saya baru nk berjinak2 dngn emas nie. .soalan saya? .dari mana kita nk tahu harga turun naik emas ?
Wslm En. Omar,
Bila harga emas akan naik atau turun tak siapa tahu. Tapi kalau nak tengok harga emas naik atau turun, boleh cek di website http://www.publicgold.com.my . Kalau nak tengok harga emas dunia, boleh cek di http://www.kitco.com.
Salam Encik Zul,
Sy nak tnya adekah GAP by Public Gold patuh syariah? Sy ade terbaca pendapat yg mengatakan patuh syariah kalau kte berurusan menggunakan gram. Mohon pendapat.
Wslm Pn. Siti,
Kalau beli by gram memang patuh syariah. Kalau beli mengikut gandaan RM50 tu tak patuh syariah.
assalamualaikum,,,, sy ada sedikit pertanyaan bolehkah pelaburan emas mengalami kerugian
Wslm.
Boleh Pn. Fahda. Saya ada terangkan kerugian tu dalam artikel di link http://www.mohdzulkifli.com/2011/12/risiko-sebenar-pelaburan-emas-fizikal.html .
Salam en zulkifli. Sy baru bace artikel menarik ni. Tq for the advice!!! Very helpfull. Sy nk beli emas fizikal secara kobsisten every mnth 1gm. Tu je yg affordable hehe. So kt mane sy blh beli emas 1gm every month?
Terima kasih sgt2…
Wslm Pn. Zuraida,
Alhamdulillah.
Kalau nak beli 1 gram sebulan, saya syorkan puan beli melalui kaedah GAP. Ikut jer panduan dalam artikel di link nazmin909@gmail.com .
Salam en zul,
saya plan nk beli emas tp masih confius lg….samada kfh atau public gold….
Boleh bg tunjuk ajar:-)
Wslm En. Amru,
Saya syorkan beli emas Public Gold. Saya ada buat perbandingan emas Public Gold dalam artikel di link http://www.mohdzulkifli.com/2014/09/mudahnya-simpan-emas-dengan-gap-public-gold.html . Mudah-mudahan bermanfaat, insyaALlah.
Kalau kita beli emas fizikal….kita x ambil…tapi kita simpan kat bank contohnya ..apa keuntungan yg kita dapat..
Tak ada apa-apa keuntungan. Secara asasnya, beli harga rendah, jual harga tinggi. Keuntungan lain, boleh baca di http://www.mohdzulkifli.com/2015/01/keistimewaan-emas-sebagai-simpanan.html .
Salam en.zul,
Kalo beli emas dgan public gold, berapa min gram boleh beli?
Wslm puan,
Item paling kecil yang Public Gold ada; gold bar 1 gram.
salam en.zul.
saya nak tanya..yang mana paling untung,beli gold bar ker atau barang kemas.buat pengetahuan en.zul,saya ada beli gold bar brand GCP..tp kebanyakan ar-rahnu tak ambil untuk di pajak..bole beri pandangan.
Terima Kasih.
assalamualaikum..saya baru berjinak dalam jual beli emas terutamanya publicgold GAP..jadi soalan saya kepada tuan , harga latest yg di paparkan di laman web publicgold bahagian GAP itu untuk harga apa ya? harga jual or beli? contoh saya sekarang sudah ada 2 gram emas GAP, macam mana saya nak tahu harga latest untuk 2 gram emas saya(saya berniat nak jual balik)? terima kasih..
Assalam, tuan kalau nk beli emas KFH, kena bukak akaun bank KFH ke?
Wslm. Saya tak pasti En. Zack. Syarat-syarat tu memang ada di website KFH.
Assalam, en.zul.
seperti artikel diatas en zul mengatakan xboleh emas untuk dipajak kerana dorang akan bukak seal tuh. So mcm mane kalau sy nak buat cara manipulasi ar-Rahnu dgn emas tu?
Wslm En. Syafiq,
Kena pajak di ar-rahnu terima pajakan tanpa perlu buka seal. Contohnya, ar-rahnu Pos terima emas Public Gold tanpa perlu buka seal.
1. kalau di ar-rahnu bank rakyat terima emas Public Gold tanpa perlu buka seal ke?
2. Bagaimana kalau sy menggunakan emas kijang BNM adakah ar-rahnu pos atau bank rakyat terima tanpa perlu buka seal?
Salam En. Syafiq,
1. Saya dapat tahu hanya sesetengah cawangan Ar-Rahnu Bank Rakyat yang tak perlu buka seal.
2. Kijang Emas memang tak berseal.
ASSALAMMULAIKUM…..SAYA NAK TANYA, MACAM MANA DENGAN PELABURAN EMAS YANG SAYA BUAT KAT MAYBANK??? APAKAH ITU TAK BAGUS? ATAU PERLU SAYA BELI YANG FIZIKAL??
Wslm Pn. Nur Syahfina,
Kalau saya, saya keluarkan semua. Cari pelaburan emas yang patuh syariah.
Salam… sy penyimpan emas kfh.. masalahnya.. dh bertahun2.. hrga emas asyik merugikan sy.. emas naik pun, yp xdpt cover hrga ketika beli. Perlukah sy kuar je dr acc tersebut atau sabar menunggu lg yg ntah bila nk naik spt yg sy harap?
Wslm Cik Puan Fatin,
Saya syorkan ambil masa belajar ilmu-ilmu pelaburan emas. Orang yang ada ilmu, dia tahu apa yang dia buat. Harga naik dia happy, harga turun juga dia happy. Tapi kalau tak ada ilmu, harga turun susah hati, harga naik pun susah hati juga nanti.
Wallahu a’lam.
salam..saya nak tanya apa kelebihan public gold?dan apa pula beza emas dari public gold dan powergold?
terima kasih
Wslm Pn. Yu,
Kelebihan Public Gold, puan boleh baca di http://www.bit.ly/kelebihanemaspg .
Sharing yang bagus to blog owner. Saya belum pernah try Public Gold tapi nampak menarik berdasarkan self survey beberapa tahun lepas & recently nampak ads di POST OFFICE yang Pejabat Pos Malaysia ada menguruskan jual beli Public Gold ni. Seems safe..
Bytheway, Saya adalah Unit Trust Consultant (UTC) – agen unit trust investment untuk Public Mutual & lokasi utama dalam tugas adalah kawasan Johor Bahru, Kuala Lumpur, Selangor & Penang. Bagi sesiapa yang berminat melabur dalam Unit Trust di mana anda dapatkan gandakan cash atau wang KWSP anda min 9%-15% per year, boleh lah juga hubungi saya melalui mobile atau email. Jika hanya ingin mengemukakan soalan, anda juga dialu-alukan. Terima kasih.
.
Jas
Unit Trust Consultant / Perunding Unit Amanah
Co: Public Mutual Berhad (wholly-owned subsidiary of Public Bank Berhad)
T: +6017-7055 381
E: jas.elegant@gmail.com
W: http://www.facebook.com/investment.unittrust
.
” Why not try, let’s say 10 years investment period & gain minimum 9% profit per year? Reports on fund past performance available just to show the ability of the fund. Feel free to request for one ! “
Salam Tuan… GAP dan GIA seakan sama, apa beza nya yg sebenar Tuan?
Wslm En. Syuhaizam.
GIA tak ada emas fizikal. Beli emas tapi cuma dapat kertas je.
Salam Tuan,
Saya keliru.. di sarankan beli emas dapat emas. Tapi, GAP ni menarik untuk golongan macam saya dan saya keliru sbb GAP ni seperti beli Online dan fizikal emas tiada pada masa beli tu. Kita akan beli dan beli sehingga kita mahu keluarkan emas fizikal. Persoalannya, adakah di jamin fizikal emas itu sentiasa ada bila kita mahu mengambilnya.
Minta pencerahan.
Wassalam,
Wslm En. Sayed Alwi,
GAP hanya untuk mereka yang tak nak simpan emas tu sendiri dan nak simpan dengan Public Gold. Ia hanyalah OPTIONAL bagi siapa nakkan servis tu. Kalau En. Sayed Alwi prefer simpan sendiri, beli emas GAP tapi terus keluarkan emas tu, atau beli terus kaedah non-GAP.
Assalamualaikum tuan,
Bank Muamalat ada tawarkan produk Simpanan Emas secara fizikal dan Akaun Emas. Koperasi DinarDirham pula tawarkan duit digital yang bersandarkan harga emas. Mohon pandangan dari tuan tentang produk berkaitan emas tersebut.
Terima kasih.
Wslm En. Taufik,
Saya tak berapa tahu secara detail tentang produk Bank Muamalat. En. Taufik boleh dapatkan pengalaman sendiri. Saya prefer emas Public Gold sebab setakat, ia paling mudah beli dan paling mudah jual balik.
Pasal Koperasi Dinar Dirham, setahu saya ia dah disenarai-hitam oleh Bank Negara (BNM) dan telahpun diserbu oleh pihak berkuasa dalam sebulan lepas.
Wallahu a´lam.
salam tuan saya dah selesai baca buku tuan yg bertajuk wang emas… nak tanya klu dah ada akaun GIA di maybank mau buat apa ya… biarkan saja ka atau lebih baik dikeluarkan utk beli emas fizikal?
Wslm Pn. Marianna,
Saya prefer keluarkan semua dan beli emas fizikal.
as salam tuan..sy ada beli emas tp simpan di bank..kalau sy nk keluarkan,kena keluarkan dlm bentuk emas fizikal atau wang tunai?terima kasih
Wslm Pn. Azhani.
Itu bergantung kepada bank. Ada bank memang tak boleh keluarkan emas fizikal.
assalammualaikum en zulkifli
dulu saya ada beberapa keping dinar emas public gold. kini semuanya hilang kerana rumah dimasuki pencuri. sejak dari itu saya rasa tak selamat simpan emas fisikal dan tukar ke akaun pelaburan emas. bagi saya emas fisikal sangatlah berisiko.