Asas Pelaburan Emas, Inilah Setiap Pelabur Perlu Tahu

Apakah dimaksudkan pelaburan emas? Dan bagaimana dikatakan pelaburan emas yang betul? Apakah perkara paling asas perlu tahun sebelum melabur dalam emas? Ini persoalan asas dan paling penting bagi siapa yang nak melabur dalam emas, ataupun mahu membeli emas sebagai salah satu bentuk simpanan jangka panjang.

4 April 2018 yang lepas, saya ada buat video ringkas Facebook Live tentang emas di page Mohd Zulkifli Shafie. Ada empat (4) perkara asas paling penting perlu tahu bagi siapa yang nak faham tentang pelaburan emas sebenar, dan elakkan kerugian serta penipuan dalam pelaburan emas.

Ini FB Live pertama yang saya buat. InsyaAllah saya akan buat live streaming tentang emas dan kewangan setiap minggu di page saya. Untuk dapatkan update terkini tentang emas dan kewangan, saya syorkan sahabat pembaca follow page saya dan klik SEE FIRST.

Dalam video tersebut, saya highlight 4 perkara paling penting iaitu:

1. Mesti emas fizikal
2. Beli harga rendah, jual harga tinggi
3. Emas sebagai simpanan ataupun pelaburan?
4. Ilmu sebagai asas mendapat keuntungan

Asas #1 – Mesti Emas Fizikal

Pelaburan emas sebenarnya hanyalah jual beli emas. Kita beli emas seperti beli emas perhiasan di kedai emas. Beli emas, dapat emas. Ia bukan seperti kebanyakkan pelaburan lain yang kita perlu serahkan duit kita untuk dilaburkan dan menunggu pulangan setiap tahun seperti ASB, Tabung Haji, Fixed Deposit, Unit Trust, Saham dan sebagainya.

Mana-mana pelaburan emas yang tiada emas fizikal, ia bermasalah. Samada ia adalah skim cepat kaya bertopengkan emas, ataupun ia bermasalah dari sudut syariah. Senang cerita, kalau beli emas tapi memang tak ada emasnya, hukumnya haram.

Ini gold bar 100 gram (edisi cast bar) keluaran Public Gold. Beli emas, mesti dapat emas fizikal. Public Gold sebagai syarikat pengeluar emas pelaburan terbesar di Malaysia keluarkan item emas sekecil 0.5 gram hingga sebesar 1 kilogram.

Jadi kalau melabur dalam emas, pastikan beli emas dapat emas. Bukan sekadar dapat kertas atau janji bulan dan bintang. Persoalan samada emas itu kita simpan sendiri atau serahkan kepada pihak lain untuk simpankan, itu persoalan lain. Yang penting, kita dapat hak milik emas tersebut dan boleh dikeluarkan untuk disimpan sendiri bila-bila masa kalau kita mahu.

Asas #2 – Beli Harga Rendah, Jual Harga Tinggi

Asas mendapat keuntungan pelaburan emas hanyalah “beli harga rendah, jual harga tinggi”. Ia selalu disebut sebagai “buy low sell high”. Emas tiada pulangan seperti dividen yang kita mendapat keuntungan tanpa perlu menjual pelaburan tersebut. Itu kekurangan paling ketara emas.

Kalau simpanan di Tabung Haji atau ASB, kita boleh dapat keuntungan berbentuk dividen setiap tahun tanpa perlu keluarkan duit kita akaun Tabung Haji atau ASB. Kalau hartanah (property), kita boleh dapat keuntungan berbentuk sewaan setiap bulan tanpa perlu menjual hartanah tersebut. Ia ibarat pokok yang menghasilkan buahnya. Kita tak perlu tebang pokok tersebut untuk memakan hasilnya.

Berbeza dengan emas. Emas kita perlu menjualnya terlebih dahulu untuk mendapatkan keuntungan berbentuk wang ringgit.  Ibarat pohon balak yang kita perlu tebang pokok tersebut untuk mendapatkan hasilnya, begitulah juga dengan emas.

Walaupun kita perlu tebang pokok tersebut, bukanlah bermaksud pokok tersebut tidak bagus untuk ditanam. Setiap pokok, ada kelebihan dan kekurangannya tersendiri. Ada pokok yang kita mahukan buahnya. Ada pokok yang kita mahukan kayunya. Ada pokok yang fungsinya untuk berteduh, bahkan banyak pokok ditanam hanya untuk perhiasan.

Begitulah juga dengan aset pelaburan. Setiap aset pelaburan, ada kelebihan, kekurangan, dan fungsinya tersendiri. Jadi kita perlu tahu matlamat kewangan kita, dan gunakan setiap aset pelaburan tersebut dengan bijak untuk mencapai matlamat kita sendiri.

Harga emas dunia mula naik sejak 1971, iaitu sejak duit kertas US Dollar tidak lagi disandarkan kepada emas. Sebelum tahun 1971, tiada istilah “pelaburan emas” sebab wang kertas itu sendiri sebenarnya adalah voucher mewakili emas yang disimpan di bank-bank. Hakikat yang kita perlu tahu, bukan harga emas itu yang  naik, tetapi nilai duit kertas itu yang jatuh menyebabkan kita terpaksa bayar harga lebih mahal untuk dapat emas yang sama.

Asas #3 – Emas Sebagai Pelaburan ataupun Simpanan?

Emas boleh dijadikan sebagai pelaburan, dan emas juga boleh dijadikan sebagai simpanan. Beli emas sebagai pelaburan bermaksud melihat emas pada naik turun harganya seperti saham. Emas itu tak penting, yang penting dapat keuntungan dari kenaikan harga emas. Fokus PELABUR emas ialah pertambahan WANG RINGGIT. Keuntungan bagi “pelabur” hanyalah beli harga rendah, jual harga tinggi. Itu sahaja.

Sebaliknya emas juga boleh dijadikan sebagai salah satu bentuk simpanan jangka panjang. Fokus PENYIMPAN emas ialah pertambahan GRAM emas yang berjaya dikumpul. Kalau tahun ini berjaya kumpul 100 gram emas, maka tahun depan dia akan pastikan simpanannya meningkat menjadi 150 gram atau 200 gram. Harga tinggi rendah dia tak ambil kisah, janji jumlah GRAM emasnya semakin bertambah. Bila harga emas turun, mereka sangat gembira sebab dia boleh membeli lebih banyak aset yang mahal (iaitu emas) pada harga murah.

Golongan penyimpan emas, mereka target pertambahan GRAM emas dari semasa ke semasa. Mereka boleh membeli emas sekecil 1 gram setiap bulan.

Sejak 2010 saya mendidik masyarakat tentang emas, saya dapati, golongan yang menjadi lebih kaya dengan emas ialah golongan penyimpan, bukan pelabur. Sebab fokus penyimpan ialah pastikan jumlah emasnya sentiasa bertambah. Bila ada emas, confirm dia ada duit. Bila-bila nak pakai duit, dia boleh jual atau pajak sahaja untuk dapatkan tunai segera! Itulah mindset seorang penyimpan emas tegar.Asas

Asas #4 – Ilmu Kunci Mendapat Keuntungan Dengan Emas

Kunci mendapat keuntungan dalam emas (atau apa-apa pelaburan sekalipun) ialah ilmu. Bukan emas yang membuatkan kita kaya, tetapi ilmu kita tentang emas. Bukan hartanah yang membuatkan kita kaya, tetapi ilmu kita tentang hartanah.

Apa-apa pelaburan sekalipun, ada orang yang berjaya dan ramai yang tidak berjaya. Yang membezakan orang berjaya dengan yang lain ialah ilmunya. Pelaburan hartanah sebagai contohnya, ia dikatakan pelaburan yang selamat. Tetapi ramai yang kerugian besar dalam hartanah sebab melabur tanpa ilmu.

Jadi kalau nak mendapat keuntungan dengan emas, ambil masa dapatkan ilmu dulu tentang emas. Hadir seminar-seminar percuma (free) yang dianjurkan oleh Public Gold, iaitu pengeluar emas pelaburan terbesar di Malaysia yang hari ini juga beroperasi di Singapore, Brunei (Miri) dan Indonesia. Belajar ilmu pelaburan emas secara free tanpa sebarang kos oleh ramai speaker (dari pelbagai latarbelakang) yang dilantik oleh Public Gold.

Dan saya boleh cadangkan baca buku tulisan saya bertajuk Wang Emas : Bertahan Ketiga Gawat . Saya rasa, ini bacaan paling mudah untuk faham tentang pelaburan emas. Ia bacaan ringan dan santai, dan sesuai juga untuk mereka yang kurang minat membaca, insyaAllah. Dapatkan di kedai-kedai buku seperti Popular, MPH atau Kinokuniya, atau boleh juga beli dari isteri saya Pn. Najdah (klik www.wasap.my/6019272780). InsyaAllah beliau boleh bantu untuk poskan ke seluruh Malaysia.

Jadi itulah serba ringkas tentang asas pelaburan emas. Mudah-mudahnya bermanfaat.

Ketika menulis artikel ini, saya sedang menunggu flight dari Jakarta untuk ke Yogyakarta. Petang nanti dan esok saya akan sampaikan seminar emas bersama Public Gold Indonesia, insyaAllah.

Zulkifli
Soekarno-Hatta International Airport, Jakarta
14 April 2018
28 Rejab 1439H

6 Comments

  1. Asas penting supaya terperangkap selalu disogok dengan keuntungan singkat. Macam perkongsian En Zul diperenggan akhir adalah ilmu.

    Ilmu dapat menyelamat pelaburan kita dari lebur.

  2. kadang2 pembeli emas dan penyimpan emas ini boleh mendatangkan kerugian..kerana faktor permainan peniaga2 emas bersaing sesama mereka.
    ini yg terjadi kepada sy,apabila semua simpanan emas sy yg sy beli dari syarikat emas (nama dirahsiakan) gagal untuk digadal dgn mudah di pajak gadai ah-rahnu.jika mahu juga terpaksa mencari dan survey jauh.akhirnya sy terpaksa mencairkan emas itu menjadi barang kemas untuk mudah digadai.

    1. Sebab tu asasnya kena ada ilmu. Bukan semua emas yang dibeli itu sama. Walaupun emas sama2 tulen, tapi banyak faktor yang perlu diambil kira sebelum beli emas. Saya ada tulis panduan 5 kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli supaya dapat menjualnya dengan harga tinggi serta mudah dipajak. Baca panduan di http://www.bit.ly/kriteriaemas .

  3. Salam En. Zul,

    saya memang pembaca blog En. Zul dan kerana ilmu drpd Encik juga la menjadi pendorong sy untuk melangsaikan segala hutang2 yang tidak baik. InsyaALLAH tahun ni ada beberapa hutang yang dapat sy langsaikan. Alhamdulillah. Saya ada soalan berkaitan emas. Saya confuse adakah saya perlu bermula sebagai penyimpan emas atau pelabur emas. Ape perbezaan bagi kedua2 nya ye? Terima kasih.

    1. Wslm Pn. Muzliani,

      Alhamdulillah. Mudah-mudahan blog ni bermanfaat untuk puan.

      Saya cadangkan puan bermula jadikan emas sebagai simpanan dulu. Penyimpan emas fokus kepada pertambahan gram emas tak kira berapa pun harga emas. Pelabur emas hanya fokus kepada pertambahan nilai ringgit harga emas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *