Cara Bina “Facebook Profile” Berkredibiliti

Bukan senang orang nak membeli secara online, apatah lagi melibatkan puluhan malahan ratusan ribu ringgit. Kalau saya nak membeli secara online, saya akan cek dulu background orang tu. Pertama, adakah dia boleh dipercayai? Bila melibatkan ilmu, perkara kedua kena cek, adakah dia ‘pakar’ dalam ilmu yang kita cari?

Ciri paling penting yang mesti ada pada seorang peniaga ialah “qowwiyyul amin”. Seorang yang pakar lagi amanah. Memang ini yang diajar oleh Allah s.w.t dalam kisah Nabi Yusuf a.s dalam Surah Yusuf.

Jadi, sebelum memulakan bisnes, kena setup facebook profile supaya nampak kredibiliti.  Biar orang nampak kita “pakar lagi amanah”. Walaupun kita bukan orang paling pakar, orang tetap akan datang kepada kita untuk bertanya tentang emas kalau mereka nampak kita seorang yang pakar. At least, lebih pakar dari dia. Dan orang akan datang pada kita kalau dia nampak kita orang yang amanah. Walaupun kita  memang seorang yang amanah, orang tak tahu kita amanah melainkan kita “tampil” sebagai orang yang amanah. Pokoknya, kita mesti menonjol sebagai seorang yang “pakar lagi amanah” di facebook, bukan sebagai salesman.

Caranya mudah, iaitu:

#1 – Guna “Profile Name” Sebenar

Bukan nama samaran. Apatah nama yang memang pelik. Banyak friend request yang saya reject hanya sebab nama. Saya tak nak jadi friend orang yang namanya “Pembunuh Upahan”, “Ketulah”, atau nama yang pelik-pelik, apatah lagi namanya negatif. Seolah-olah orang tu nak sorokkan identitinya yang sebenar. Dan Rasulullah s.a.w pernah cancel untuk minta bantuan memerah susu bagi pihak baginda daripada seorang yang namanya bermaksud “gurun yang gersang” sebab nama adalah doa, nama juga membentuk peribadi.

Jadi, kalau anda nama Hasan Basri, at least kena letaklah nama “Hasan”. Tak kisah la nak letak “Hasan Tokey Emas”, “Hasan Pelabur Bijak”, “Hasan Jutawan Emas”, itu terpulang. Yang penting, orang tahu yang anda adalah “Hasan”.

#2 – Guna “Profile Picture” Sebenar

Kajian menunjukkan, meletakkan foto sebenar boleh meningkatkan 4 kali ganda kepercayaan di internet. Maksudnya, kalau tak letakkan profile picture sebenar, kita rugi 4 kali ganda kepercayaan dari customer di internet. Dan customer akan lari kepada peniaga lain.

Jadi, gunalah profile picture sebenar. Pendek kata, kalau jumpa di luar, orang kenal siapa kita. Orang kenal yang anda adalah “Hasan”, bukan “Pokemon”!

#3 – Letak Nombor Telefon

Walaupun facebook friend lebih suka guna “private message”, tapi kena letak juga nombor telefon. Senang kalau orang nak contact terutamanya bila tak ada internet connection.

#4 – Letak Title Peniaga Emas

Kalau bersesuaian, anda boleh letak tittle berkaitan pada profile name, sebagai contoh beberapa dealer Public Gold menggunakan nama “Wazir TokeyEmas PG”, “Faizan Pelabur Jutawan”, “Nadya Jutawan Emas”, “Faeez Pakar Emas” dan sebagainya.

Title macam ni sebenarnya penting untuk new friends supaya mereka cepat kenal yang kita adalah peniaga emas. Bila nak beli emas, dia ingat facebook friend yang berniaga emas. Tak perlu cek wall post pun dia dah tahu.

#5 – Manfaatkan Facebook Header

Facebook header salah satu cara marketing berkesan. Kalau berniaga emas, terus letak header yang ada gambar emas, dan letak terus no. telefon. Senang, orang tak perlu cek profile background untuk tahu kita berniaga emas. Tengok header jer pun dah boleh dapat no. telefon.

Facebook Header Syukor HasyimSekali pandang facebook header, orang dah tahu En. Syukor berniaga emas.

Itulah 5 perkara mudah setup facebook profile supaya nampak kredibiliti. Ruangkan masa 15 minit betulkan balik facebook profile sekarang dan mulakan bisnes emas di facebook. Moga kita semua kaya dan berjaya dengan emas, insyaAllah.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
22 September 2013
17 Zulkaedah 1434

Baca seterusnya:

(Kredit foto : msocialh)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *