Cara Menetapkan Dinar Emas Sebagai Maskahwin

Sekarang dah jadi “trend” dinar emas sebagai maskahwin. Tips penting daripada saya, kalau nak jadikan dinar sebagai maskahwin, sila pastikan dulu samada maskahwin tu dipersetujui mengikut jumlah “dinar” emas atau jumlah “RM” (duit)? Kalau mengikut jumlah dinar, boleh beli emas sekarang walaupun majlis aqad nikah akan berlangsung lagi 6 bulan.

Tetapi kalau dipersetujui mengikut RM (tetapi dinilaikan kepada “dinar”), saya cadangkan beli dinar bila dekat dengan majlis aqad nikah nanti supaya tak berlaku perbezaan ketara antara harga dinar & RM yang dipersetujui, sebab harga emas ada turun naik.

Kelebihan Emas Sebagai Maskahwin

Saya perhati, kelebihan utama bila jadikan dinar emas sebagai maskahwin; emas tu bertahan lama berbanding duit. Kalau bagi duit, biasanya tak lama lebih majlis, kita akan ‘tarik’ duit itu untuk dibelanjakan sedikit demi sedikit. Sedar-sedar, hadiah maskahwin dah nak habis!

Berbeza dengan bagi dinar emas.

Saya perhati, adik-beradik saya yang gunakan dinar sebagai maskahwin, dinar-dinar mereka tak terusik pun. ‘Kekayaan’ mereka bertahan lama sebab emas biasanya orang tak jual kecuali bila ada perkara-perkara yang sangat penting. Bila duit lain dah habis, barulah orang akan jual emas sebagai simpanan terakhir mereka.

dinar emas public gold mahar maskhwinSebagaimana nilai emas itu kekal mahal sepanjang zaman, ia boleh dijadikan simbolik nilai cinta yang kekal ampuh ditelan zaman, inshaAllah

Ia lagi ‘bertahan’ daripada dibelanjakan sebab ada nilai sentimental yang sangat tinggi! Macam cincin hadiah kahwin… Orang tak akan jual melainkan ada perkara yang sangat terdesak sebab ia ada nilai sentimental yang sangat tinggi. Itu kenangan indah… Kalau nak pakai duit sekalipun, mungkin orang akan pajak sahaja dulu. Mereka tak akan jual.

Strategi Simpan Emas Sebagai Maskahwin

Bagi orang bujang ataupun pelajar yang simpan dinar emas, selain emas itu boleh dijadikan simpanan, ia juga boleh digunakan sebagai maskahwin. Bila tiba masanya, ia terus boleh dijadikan maskahwin tanpa perlu ditukar kepada bentuk yang lain.

Kalau simpan emas untuk kahwin, letak target 1 dinar 1 bulan sebab jangka masa menyimpan biasanya tak panjang. Walaupun masih pelajar, cari jalan macam mana sekalipun supaya dapat simpan 1 dinar 1 bulan sebagaimana pernah dibuat oleh seorang daripada dealer Public Gold iaitu Tuan Syarif Jamil. Sambil belajar, mungkin boleh belajar berniaga di kampus.

testimoni fb simpan 1 dinar kahwin syarif jamil

Tempat Terbaik Simpan Emas

Kalau masih belajar, di mana tempat terbaik simpan emas tu?

Cara yang paling mudah buat masa sekarang ialah simpan emas melalui akaun emas Gold Accumulation Program (GAP). Kita boleh beli item sekecil 1 gram dan simpan percuma dengan Public Gold. Dan emas itu kita boleh keluarkan emas fizikal pada bila-bila masa samada bentuk dinar (ataupun gold bar).

1 dinar lbmaSyiling 1 dinar Public Gold. Berat 4.25 gram, ketulenan 999.9. Ia dinar paling cantik dan paling banyak terjual seluruh dunia. Sangat sesuai untuk maskahwin.

Strategi simpan emas ini bukan hanya untuk lelaki. Perempuan bujang pun boleh simpan dinar dari sekarang. Bila nak kahwin nanti, jual sahaja emas itu kepada bakal suami untuk dijadikan maskahwin. Duit hasil jual dinar tu nanti, gunakan untuk persiapan perkahwinan dan kehidupan selepas berumahtangga… InsyaAllah.

Zulkifli
Damansara Damai
30 Ogos 2016
27 Zulkaedah 1437H

[Kredit foto : Faizal Jamaluddin]

16 Comments

  1. Assalamualaikum Encik Zulkifli,

    Mas khawin saya RM50 , masih berkeadaan RM50 sampai skrg, 8 thn sudah.
    tapi hantaran kawin saya sudah menjadi 100gram emas yg membuatkan saya rasa bersyukur mengenali Public Gold yang mengubah cara saya berfikir ttg menyimpan duit vs simpan emas .

    Thanks sebab kenalkan saya dengan PG .

  2. Slm en zul.sy berminat membeli emas tp mslh nyer nak cari tempt simpan emas tu.adakah berbaloi kalau kita sewa peti simpanan kalau emas kita hanya 5 keping dinar shja.?? Target sy 1 dinar 1 bln.mohon tunjuk ajar tuan.tq

  3. Assalamualaikum,

    Kalau nak keluarkan emas fizikal dari GAP boleh. Tapi kalau nak masukkan emas fizikal itu balik dalam GAP boleh juga?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *