Cara Mudah Meramal Kenaikan Harga Emas
Bila harga emas jatuh, tak ramai yang beli emas sebab takut harga emas turun lagi. Mereka akan wait and see. Bila harga emas naik, ramailah yang kelam kabut beli emas sebab takut harga emas naik lagi. Itulah yang saya perhati. Kalau tanya dealer emas otai yang lain pun, saya yakin, mereka pun setuju tentang ‘perangai’ pembeli-pembeli emas ni. Lebih ramai yang beli bila harga naik memuncak berbanding harga turun rendah.
Beli Masa Harga Emas Tak Begitu ‘Seksi’
Lepas nak dekat setahun perhati turun naik harga emas, saya nampak antara masa yang agak baik untuk tambahkan lagi simpanan emas fizikal ialah masa harga ‘statik’. Naik tak, turun pun tak. Sebabnya, bila trend macam ni, harga emas akan melonjak pada bila-bila masa.
Saya pernah beli 3 keping gold bar 20 gram dengan harga RM3,150 daripada customer yang nak tolak balik. Masa tu, harga emas tak begitu ‘seksi’. Tak ramai yang berminat. Nak tolak harga diskaun 6% pun tak ada orang nak beli. Masa tu, ramai orang jual terus pada Public Gold sebab tak dapat buyer. Tapi dua minggu lepas tu, harga emas terus melonjak ke RM3,400! Saya untung 8% dalam masa dua minggu sahaja!
Walauapapun, saya berpegang kepada 4 perkara iaitu:
-
Harga emas akan naik dalam jangka panjang. Harga turun naik dalam jangka pendek tu adalah biasa. Tak lojik kalau harga naik tapi tak turun-turun.
-
Emas adalah duit sebenar. Daripada simpan kertas (duit ‘palsu’), lebih baik simpan emas (duit sebenar).
-
Harga barang naik, harga emas turut sama naik. Orang simpan emas, akan selamat dari inflasi sebab emas mengekalkan kuasa belinya.
-
Harga emas tak akan jatuh lingkup macam saham. Belum pernah ada dalam sejarah orang bangkrap sebab simpan emas, tapi terlalu banyak sejarah orang bangkrap sebab simpan duit kertas. So, yang mana lebih ‘secure’ sebenarnya?
Damansara Heights
26 Ogos 2011
26 Ramadhan 1432
(Draf asal bertarikh 9 Ogos 2011)
Nota Penting: Bagi sahabat yang belum pernah beli emas, jangan tengok harga tinggi rendah. Beli jer dulu at least sekeping syiling 1 dinar. Kalian hanya akan faham harga emas tinggi atau rendah bila dah buat belian pertama sebab dengan cara tu, baru kalian ada benchmark tersendiri.
Artikel berkaitan:
