Cara Mulakan Pelaburan Emas Modal Kecil
[Kemaskini 23 Jun 2021] Tak perlu modal besar untuk mulakan pelaburan emas. Kalau ada bajet sekitar RM100 sebulan pun dah boleh mula menyimpan emas.
Bagi saya, yang penting mulakan dulu dengan modal kecil.
Bila dah mula, baru cepat faham ilmu pelaburan emas. Bila dah mula, baru faham bila harga emas tinggi ataupun rendah.
Selagi tak mula, kekadang nak explain pun susah. Lambat sikit faham berbanding orang yang dah bermula.
Sebelum melabur, saya memang syorkan simpan duit kecemasan dalam bentuk tunai (di bank) sekurang-kurangnya 3 bulan pendapatan.
Tetapi bagi siapa yang belum cukup 3 bulan pendapatan,
Boleh mula beli dulu dengan bajet kecil, antaranya syiling 1 dinar atau gold bar 1 gram. Lepas tu baru fokus cukupkan 3 bulan pendapatan. Mulakan dulu sebagai motivasi menyimpan emas dan kumpul harta.
Bagi yang nak mulakan pelaburan emas dengan modal kecil, mungkin anda boleh pertimbangkan salah satu daripada cara ni;
#1 – Beli Syiling Emas 1 Dinar
Kalau ada bajet dalam sekitar RM1000 – RM1200, boleh beli syiling emas 1 dinar (4.25 gram). Beli dan simpan sendiri. Coin emas 1 dinar biasanya harga per gram lebih murah berbanding gold bar 1 gram.
Ini disebabkan coin 1 dinar dikeluarkan khas untuk tujuan pelaburan, sedangkan gold bar 1 gram biasanya dijual sebagai “item koleksi” ataupun sebagai “hadiah” -> harganya lebih mahal.
Untuk dapatkan emas 1 Dinar seperti di atas ini, anda boleh order terus melalui website Public Gold, buat bayaran dan emas tersebut akan dihantar terus dari HQ Penang terus ke rumah anda.
#2– Beli Emas 1gram Melalui Akaun GAP
Gold bar 1 gram edisi classic. PG ada keluarkan pelbagai design gold bar 1 gram.
Public Gold telah sediakan alternatif penyimpanan emas yang diberi nama Gold Accumulation Program (GAP) sejak dari tahun 2014. Ia memudahkan kita menyimpan emas walaupun dengan modal bawah RM350.
Ini kaedah simpan emas paling mudah buat masa ini di Malaysia. Dan ia cara paling murah untuk dapatkan goldbar 1gram di Malaysia.
Kita boleh keluarkan emas sekecil 1 gram dari akaun emas GAP, dan boleh tambah simpanan dari masa ke semasa dengan minimum RM100 untuk setiap kali belian.
Walaupun ia “akaun emas” tetapi kita boleh keluarkan emas tu dan simpan sendiri. Bagi sesiapa yang tak nak simpan sendiri (sebab takut hilang), emas tu kita boleh simpan dengan Public Gold secara percuma!
(Untuk faham lebih lanjut tentang pembelian secara GAP, boleh baca artikel saya ″Mudahnya Simpan Emas Dengan GAP Public Gold″)
#3 – Beli Emas GAP Dengan Bajet RM100
Jika nak beli emas 1gram melalui akaun emas GAP kurang mampu, sebenarnya anda boleh mulakan simpanan emas dengan bajet RM100 sahaja.
Dengan bajet RM100, anda sudah boleh memilki emas yang berketulinan 999(atau 24K) dengan berat 0.3861gram.
Apabila emas tu sudah cukup 2gram, anda boleh terus keluarkan dalam bentuk fizikal 1gram, yang bermacam-macam design seperti di atas.
Harga Golbar 1 Gram Kebiasaannya Lebih Mahal
Apa yang perlu sahabat pembaca tahu, harga per gram untuk item “gold bar 1 gram” yang dikeluarkan oleh mana-mana syarikat sekalipun, biasanya lebih mahal berbanding gold bar bersaiz lebih besar.
Maksudnya, HARGA PER GRAM untuk gold bar 1 gram biasanya lebih mahal berbanding beli gold bar yang bersaiz 10 gram atau 100 gram. Ini disebabkan minting cost-nya lebih mahal.
Cuma berdasarkan pemerhatian saya setakat ini, satu-satu cara untuk dapatkan gold bar 1 gram termurah di Malaysia hanyalah dengan beli melalui kaedah akaun emas GAP seperti point #2 dan point #3 saya di atas.
Syiling 1 dinar. Emas ketulenan 999.9 (24 karat), berat 4.25 gram.
Selain daripada faktor itu, ada 7 lagi kelebihan kenapa saya syorkan Public Gold kalau sahabat pembaca nak melabur emas di Malaysia. Jangan percaya cakap saya sebab saya adalah ejen Public Gold, cuma apa yang boleh saya katakan, siapa yang nak buat pelaburan emas fizikal di Malaysia tetapi dia tak tahu tentang kelebihan Public Gold, itu sudah satu kerugian besar!
Wallahu a’lam.
Mudah-mudahan dengan tips ringkas ini, sahabat pembaca boleh mulakan langkah pertama menyimpan emas, InsyaAllah…







