Cara Tambah Belian GAP Public Gold
Untuk belian pertama kali Gold Accumulation Program (GAP), kena guna kaedah manual, iaitu wassap terus kepada Public Gold sebagaimana panduan yang saya sediakan dalam artikel “Mudahnya Simpan Emas Dengan GAP Public Gold“. Tetapi untuk tambah belian, boleh terus tambah melalui website. Ia lebih memudahkan sebab kita cuma upload slip bayaran di website dan lebih mudah ‘monitor’ progress pembelian tersebut.
Untuk penambahan belian di website ini, tak perlu lagi guna wassap (sebagaimana belian pertama). Tetapi bagi sesiapa yang mempunyai masalah untuk akses internet, masih boleh terus menggunakan kaedah wassap tersebut.
Untuk tambah belian melalui website, ikut sahaja langkah di bawah ini:
Lepas login web www.publicgold.com.my, pilih Option “My GAP”. Kemudian ikut sahaja langkah sebagaimana screen di atas.
Screen begini akan keluar selepas selesai upload dan tekan butang “Request”. Dari screen ini, kita boleh semak ‘progress’ pembelian tersebut. Kalau pihak Public Gold dah selesai proses, status akan bertukar kepada “Success”.
Kalau dah “Success”, maklumat belian akan keluar dalam Web GAP Statement begini. Kalau lepas 2 hari bekerja masih belum update dalam statement, contact cawangan Public Gold terdekat untuk mereka buat semakan.
Ini no. contact cawangan Public Gold.
Ini sahaja proses tambah belian GAP. Selamat menyimpan emas Public Gold dengan cara peace of mind, insyaAllah.
Salam
Sy nk tahu jika buka akaun gap ni adakah perlu ditambah nilai setiap bulan atau boleh ditambah ikut kesukaan
Wslm Pn Zalena,
Boleh tambah bila-bila masa. Tak ada syarat wajib tambah setiap bulan. Bahkan nak jual setiap bulan pun boleh.
boleh saya tahu apa perbezaan dengan beli GAP dan beli produk LMBA gold yee?
GAP tu KAEDAH BELIAN melalui “Akaun Emas”. LMBA Gold tu item emas yang boleh dikeluarkan samada belian kaedah GAP ataupun non-GAP.
Assalamualaikum,
Saya nak tanya, kalau nak void purchased macam mana?.. Dan purchased saya dari 24/10 masih in processes, hmmm
Wslm Cikpuan Aishah
Untuk purchase GAP by FPX. Cikpuan Aishah simpan bukti pembayaran (resit). PG sekarang dalam proces untuk selesaikan masalah itu sekarang.