Clearence BNM Tentang Public Gold

Hari tu ada sahabat tanya, adakah Public Gold dapat clearence Bank Negara? Jawapannya “Ya”. Saya baru jumpa salinan surat kebenaran daripada Bank Negara. Rupa-rupanya boleh download jer dari website Public Gold, dekat bahagian PG Milestone.

Apa yang kita tak perlu takut sebab PG cuma terlibat jual dan beli emas sahaja. Tak ada sebarang skim pelaburan ditawarkan. Bagi duit dapat emas, bagi emas dapat duit. Itu jer. Emas tu kita simpan sendiri. Kalau bagi duit tapi cuma dapat kertas dan janji keuntungan, itu memang kena hati-hati. Banyak scam pelaburan emas kebanyakkan mengunakan cara tu.

Aduh… banyak sangat posting pasal emas sekarang ni. Terpaksa menulis lagi sebab lepas posting pertama pasal emas hari tu, banyak soal jawab yang datang. Ramai orang berminat nak tahu lebih mendalam tentang emas nampaknya.

Sekadar Membantu

Ada juga orang jauh sms saya di awal pagi lagi. Saya pun tak kenal dia sebelum ni. Dia nak jadi ‘billionnaire’ emas katanya. Alhamdulillah, begitu besar wawasan beliau. Moga Allah mempermudahkannya. Sebab jauh, saya tak dapat serve dia, jadi saya bagi no. contact ejen yang terdekat dengan tempat dia. Sekadar membantu.

Kalau dia dapat kebaikan, moga dengan kebaikan itu Allah kembalikan pada kami sekeluarga, insyaAllah.

Wallahu a’lam.

Zulkifli

Damansara Heigths
4 November 2010
27 Dzulkaedah 1431

2 Comments

  1. COD Pamp Suisse Lady Fortuna 10 gram.

    Untuk harga emas jongkong dan lain-lain yang hebat sila hubungi kami di goldman999.9@hotmail.com.

    Harga lagi murah daripada Habib, Poh Kong dan dealer2 lain. Bekalan antarabangsa.

    Rebat tunai segera RM 1,000 hingga RM 1, 500.

    Harga belian semula yang hebat.

    Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *