photo1696489907__1_-removebg-preview-removebg-preview-1.png

AIN NAJWA

Latar Belakang
Saya menerima pendidikan menengah di SMK Bandar Baru Salak Tinggi (BBST), Sepang dalam kelas aliran agama (KAA). Setelah selesai SPM, saya melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda saya di Universiti al-Azhar, Mesir dalam jurusan Ulum Islamiyyah. Kemudian, setelah tamat pengajian pada tahun 2016, saya balik ke Malaysia dan bekerja di tiga tempat yang berbeza sebelum menyambung pengajian Master.



Pada penghujung tahun 2019, saya mengambil keputusan untuk menyambung Master atas dasar cinta pada ilmu dan suka belajar. Dan Alhamdulillah sekarang saya telah selesai pengajian Master dalam Syariah dan Undang-Undang dan telah konvo pada Disember 2022. Sekarang, saya sedang membuat persediaan mental dan fizikal untuk menggapai impian terbesar saya! Impian saya nak menyambung pengajian ke peringkat yang paling tertinggi dalam akademik, PhD! Dan di universiti terbaik dunia, University of Edinburgh! Doakan saya ya.



Saya telah berkahwin dengan pasangan saya, Mohammad Noorazlan Md Ismail, pada tahun 2021. Pengantin COVID lah katakan. Ketika itu kami sama-sama masih belajar Master di UM. Alhamdulillah.
Bagaimana saya bermula simpan emas
Sejurus saya tamat pengajian di Mesir, saya mulakan langkah menyimpan emas ketika saya dalam fasa mencari-cari apakah instrument kewangan yang terbaik dan sesuai dengan saya. Abang saya sendiri mencadangkan kepada saya untuk mula mengumpul emas yang mana ketika itu, harga emas hanya RM180/gram, tahun 2018. Jadi, saya turutkan sahaja.

Yup! Saya seorang yang sangat boros. Selalu dimarahi oleh kakak kerana setiap kali gaji yang dapat, habis duit dibelanjakan. Bila habis, rasa menyesal kerana tiada bahagian untuk simpanan. Jadi setiap kali gaji, saya cuba untuk alihkan RM100 kepada emas walaupun tiada ilmu ketika itu. Bila dikira jumlahnya kepada RM, saya terkejut mampu menyimpan (dalam bentuk emas).

Bila difikirkan balik, saya tetap bersyukur kerana telah memulakan sesuatu tanpa faham dahulu. (pesan mentor saya Tn Mohd Zulkifli Shafie, buat dulu faham kemudian). Sekarang baru saya nampak apa yang dikatakan oleh mentor saya.
Turning point untuk buat bisnes Public Gold
Saya ingat lagi sebelum saya berhenti kerja di sebuah syarikat di Malaysia untuk menyambung pengajian Master di Universiti Malaya, saya berjumpa dengan Manager syarikat tersebut meluahkan kerisauan saya, memandangkan ketika itu saya adalah salah seorang team leader department tersebut. Saya berkata kepada beliau, saya risau bila saya sambung Master nanti, saya tiada pendapatan. Kerana ketika itu terdapat satu department baru yang mana pekerja boleh melakukan kerja hanya dirumah sahaja. Tetapi bila memikirkan saya tidak dapat memberikan komitmen sepenuhnya, saya berputus asa dengan department baru dan tetap dengan niat saya untuk berhenti kerja dan menyambung pengajian.

Saya memulakan pengajian pada penghujung 2019, berbekalkan duit yang saya sempat kumpul semasa bekerja. Namun saya perasan, sifat boros saya semakin hari semakin menjadi-jadi. Habis sahaja kelas, saya akan order GrabCar dari UM ke rumah (pergi sahaja dalam RM 30) ataupun train yang berdekatan (RM10). Duit tabungan gaji semakin lama semakin susut. Sehinggalah saya terjumpa posting mengenai promosi dealer di Facebook introducer saya, iaitu Dr. Syafiq Roslan yang merupakan salah seorang pin leadership Public Gold.

Pada awalnya, saya sekadar ingin mencuba. Saya tekad keluarkan duit simpanan saya dari ASB dan terus grab promosi dealer berjumlah RM 5,000 sebagai normal dealer. Saya ingat lagi, ketika itu promosi malam Rabu. Keesokkan harinya, saya terus berkongsi di WhatsApp tentang kelebihan emas walaupun ketika itu ilmu emas saya tak banyak. Tapi saya dapat rasakan keseronokan dalam berkongsi ilmu-ilmu yang dapat membantu orang lain kukuhkan kewangan mereka dengan emas.

Semakin hari semakin ramai yang bertanyakan tentang emas dan saya berjaya bantu lebih 20 jiwa hanya dalam 2 minggu. Jadi saya teruskan konsisten berkongsi di WhatsApp status. Sehari tak update, saya rasa hidup saya kosong. Waktu ni, saya tak nampak lagi hasilnya, insentif pertama yang saya terima adalah berjumlah RM100. Bagi seorang student yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan, itu pun saya dah merasakan jumlah yang banyak.

Tapi bukan duit yang saya nampak ketika tu, keseronokan berkongsi ilmu tu melebihi duit yang saya dapat. Saya seronok! Seronok berkongsi ilmu. Dan sekarang, dengan keseronokan yang saya dapat, pendapatan passive yang saya terima 5 angka sebulan. Double happiness. Alhamdulillah.
Cabaran yang dihadapi sepanjang membina bisnes Public Gold
Antara cabaran yang saya hadapi ketika membina bisnes Public Gold ni adalah pengurusan masa. Seorang postgraduate yang baru nak mengenal dunia research sebenar (tiada pengalaman presentation dan assignment disebabkan silibus dan cara pembelajaran di Mesir yang sangat berbeza). Dan dalam masa yang sama perlu bahagikan masa untuk berbisnes. Tapi saya pejam mata je, kerana cabaran tetap ada walau apa pun jalan yang kita pilih. Antara buat atau tak buat, saya pilih, BUAT!

Saya ingat lagi pernah berehat sekejap dari menulis tesis kerana ingin membuat prospecting secara manual dengan menghantar WhatsApp setiap orang sehinggakan jari saya cramp. Waktu ni, saya kuatkan diri saya dan cakap pada diri, “Ain, sikit je lagi ni nak siap, lepas ni boleh sambung buat tesis”. Prospecting merupakan salah satu daripada 5 Basic dalam PG1S, saya buat walaupun saya tahu saya boleh memberi alasan yang kukuh (saya nak tulis tesis, tesis lagi penting), tapi ketika ni dah buat decision, walau apa pun jadi, saya nak jadi Master Dealer. Semangat kan saya?
Perubahan selepas bersama G100
Alhamdulillah G100 banyak membantu saya membina diri terutamanya dari segi pembentukan mindset. Betul orang bisnes biasanya akan kira profit dan loss tetapi mentor G100 selalu berpesan kepada kami, “Bisnes ini adalah tentang membina diri, bukan membina poket semata-mata. Kalau nak duit banyak, jangan kejar duit tapi kejar buat kebaikan. Nanti duit yang akan datang cari kita.”

Dengan kata lain, kalau nak naikkan pendapatan, kena naikkan ilmu dan skills dulu. Pendapatan pasti akan naik seiring dengan nilai diri kita.

Dan syukur alhamdulillah walaupun saya mempunyai pengalaman bekerja tak banyak seperti yang lain, bisnes dan leadership, G100 dapat membentuk saya menjadi salah seorang bakal leader yang kini empayarnya hampir 9,000 jiwa penyimpan emas.

Nilai bisnes saya kini adalah lebih RM1juta di mana bisnes PG saya ini mampu menghasilkan passive income RM10-RM15k secara konsisten ataupun lebih. Alhamdulillah.

Target seterusnya adalah untuk melahirkan #100NextAinNajwa dengan bantuan G100. Mereka ini akan capai at least apa yang saya capai. Jika mereka berusaha lebih, mereka boleh pintas pencapaian saya. In shaa Allah.

See you at the top!
Penghargaan
Kejayaan yang saya miliki ini tidaklah sepenuhnya dari saya. Saya sangat bersyukur kerana umi saya sangat memahami apa yang saya lakukan walaupun pada awalnya tidak menampakkan sebarang hasil. Kata mentor, hadir sahaja program G100 dalam tempoh 6 bulan pada permulaan kita dah ada decision untuk berjaya dalam bisnes ni, ubah mindset dan ikut mindset mentor. Alhamdulillah.

Dan saya berterima kasih kepada suami saya, Noorazlan yang tidak pernah jemu beri sokongan mental dan fizikal semasa buat bisnes Public Gold ini.

Tidak dilupakan juga dua insan hebat yang tak pernah jemu membimbing saya iaitu Dr Syafiq dan juga Tuan Mohd Zulkifli Shafie dari segenap sudut ilmu. Tanpa didikan mentor, saya tak akan berada di tahap ini.

Jom sama-sama kita kaya dan berjaya dengan Public Gold. Bersara kaya di usia muda, let’s achieve financial freedom!