~Apabila Cabaran Dianggap Sebagai Peluang
Seorang rakan saya pernah berpesan, “Nanti kalau ada rezeki sambung belajar, masa tu jangan terjebak dengan apa-apa tawaran bisnes yang datang.”
Rezeki Allah, saya mendapat tawaran untuk sambung belajar di peringkat Sarjana pada September 2017. Sedang semangat belajar berkobar-kobar, saya mendapat tawaran kenaikan pangkat pada Februari 2018 yang memerlukan saya untuk berpindah pusat dan PJJ dengan suami dan anak-anak saya. Tambahan, pada masa itu saya sedang sarat mengandungkan anak yang keempat. Jadi berkelanalah kami 2 beranak di tempat baharu.
Dengan cabaran yang sedia ada tersebut, Allah gerakkan hati saya untuk tahu lebih lanjut tentang peluang yang ada di Public Gold selain menyimpan emas pada April 2018. Setelah diberi penerangan, saya telah menjadi dealer sah Public Gold secara rasmi.
Pada masa itu, rasa seperti ada banyak batu berat di atas kepala saya. Semua perlu jalan serentak jika saya nak capai apa yang saya impikan dengan cepat. Saya jalan terus! Pegang kuat pada kata-kata keramat nenda saya dalam bisnes, Ustazah Norazah; “Buat benda betul dengan sabar.”
Walaupun pada mulanya ia kelihatan sangat sukar, alhamdulillah satu persatu kejayaan dicapai dari segi kerjaya, pendidikan dan bisnes. Perkara yang paling memberi kesan adalah, sistem pendidikan yang ada dari PG Group mampu membantu saya untuk membina diri sendiri lebih daripada sekadar menebalkan poket.