Pada bulan September 2018 saya membuat keputusan menjadi dealer emas kerana ingin terus membeli dengan harga diskaun.
Pada penghujung tahun 2019 saya telah menghadiri program PLT di Ampang selama 2 hari. Sekembalinya saya dari program itu, minda saya mula terbuka untuk menjalankan business emas ini dengan secara lebih serius. Selama ini saya beranggapan yang business utama yang saya masih jalankan sehingga sekarang, adalah satu satunya sumber perniagaan saya hingga keakhir hayat. Walau bagai mana pun setelah di buat perbandingan tentang kebebasan kewangan dan pendapatan pasif, saya dapati Public Gold ini tiada tandingannya.