azmanbilaji.png

Ar. Azman Bilaji

Latar Belakang
Nama saya Ar. Azman Bilaji dan isteri Noor Fazliatun kini menetap di Johor Bahru. Kami mempunyai 5 orang anak. Saya bekerja sebagai seorang akitek dan kini masih menjalankan praktis Azman Bilaji Architect di Johor Bahru sejak tahun 2003 lagi.
Bagaimana saya bermula simpan emas
Saya mula menyimpan emas jongkong pada tahun 2018 setelah berkenalan dengan introducer saya En Mohamad Hafiz Shafie ditahun 2017 melalui aktiviti berbasikal. Pengalaman dapat memegang emas 10g pada bulan Jun 2018 di atas tapak tangan meninggalkan kesan mendalam didalam diri saya, memikirkan logam sekecil itu boleh jadi begitu bernilai sejak dahulu kala. Setelah saya mula menyimpan emas, barulah saya sedar tentang sifat boros saya sebelum ini. Sesal mula melanda diri.
Turning point untuk buat bisnes Public Gold
Pada bulan September 2018 saya membuat keputusan menjadi dealer emas kerana ingin terus membeli dengan harga diskaun.

Pada penghujung tahun 2019 saya telah menghadiri program PLT di Ampang selama 2 hari. Sekembalinya saya dari program itu, minda saya mula terbuka untuk menjalankan business emas ini dengan secara lebih serius. Selama ini saya beranggapan yang business utama yang saya masih jalankan sehingga sekarang, adalah satu satunya sumber perniagaan saya hingga keakhir hayat. Walau bagai mana pun setelah di buat perbandingan tentang kebebasan kewangan dan pendapatan pasif, saya dapati Public Gold ini tiada tandingannya.
Cabaran yang dihadapi sepanjang membina bisnes Public Gold
Perubahan selepas bersama G100
G100 Network menyediakan satu landasan yang sistematik untuk saya mendaki tangga kejayaan yang tidak saya jangka. Bermula dari tarikh saya bertekad untuk mendidik lebih ramai orang faham tentang kelebihan menyimpan emas, saya telah berjaya menjadi Master Dealer dalam masa15 bulan.
Penghargaan
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasangan saya Noor Fazliatun dan anan anak yang sentiasa memberi sokongan tanpa berbelah bagi dalam membina bisnes ini, introducer saya En FMD Mohamad Hafiz Shafie yang tak jemu mambantu saya di awal pengelibatan saya. Terima kasih saya kepada kepada mentor dan pengasas PGG100 Network En Zulkifli Shafie diatas semua tunjuk ajar dan panduan percuma yang dicurahkan dan tidak lupa Mentor En Syukor Hashim yang selalu mendidik di social media tanpa jemu.