IMG_8634-Copy.jpg

Ayunni Harun

Latar Belakang
Nama saya Nur Ayunni Binti Che Harun. Saya berasal dari Terengganu dan menetap di Cyberjaya, Selangor. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer. Sekarang menjadi Suri Rumah sepenuh masa. Saya sudah berkahwin dan mempunyai dua orang cahaya mata.
Bagaimana saya bermula simpan emas
Suami saya adalah penyimpan emas sejak kami belum kahwin lagi. Walaubagaimanapun, saya tak pernah ambil tahu tentang emas sehinggalah suami menjual sebahagian emas yang dia simpan untuk tujuan pelaburan pada instrumen lain. Kebetulan pada masa tu harga emas pada paras tinggi. Walau hanya menjual sebahagian kecil, suami saya mendapat keuntungan yang sangat tinggi.

Pada detik itulah baru saya nampak yang simpan emas ni sangat bagus. Tambahan juga, bila semak balik hantaran yang saya terima dulu, hanya dinar dan barang kemas saje yang kekal, barang-barang lain semua dah rosak.

Nilai dinar yang saya terima sebagai hantaran kahwin dulu pun sudah meningkat hampir sekali ganda. Dari detik itulah saya jatuh cinta pada emas.
Turning point untuk buat bisnes Public Gold
Selepas nampak kebaikan simpanan emas, saya memujuk suami untuk upgrade status customer Public Gold kepada dealer sekadar untuk mendapat insentif atas pembelian diri sendiri memandangkan suami sudah memang penyimpan emas.

Selepas berbincang, kami mengambil keputusan untuk daftar akaun saya sebagai dealer. Selepas berdaftar sebagai dealer, kami join PG Leadership Training (PLT) yang dianjurkan oleh G100 Network. Dari situ kami sekali lagi terbuka mata tentang peluang bisnes yang boleh dibuat bersama Public Gold dan terus mengambil keputusan untuk serius membina bisnes bersama-sama.
Cabaran yang dihadapi sepanjang membina bisnes Public Gold
Cabaran yang dihadapi sepanjang tempoh membina bisnes adalah cabaran dari sudut masa. Suami sangat sibuk dengan kerja hakiki. Kerja sebagai programmer tidak kira masa. Kerja dihujung minggu dan waktu malam adalah perkara biasa.

Saya pula sibuk menguruskan anak-anak yang sedang membesar. Mereka sangat aktif dan sangat memerlukan perhatian daripada kami. Kami buat bisnes di dalam kesibukan masa kerja dan masa bersama keluarga.

Dari situ kami belajar menguruskan masa dengan sebaiknya. Fokus pada perkara yang penting sahaja.
Perubahan selepas bersama G100
Alhamdulillah, dalam masa 9 bulan kami sudah capai status sebagai Master Dealer. Banyak ilmu bisnes, ilmu kewangan, ilmu emas yang kami belajar daripada dealer-dealer yang hebat terutamanya dari Mentor Tuan Zulkifli Shafie.

Disamping pencapaian-pencapaian yang kami dapat sepanjang buat bisnes PG, ada satu pencapaian yang lebih besar bagi kami iaitu hubungan kami suami isteri bertambah baik. Kalau sebelum ni kami kurang bercakap, tapi sekarang ni 24 jam sembang Public Gold je, sembang bisnes je. Ada benda yang bermanfaat untuk disembangkan. Sebab suami saya ni jenis yang kurang bercakap sebab dia banyak menghadap komputer sahaja.

Tapi selepas buat bisnes PG dan bergaul dengan dealer-dealer yang positif, berada dalam circle G100 yang super positive, suami dah mula banyak bercakap. Setiap kali lepas join event atau meeting, dia akan bercerita balik pada saya. Bisnes PG secara tak langsung telah memberi impak yang besar pada kehidupan kami.

Banyak benda positif yang kami belajar dari Mentor dan dealer-dealer hebat G100. bukan sahaja mampu membina business, malah mampu mengubah peribadi menjadi yang lebih baik.
Penghargaan
Jutaan terima kasih kepada keluarga saya dan keluarga mentua yang sangat menyokong dan membuatkan kami lebih bersemangat untuk berkongsi manfaat emas.

Terima kasih juga kepada penyimpan emas dibawah bimbingan kami yang memberi kepercayaan pada saya dan suami.

Tidak lupa pada keluarga G100 Network yang super positive terutamanya Introducer kami Tuan Hafiz Shafie dan Mentor Tuan Zulkifli Shafie yang banyak memberi tunjuk ajar. Banyak ilmu yang kami belajar dan telah mengubah kehidupan kami sekeluarga.

Terima Kasih.