IMG_5813.png

Azlan Bin Abdul Rahman

Latar Belakang
Saya Azlan Bin Abdul Rahman, lahir dan dibesarkan di Machang Kelantan. Sekarang bekerja Bayan Lepas, Pulau Pinang dan menetap di Kulim Kedah. Sudah berkahwin dan mempunyai dua (3) orang cahaya mata.
Bagaimana saya bermula simpan emas
Mula menyimpan emas pada tahun 2015 selepas membaca blog Mentor Mohd Zulkifli Shafie dan membuka akaun Emas GAP Public Gold. Saya bermula dengan 1 gram pertama dengan harga RM171 pada waktu itu. Setiap bulan saya usahakan beli sekurang-kurangnya 1 bulan 1 gram. Jika ada lebih saya beli lebih. Selepas 3 tahun konsisten saya dapati emas berjaya menutup kebocoran wang. Saya sendiri tidak sangka betapa banyaknya emas yang berjaya saya beli tanpa mengubah cara berbelanja.
Turning point untuk buat bisnes Public Gold
Pada disember 2018 saya baca buku Wang Emas dan akhirnya saya mengambil keputusan untuk menjadi dealer. Saya biasa membuat bisnes sambilan tetapi kebanyakkan bisnes apabila ia mula membuahkan hasil, saya terpaksa berkorban masa yang banyak masa jika betul-betul serius. Dengan kata lain ia bersifat ‘active income’. Namun bisnes Public Gold ini sebaliknya. Kita tidak perlu berhenti kerja walaupun pendapatan bulanan mencecah lima angka. Saya masih lagi bekerja pada masa yang sama saya boleh menjalankan bisnes tanpa perlu pegang stok! Sungguh menyeronokkan kerana ia bersifat ‘passive income’.

Sebaik grab promosi menjadi dealer PG, saya segera menghubungi semula dengan Mentor dan menyatakan minat untuk memulakan bisnes dengan Public Gold. Mentor saya menasihatkan saya untuk menyertai kursus Jutawan Leadership Training (JLT) di Seberang Jaya jika betul-betul seruis hendak maju dalam bisnes. Ringkas cerita dalam kusus tersebut saya berpeluang bertemu dengan beliau, pengasas G100 Network buat pertama kalinya. Beliau juga menerangkan terdapat banyak sistem sokongan diberikan terutamanya saya diajar bagaimana memulakan bisnes dengan betul tanpa melakukan kesalahan. Disamping berkembang dalam Public Gold melalui G100 Network. Akhirnya Saya membuat keputusan besar untuk fokus sebaik menamatkan kursus.
Cabaran yang dihadapi sepanjang membina bisnes Public Gold
Sebaik menamatkan program JLT saya membuat keputusan untuk betul-betul seruis membina bisnes berdasarkan apa yang dipelajari dalam kursus dua hari tersebut. Namun upline saya gagal dihubungi bertahun-tahun.

Rupa-rupanya mentor saya telah dipenjarakan. Dalam tempoh itu saya terpaksa memikirkan sendiri apakah strategi, cara menyelesaikan masalah, membina mindset dan segala menajamkan tools yang diperlukan untuk mencapai matlamat dalam bisnes PG.

Segala cabaran saya anggap kecil kerana cita-cita saya besar.
Perubahan selepas bersama G100
Alhamdulillah dengan hasil tunjuk ajar, saya rancak mengajak kenalan dan sesiapa sahaja untuk menyimpan emas seperti saya. Hasil sokongan dari team, saya berjaya menjadi Master Dealer (MD) dalam masa 22 bulan. Kini total frontline saya telah melebihi 1000 orang dan empayar melebihi 5,000 penyimpan emas.
Target saya bersama Public Gold adalah untuk bebas kewangan sepenuhnya dalam masa 5 tahun dari sekarang. Saya yakin mampu mencapainya dengan G100 Network.
Penghargaan
“TERIMA KASIH PUBLIC GOLD, TERIMA KASIH G100 NETWORK, TERIMA KASIH EN. ZUL”
Lions never plan for dreaming.
They just hunt.

Pre Order Name Tag