Captain Raitu & Cikgu Zatil

Latar Belakang
Nama diberi Raitu Shahmi Bin Che Daud, lahir dan dibesarkan di Kuala Ketil, Baling , Kedah. Sekarang bekerja di Port Dickson dan menetap di Melaka. Sudah berkahwin dan mempunyai dua (2) orang cahaya mata. Bekerja sebagai Kapten Kapal di pelabuhan Port Dickson.
Bagaimana saya bermula simpan emas
Mula menyimpan emas pada bulan Mac tahun 2021 selepas isteri mendesak supaya membuka akaun Emas GAP Public Gold. Hanya membeli 1 dinar sahaja sebagai permulaan. Alhamdulillah terus konsisten menyimpan emas sebagai simpanan dan pelaburan untuk mencapai matlamat saya dan untuk menyebarkan ilmu yang bermanfaat tentang ilmu emas seterusnya capai bebas kewangan bersama Public gold.
Turning point untuk buat bisnes Public Gold
Sejujurnya saya tidak mencari bisnes untuk menambah pendapatan tetapi Allah kurniakan rezeki terjumpa platform Public Gold atas desakan isteri, terima kasih kepada beliau. Saya telah tersedar setelah saya didedahkan oleh Mentor Tuan Zulkifli Shafie yang pentingnya untuk keluar dari zon selesa untuk buat persediaan jika kita dilanda musibah seperti hilang pekerjaan, hilang upaya untuk bekerja dan yang paling ditakuti ialah dipenjarakan bukan kerana melakukan kesalahan yang kita lakukan.

Saya berhubung dengan introducer dan menyatakan minat untuk menjadi dealer Public Gold dan terus upgrade menjadi Priority Dealer pada hujung Mac 2021 kerana niat ingin berkongsi ilmu mengatasi masalah boros yang baru dipelajari dari simpanan emas. Secara rasmi saya serius membuat promosi dan recrutment pada April 2021. Minat mendalam itu hadir apabila mentor yang merupakan pengasas dan pengerusi G100 Network menerangkan terdapat banyak sistem sokongan diberikan, diajar untuk memulakan bisnes seterusnya berkembang dalam Public Gold melalui G100 Network.
Cabaran yang dihadapi sepanjang membina bisnes Public Gold
Walaupun saya tiada pengalaman dan tidak pernah terlibat dengan bisnes secara formal, saya mampu ikut dan berkembang dengan Public Gold melalui G100 Network. Banyak yang saya belajar melalui perkongsian didalam event G100 Network yang membuatkan saya terus bersemangat untuk mendidik lebih ramai insan seterusnya bantu mereka bebas dari hutang dengan ilmu simpanan emas.
Perubahan selepas bersama G100
Alhamdulillah dengan hasil bacaan Buku Wang Emas dan juga Buku Misi Bebas Hutang serta tunjuk ajar ketika menghadiri semua event G100 Network dari En. Mohd Zulkifli Shafie, saya berjaya menjadi Master Dealer (MD) dalam masa 8 bulan dan berjaya melangsaikan 3 hutang jahat saya iaitu tiga buah kerata. Target saya bersama Public Gold adalah untuk bebas kewangan dan hutang sepenuhnya dalam masa 5 tahun dari sekarang. Saya yakin mampu mencapainya dengan G100 Network.
Penghargaan
“TERIMA KASIH PUBLIC GOLD, TERIMA KASIH G100 NETWORK, TERIMA KASIH MENTOR EN. ZULKIFLI SHAFIE – JADIKAN MANFAAT ILMU EMAS SEBAGAI LADANG MENGUMPUL PAHALA BERKEKALAN”