Dora_Ajeng_SuccessStory.png

DORA AJENG

Latar Belakang
Nama diberi Dora Ajeng, seorang guru berbangsa Kayan dari Miri Sarawak. Saya sudah berkahwin dan diberkati dengan 4 orang anak.



Saya tidak pernah didedahkan tentang simpanan emas. Keluarga atau lingkungan saya tidak pernah menekankan tentang mengumpul emas sebagai aset. Menurut saya dulu, emas hanyalah aksesori untuk golongan wanita yang mahu menunjuk-nunjuk sahaja.
Bagaimana saya bermula simpan emas
Saya memang mencari-cari satu bisnes yang dapat saya buat selepas bersara secara hakiki nanti. Ciri-ciri bisnes itu mestilah tidak melibatkan tenaga fizikal, tak perlu pegang stok, dan dapat dijalankan dari segala penjuru dunia kerana saya memang suka melancong.

Saya mula bertatih buat bisnes kecil-kecilan semasa MCO 2020 dan saya ada sedikit extra income dari situ.. Saya mula ligat berfikir bagaimana caranya untuk menyimpan sebahagian daripada duit bisnes saya itu supaya tidak diboroskan sembarangan. Seorang rakan baik saya telah memperkenalkan simpanan emas di Public Gold kepada saya dan tanpa berfikir panjang saya terus mula menyimpan 1 gram Oktober 2020.
Turning point untuk buat bisnes Public Gold
Saya upgrade ke Normal Dealer pada 20 Oktober 2020. Peringkat awal menjadi dealer, saya hanya kenal introducer saya namun kami dipisahkan oleh line internet yang teruk, maka sukar untuk saya bertanya apa-apa persoalan tentang dealership. Ini memaksa saya search and explore sendiri urusan tentang dealership melalui tools set yang disediakan oleh group G100 Network dan dalam tempoh 3 bulan saya berjaya mencapai Club 100.

Saya sedar saya tidak latar belakang bisnes yang kuat, maka saya mula hadir training PLT pada 01.01/2021. Sejak PLT ini saya terus hadir semua core program G100 dengan konsisten. Saya mula live menggunakan platform FB personal dan Tik Tok.

Respon terhadap live saya tidaklah memberangsangkan awalnya namun saya teruskan sahaja kerana saya nak fokus membrandingkan diri saya sebagai dealer aktif Public Gold. Akhirnya saya berjaya mencapai 300FL dalam tempoh 11 bulan dengan itu melayakkan saya mencapai status Master Dealer dan 8 bulan kemudian berjaya mencapai Star Founder Master Dealer. Syukur kepada Tuhan.

Setelah mendengar pesanan mentor tuan Mohd Zulkifli Shafie untuk ultra focus, maka saya telah membuat keputusan untuk fokus pada bisnes Public Gold sahaja. Saya juga memilih untuk follow PG1system sepenuhnya. Saya percaya dengan follow PG1S, saya dapat mencapai impian-impian saya.
Cabaran yang dihadapi sepanjang membina bisnes Public Gold
Cabaran pertama saya adalah saya kurang cekap memanfaatkan platform sosial media untuk tujuan bisnes. Cabaran kedua adalah mindset saya juga belum terbina sebagai mindset PGBO. Menyedari tentang ini saya usahakan diri saya wajib menyertai semua core program by G100 Network dan offer diri untuk menyumbang sebagai komiti G100 Network. Dengan penglibatan begini saya telah pastikan diri saya berada dalam lingkungan orang-orang yang berjaya, pasti saya akan berjaya bersama mereka atau seperti mereka suatu hari nanti.
Perubahan selepas bersama G100
Saya sedar masih terlalu ramai yang perlu mengetahui manfaat simpanan emas especially di kalangan suku saya dan Sabah Sarawak amnya. Sedikit yang saya buat hari ini akan menyumbang impak yang besar kepada rakyat Malaysia yang masih bergumul mengatasi masalah kewangan.
Penghargaan
Terima kasih team G100 Network di bawah mentorship tuan Mohd Zulkiflee Shafie yang banyak membantu saya grow dalam bisnes PG sehingga ke tahap ini. Saya percaya jika cekal dan konsisten, kita pasti berjumpa di puncak kejayaan.

Ada emas, senyuman takkan kurangL)

Salam senyuman takkan kurang daripada Dora.