IMG-20220824-WA0065-fococlipping-standard-1.png

Hizam Shah Omar

Latar Belakang
Berasal dari Melaka. Berusia 56 tahun, berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Saya berkecimpung dan berpengalaman luas dalam dunia hospitaliti selama 35 tahun sejak keluar dari ITM (sekarang UITM). Pengalaman saya termasuklah membuka dan mengurus beberapa buah Resort ternama, Kelab Golf dan Kelab Rekreasi. Sekarang saya bertugas di Johor.
Bagaimana saya bermula simpan emas
Saya mula menyimpan emas sejak dari tahun 2009 lagi dengan membeli dari beberapa syarikat lain. Sebelum ini saya menyimpan tanpa ilmu dan membeli dan mengumpul secara hobi tanpa matlamat. Emas banyak membantu saya ketika jatuh dan bangun sebelum ini. Saya sedar kebaikan menyimpan emas.
Pada bulan Jun 2021 barulah saya membeli produk dari Public Gold secara serius. Saya lebih yakin dengan Public Gold dan hanya membeli produk Public Gold sehingga kini. Sebab utama saya yakin dan hanya membeli dari Public Gold kerana ada banyak kelebihan berbanding dengan syarikat lain.
Turning point untuk buat bisnes Public Gold
Pada bulan Julai 2021 saya membuat keputusan menjadi Dealer. Ini kerana saya lihat ramai Dealer yang telah berjaya membimbing ramai orang tentang ilmu emas. Saya yakin saya pun boleh lakukan perkara yang sama dan berjaya.

Syukur alhamdulillah saya berjaya mencapai Master Dealer kurang dari 12 bulan. Saya melakukan secara part-time buat masa sekarang dan berazam untuk melakukan secara serius kelak
Cabaran yang dihadapi sepanjang membina bisnes Public Gold
Pelbagai cabaran yang saya lalui sepanjang bergelar Dealer. Membahagikan masa dengan kerja hakiki dan sebagai Dealer adalah cabaran utama. Saya lebih fokuskan dealership pada sebelah malam dan hujung minggu. Cabaran lain yang saya hadapi adalah mengekalkan Personal Sales dan juga mencapai active ratio yang baik. Ramai Frontline yang buka akaun tetapi tidak menyimpan atau membeli. Mereka belum betul-betul bersedia lagi, perlu bersabar dan terus mendidik mereka.
Perubahan selepas bersama G100
Saya amat yakin dengan Public Gold dan G100. PG1S adalah satu sistem yang agak sempurna dan banyak membantu disamping toolsets yang banyak disediakan. Mentor yang sudah proven success dan tidak jemu membimbing, Leader-leader dan team yang amat cemerlang memudahkan saya belajar dan ikut semua tools yang disediakan. Tanpa G100 mungkin saya masih terkial-kial lagi rasanya. G100 banyak merubah cara saya berfikir dan bertindak. Ramai Dealer yang berjaya menjadikan satu inspirasi yang baik kepada saya untuk terus berusaha untuk mencapai kejayaan.
Penghargaan
Saya ingin memberi credit kepada Founder Public Gold, Dato’ Wira Louis Ng dan Public Gold kerana ianya sebuah syarikat yang kukuh dan dipercayai oleh masyarakat. Yang lebih menarik ialah kerana setiap Dealer adalah PGBO kepada Public Gold.

Penghargaan juga kepada Founder & Mentor G100, En. Mohd Zulkifli Shafie yang penuh dengan ilmu emas dan ikhlas untuk melahirkan ramai jutawan.

Juga tidak lupa kepada semua Leaders dalam G100 dan tenaga pengerak yang banyak memberi sumbangan tenaga dan idea kepada semua didalam circle G100.

Budi baik Tuan-tuan dan Puan-puan akan dibalas dengan kebaikan jua.