HAFIZ SHAFIE

Latar Belakang
Saya bekas graduan dalam kejuruteraan mekanikal di UTM Skudai. Manakala, isteri saya pula mempunyai segulung ijazah dalam bidang perakaunan di UITM Shah Alam. Kami tamat belajar pada Ogos 2014, dan pada November 2014 saya mendapat jawatan sebagai jurutera kilang kelapa sawit di sebuah syarikat GLC, dan dihantar ke Sabah. Manakala, isteri mendapat pekerjaan sebagai seorang akauntan di Kota Bharu Kelantan.



December 2014, kami menjalani kehidupan sebagai suami isteri. Terpaksa hidup berjauhan dengan jarak beribu kilometer antara memisahkan kami, isteri saya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai seorang akauntan, dan mengikuti saya di Sabah sebagai seorang surirumah sepenuh masa di samping saya.



Pada September 2016, setelah mengikuti Jutawan Emas Leadership Training (JLT) yang kini kita jalankan secara online yang dipanggil PLT. Saya mempunyai impian untuk capai Financial Freedom, tak kerja tapi ada duit.
Bagaimana saya bermula simpan emas
Tahun 2010, saya masih bergelar sebagai seorang mahasiswa. Masa tu baru tahun pertama di universiti. Rezeki dari Allah, saya menerima biasiswa dari JPA sekitar RM5000 untuk satu semester.

Sebagai orang kampung, baru umur awal 20an, menerima duit RM5000 tu sangat banyak bagi saya. Selepas selesai pembayaran yuran pelajaran dan yuran kolej. Saya buat keputusan untuk tukarkan lebihan wang saya tadi ke dalam bentuk emas.

Setiap semester saya buat perkara yang sama. Alhamdulillah, tahun 2014 tamat saya belajar, walaupun simpanan duit saya kosong. Tapi saya ada emas sebanyak 20 Dinar emas.

Ini adalah salah satu dinar emas pertama saya dulu, Dinar Local 916. Sekarang Public Gold sudah tidak keluarkan emas edisi ini lagi.
Turning point untuk buat bisnes Public Gold
Dengan situasi pekerjaan saya (sebagai seorang jurutera kilang kelapa sawit) yang perlu berpindah ke kilang baru setiap 3 hingga 5 tahun, kami rasakan masa depan kami dan anak-anak agak susah nak dirancang dengan baik. Jadi, kami mencari apa sahaja sumber pendapatan yang membolehkan kami hidup bebas dimana tempat yang kami suka, tidak terhad dengan masa.

Dalam misi mencari sumber pendapatan pasif, kami banyak belajar tentang hartanah dan juga cuba memulakan bisnes kecilan seperti bisnes membuat keropok dan juga menjadi orang tengah bagi sahabat-sahabat di Sabah untuk dapatkan jersey-jersey murah dari Kelantan.

Disamping kami sendiri memang sudah penyimpan emas, kami dapati, menjalankan bisnes emas Public Gold adalah jalan paling cepat dan mudah untuk kami mencapai impian kami iaitu, mempunyai kebebasan masa untuk bekerja dimana-mana sahaja tempat yang kami suka, disamping anak-anak dan keluarga.

Bermula dengan ikuti program anjuran Public Gold iaitu Jutawan Emas Leadership Training pada November (JLT) 2016 (sekarang dipanggil PLT), kami nekad untuk memberi tumpuan 100% kepada membina bisnes Public Gold secara serius.
Cabaran yang dihadapi sepanjang membina bisnes Public Gold
Selain dari kekangan masa bekerja sebagai seorang jurutera sawit. Dan sebagai seorang bapa bagi dua orang cahaya mata.

Antara cabaran paling utama bagi saya ialah dalam proces mengubah mindset sebagai seorang pemilik bisnes dari kerja makan gaji. Walaupun ketika bermula pada tahun 2016, saya masih bekerja sebagai seorang jurutera, tetapi untuk mengubah mindset tu satu proces yang memakan masa bagi saya.

Saya mula membina bisnes di Tawau Sabah sekitar Sept 2016. Jauh dari branch Public Gold. Orang tak kenal saya. Kalau saya masih guna mindset saya yang lama, tanpa guna mindset mentor. Sudah pasti saya tak capai apa yang saya capai hari ini.

Syukur, sekitar 4 tahun kami membina bisnes Public Gold (bermula dari Sept 2016) dengan hanya berkongsi kebaikan menyimpan emas kepada masyarakat, pada 31 Ogos 2020 saya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai seorang jurutera dan menjadi bapa sepenuh masa. Ini adalah keputusan yang paling penting dan paling besar dalam hidup saya buat, selepas keputusan untuk mendirikan rumah tangga ketika usia muda.

Jun 2021 pula, saya sudah mencapai status Double Star Founder Master Dealer yang mempunya empire penyimpan emas lebih 5000 penyimpan emas di seluruh Malaysia, Indonesia dan Brunei. Sehingga kini, July 2022 empire penyimpan emas dibawah network saya sudah mencecah 12,000 orang.

Hasil dari pendapatan pasif melalui bisnes Public Gold sehingga 5 angka sebulan, kami boleh memberi tumpuan sepenuhnya untuk mencorak masa depan anak-anak disamping bekerja dari rumah.
Perubahan selepas bersama G100
Saya tak pandai buat bisnes, saya tak pandai bercakap, saya tak pandai menulis. Saya ingat lagi masa saya nekad nak capai bebas kewangan melalui Public Gold. Saya sangat stress untuk buat posting di Facebook. Sampaikan untuk tulis satu posting di Facebook, saya mengambil masa sampai 3 hari.

Saya ingat lagi, sewaktu saya masih bekerja sebagai jurutera, saya cuma habiskan waktu cuti saya untuk ikuti program-program Public Gold seperti JLT. Itulah bercuti bagi saya. Ikuti program Public Gold dan G100, ia membuatkan saya terasa aura super positive, dan boleh hilangkan rasa penat lelah bekerja.

Melalui G100, diri saya berubah 360 darjah. Dari suka lepak-lepak di kedai mamak. Saya tukarkan waktu saya kepada membaca buku. Dari suka layan movie yang langsung tak memberi kebaikan kepada masa depan saya, saya tukarkan masa untuk bantu seramai mungkin kukuhkan kewangan dengan emas.

Dengan G100 yang dibimbing oleh mentor saya, Tuan Mohd Zulkifli Shafie, saya yang sekarang tak sama dengan saya 6 tahun dulu. Sekali gus secara lansung, pendapatan pasif saya juga bertambah seiring dengan perubah diri saya, sehinggalah sekarang ini alhamdulillah, saya sudah menjadi bapa sepenuh masa.

Kerja cuma di rumah. Tak kerja tapi ada duit.
Penghargaan
Di kesempatan ini, saya ucapkan jutaan terima kasih kepada mentor saya, En Mohd Zulkifli Shafie, yang merupakan abang kandung saya sendiri yang membuatkan minda saya terbuka tentang kebebasan kewangan pada 2016 dahulu.

Kemudian, saya juga ucapkan jutaan terima kasih kepada keluarga, ibubapa dan isteri saya sentiasa mendoakan dan memberi sokongan saya sepanjang saya menjalankan bisnes Public Gold sehingga sekarang.

Tidak lupa juga dealer-dealer G100, terutamanya semua komiti G100 yang juga banyak membantu saya dan isteri dapat mencapai hingga ke tahap ini.

Akhir sekali, saya juga sangat berterima kasih kepada Public Gold yang menyediakan platform sebagus ini, dan memberi peluang kepada ramai masyarakat untuk mencapai bebas kewangan dalam tempoh 3 hingga 5 tahun sahaja.