Tuan-Redzuan.jpg

Mohammad Redzuan bin Abdul Rahman

Latar Belakang
Saya, Mohammad Redzuan bin Abdul Rahman, seorang pengurus di sebuah syarikat industri minyak dan gas. Berkelulusan Master of Engineering (MEng) dari University of Sheffield dan merupakan jurutera bertauliah (Pemegang gelaran CEng CMarEng MIMarEST) dari Engineering Council, United Kingdom. Saya merupakan bapa kepada 2 orang anak, seorang lelaki dan seorang perempuan.



Saya mula bekerja semenjak September 2007. Saya tidak mempunyai masalah untuk menyimpan dengan disiplin. Walaubagaimanapun, masalah utama yang saya hadapi ialah saya selalu tewas apabila simpanan terkumpul agak banyak. Apabila simpanan sudah banyak, pasti ada pelbagai idea akan datang untuk berbelanja. Simpanan saya sering bocor. Pelbagai instrumen kewangan telah saya cuba tetapi hasilnya tetap sama.
Bagaimana saya bermula simpan emas
Pada 2016 saya mula berjinak-jinak dengan Emas setelah dipaksa oleh rakan kerja saya. Walaupun berat hati pada mulanya, tetapi saya dapat merasakan aura yang berbeza setelah mula menyimpan Emas fizikal ini. Sejak saya mula menyimpan Emas, saya menggali lebih banyak ilmu berkaitan Emas melalui bacaan dan menghadiri seminar-seminar. Alhamdullilah pada April 2017 saya mula simpanan Emas saya dengan Public Gold dan terus bergelar menjadi Dealer.

Pertemuan pertama saya dengan En Mohd Zulkifli Shafie pada September 2017 telah membuka mata saya tentang potensi besar daripada bisnes Public Gold. Pertemuan dengan ‘Champion’ dalam bisnes Public Gold and bimbingan terus yang saya perolehi daripada beliau sangat memberi impak yang besar kepada saya.
Turning point untuk buat bisnes Public Gold
Walaupun mempunyai pekerjaan yang agak stabil, sejak krisis yang berlaku di industri minyak dan gas pada tahun 2014, saya dapat merasakan tiada jaminan di dalam mana-mana sektor pekerjaan sebenarnya. Bermula sejak daripada itu, saya telah mencuba pelbagai bisnes yang ada di luar sana antaranya menjadi stokis syarikat Emas, menjual peti simpanan Emas dan menjalankan bisnes Emas dan Perak secara COD. Sememangnya pendapatan-pendapatan yang saya perolehi ini agak lumayan namun ia adalah pendapatan aktif. 

Bezanya bisnes Public Gold dengan bisnes lain di luar sana yang saya pernah ceburi adalah ‘Education System’ yang disediakan. Cabaran awal yang saya hadapi apabila ingin fokus dengan bisnes Public Gold adalah untuk membetulkan mindset dari kerja makan gaji kepada mindset seorang pemilik bisnes.

Bermula dengan mengikuti program anjuran Public Gold iaitu PG1S Weekly Meeting di cawangan Public Gold Ampang setiap minggu dan Jutawan Emas Leadership Training (JLT) pada November 2017 (sekarang dipanggil PLT), saya menjadi lebih fokus untuk membina bisnes Public Gold. Walaupun tidak menampakkan hasil daripada usaha yang saya lakukan pada awal fasa membina bisnes, saya hanya fokus menambahkan ilmu dan mengikuti PG1S 100%
Cabaran yang dihadapi sepanjang membina bisnes Public Gold
Pelbagai cabaran yang saya lalui sepanjang bergelar Dealer. Cabaran utama ialah pembahagian masa antara kerja hakiki dan bisnes Public Gold. Saya lebih fokus pada bisnes Public Gold pada hujung minggu. Mujur dilahirkan di dalam keluarga G100 yang saling bantu-membantu. Asbab berassociate dengn rakan-rakan Dealer yang lain, banyak ilmu-ilmu yang saya belajar yang membolehkan saya untuk melonjakkan bisnes Public Gold saya.
Perubahan selepas bersama G100
Sepanjang 3 tahun saya membina bisnes Public Gold, saya hanya fokus kepada menyampaikan kebaikan menyimpan emas kepada masyarakat. Dengan usaha yang konsisten dan keizinanNya, pada 29 September 2020 saya telah mencapai status Master Dealer dengan membimbing 300 penyimpan Emas. Impian hidup saya adalah untuk menjadi bapa sepenuh masa selewatnya pada pertengahan tahun 2022 dan saya yakin dengan platform yang disediakan oleh Public Gold, saya akan capai impian ini tidak lama lagi.

Sekarang ini fokus saya adalah membina dealer-dealer di bawah bimbingan saya supaya mereka juga akan capai status Master Dealer.
Penghargaan
Akhir sekali, jutaan terima kasih saya ucapkan kepada mentor saya, En Mohd Zulkifli Shafie dan isteri, yang banyak memberi bimbingan dan inspirasi kepada saya. Terima kasih tidak terhingga juga saya ucapkan kepada Public Gold yang menyediakan platform terbaik yang membolehkan saya, Dealer-Dealer lain dan masyarakat di luar sana untuk mencapai status bebas kewangan dalam tempoh 3 hingga 5 tahun sahaja.