Saya memulakan simpanan emas sejak tahun 2019 apabila ibu saya menyarankan saya untuk buat belian emas hasil dari duit lebihan yang ada, saya belikan gelang emas dan hadiahkan pada isteri. Pada mulanya saya tidak faham, sekali lagi pada pada tahun 2020, ibu saya menyarankan perkara yang sama.
Tapi 2020, saya ingin mencari satu pelaburan yang boleh memberi hasil bulanan kepada saya kerana setiap bulan, perbelanjaan saya asyik tidak mengcukupi. Akhirnya saya menjumpai blog introducer saya iaitu Tuan Syarif Jamil yang telah menerangkan saya berkenaan pelaburan emas dan bagaimana boleh menjana income dengan belian emas di Public Gold.
Beliau telah menyarankan saya membaca buku “Wang Emas” dan “Misi Bebas Hutang” tulisan Tuan Mohd Zulkifli Shafie. Dari pembacaan barulah saya sedar, bukan kerana duit gaji tidak cukup membuatkan perbelanjaan bulanan saya asyik tidak mencukupi tetapi cara saya menguruskan kewangan keluarga saya.
Dari buku tersebut barulah saya tahu, emas ini boleh mengubati penyakit boros dan kini simpanan emas saya makin bertambah dan menuju 85gram bagi membayar zakat InsyaAllah. Akhirnya, hanya dengan emas sahaja duit saya terasa cukup dan ada simpanan emas sebagai dana kecemasan keran sifat boros saya yang kronik.