anasrazi-1.png

Muhammad Anas Razi Bin Ibrahim

Latar Belakang
Nama Muhammad Anas Razi Bin Ibrahim. Berasal dan menetap di Melaka. Bekerja sendiri / Berniaga sejak 2016.
Bagaimana saya bermula simpan emas
Mengetahui kebaikan dan kepentingan simpanan Emas sejak bangku sekolah. Menjumpai pelbagai Syarikat Emas selain Public Gold tetapi tidak berminat untuk menyertainya sehingga pada Tahun 2020 membuat carian di Google dan di Facebook dan menjumpai Facebook Introducer saya iaitu Cik Zareen Naqiyah. Melihat segala Posting beliau yang lebih kepada Education membuat saya yakin Public Gold adalah pilihan yang tepat. Jadi saya telah memulakan langkah pertama saya bersama Public Gold melalui Akaun Emas GAP
Turning point untuk buat bisnes Public Gold
Sebagai seorang peniaga/ usahawan, sudah pasti apabila melihat sahaja perjalanan Business Public Gold ini adalah adalah satu peluang perniagaan yang sangat luar biasa,sangat mudah dan sangat bersistem. Dalam 30 minit – 1Jam pendaftaran PGCode saya telah berjaya tanpa perlu saya berjumpa dengan Introducer saya. Dan lebih menarik lagi, urusan jual beli, pemilikan emas dan lain-lain, semuanya terus kepada syarikat tanpa saya perlu melalui Introducer (Dealer) saya. Ini membuatkan saya lebih tertarik untuk mengetahui bagaimana caranya untuk menjadi Dealer Public Gold

Disebabkan saya melihat Public Gold ini adalah peluang yang sangat bagus untuk saya rebutkan. Saya terus membuat carian di Internet dan menjumpai beberapa blog Dealer Public Gold yang menerangkan bahawa kita juga berpeluang menjadi Dealer Public Gold secara percuma dengan hanya perlu mencari 50 orang Front Line. Maklumat ini telah membuatkan saya sangat gembira kerana saya dapat memulakan langkah pertama saya tanpa perlu saya keluarkan kos. Bagi saya untuk permulaan ini, bukanlah pangkat dealer itu yang saya kejarkan, tetapi saya perlu kenal bagaimana sistem recruitment Public Gold berjalan dan bagaimana sambutan masyarakat terhadap Public Gold.

Kemudian saya terus menghubungi Cik Zareen Naqiyah untuk memastikan maklumat yang saya terima tentang recruitment percuma itu benar. Dan selepas mendapat sedikit bimbingan cara untuk mendaftarkan akaun baru, saya terus memulakan langkah pertama mencari pelanggan baru. Waktu ini pendaftaran masih manual dimana kita memerlukan beberapa maklumat pelanggan dan resit bayaran minimum RM100 untuk pembukaan akaun. Alhamdulillah pelanggan pertama saya adalah pada 19 Mac 2020
Cabaran yang dihadapi sepanjang membina bisnes Public Gold
Disebabkan saya lebih awal berada dalam dunia perniagaan sebelum menjumpai perniagaan Public Gold ini, jadi saya telah melalui pelbagai cabaran dan halangan yang lebih besar antaranya tentang pengurusan staff/pekerja, stok barang, kecurian, masa, penipuan dan banyak lagi. Disebabkan pengalaman ini membuatkan saya melihat cabaran yang dihadapi di dalam perniagaan Public Gold adalah sangat-sangat kecil. Hanya ada cabaran dalam diri sahaja. Cabaran pemikiran dan cabaran nak bertindak.
Perubahan selepas bersama G100
Pada 22 April 2020, saya telah membuat keputusan untuk menjadi Normal Dealer Public Gold dengan pembelian 30 gram Bungamas secara Full Payment. Dan telah mendapat pelantikan rasmi pada 30 April 2020.
Dan bermula dari itu, bermulalah perjalanan saya sebagai Normal Dealer Public Gold dan kemudian sah menjadi Priority Dealer pada 2 Disember 2020 secara percuma iaitu 150 orang Frontline dan RM150K jualan peribadi. Diikuti sah menjadi Master Dealer pada 4 Februari 2021 dengan 300 orang Frontline + RM300K jualan peribadi.
Penghargaan
Terima Kasih G100 Network

Sudah pasti, tiadalah kejayaan saya pada hari ini tanpa bantuan dan sokongan Team G100Network yang sentiasa bersama-sama memastikan program-program di dalam team sentiasa lancar dan berkesan. Dan juga kepada kepada Introducer saya sendiri Cik Zareen Naqiyah dan Tuan Syarif Jami (Keluarga Emas SJ) yang sentiasa memberi tunjuk ajar, bimbingan dan ilmu sepanjang saya bersama Public Gold.

Dan yang terutama kepada Mentor dan Guru saya Tuan Syukor Hashim (Mahaguru Emas) dan Tuan Zulkifli Shafie (Founder G100Network) yang banyak berkorban masa dan tenaga untuk memberikan Training dan buah fikiran baru agar kami Dealer Public Gold sentiasa terus pacu kehadapan dan mencapai Financial Freedom bersama Public Gold.