276169952_5664121190271132_193333797316502512_n.jpg

Bashir Mansor

Latar Belakang
Nama saya ialah Muhammad Bashir Bin Mansor dan berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Saya berkelulusan Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Teknologi Mara Malaysia (UiTM) dan sekarang ini berkerja sebagai Engineering Manager di salah sebuah syarikat multinational di Batu Kawan, Pulau Pinang. Saya mendirikan mahligia cinta bersama Aznida Binti Abu Hasan dan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata yang menyerikan rumahtangga kami. Isteri saya berkerja sebagai seorang pendidik dalam bidang Matematik dan Prinsip Perakaunan di salah sebuah sekolah menengah di Bukit Mertajam. Disamping menjalankan kerja hakiki, saya dan isteri juga komited membina empayar perniagaan bersama Public Gold Marketing Sdn Bhd sebagai 1 Star Founder Master Dealer.
Bagaimana saya bermula simpan emas
Dulu saya dan isteri tidak pernah mengambil serius soal duit simpanan dan boleh dikatakan kami zero ilmu tentang dana simpanan. Kami mempunyai pendapatan yang agak mewah setiap bulan tetapi kami tidak pernah berjaya menyimpan duit melebihi 1 bulan pendapatan walaupun sudah berkerja lebih 5 tahun. Setiap bulan kami akan berasa sangat kaya diawal bulan tetapi berasa sangat tenat dan papa dihujung bulan. Bertambah sesak jika berlalu apa-apa kecemasan yang memerlukan duit extra dihujung bulan.

Apabila dikenangkan semula saat itu, kami rasa seram dan takut dengan cara pengurusan kewangan kami yang sangat boros. Sejak daripada itu kami bertekad untuk mencari ilmu dan kaedah terbaik untuk membina dana kewangan yang kukuh. Alhamdulillah, pada tanggal 12 Julai 2015 saya ditemukan dengan Tuan Mohd Zulkifli Shafie yang merupakan seorang penulis buku Zero Hutang (Misi Bebas Hutang).
Turning point untuk buat bisnes Public Gold
Bermula daripada detik tersebut kami mula membaca ilmu tentang Emas dan kewangan di blog https://www.mohdzulkifli.com/ dan buku Zero Hutang tulisan Tuan Mohd Zulkifli Shafie. Tanggal 25 Julai 2015, kami mengambil keputusan untuk mula menyimpan Emas sebanyak 5.0 gram melalui akaun simpanan Emas GAP Public Gold. Sejak daripada itu kami terus mencari ilmu tentang Emas dan kewangan dengan membaca buku tulisan mentor (Tn Mohd Zulkifli dan Tn Syukor Hashim) serta menghadiri majlis-majlis ilmu yang dianjurkan oleh Public Gold. Berkat ilmu yang pelajari, kami terus istiqamah menyimpan Emas setiap bulan hingga ke saat ini.
Cabaran yang dihadapi sepanjang membina bisnes Public Gold
Kami bermula sebagai seorang yang zero ilmu dalam bidang Emas dan ini merupakan cabaran yang paling utama yang kami terpaksa hadapi pada permulaan membina business Public Gold. Pelbagai soalan yang agak sukar dijawab sebab jawapannya bukan dibawah kepakaran kami seperti soal zakat dan soal syariah. Tapi kami tidak pernah berputus asa dan sentiasa ambil inisiatif untuk terus mencari ilmu di setiap majlis ilmu yang disampaikan oleh mentor. Alhamdulillah ilmu kami tentang emas dan kewangan meningkat dari hari ke hari dan kami tidak pernah berhenti menuntut ilmu bersama mentor hingga ke saat ini.

Cabaran kedua adalah mindset yang betul dalam membina business Public Gold. Saya bukanlah seorang yang berlatar belakang businessman dan mindset saya lebih kepada seorang customer yang banyak complain berbanding memberi feedback. Alhamdulillah, mindset saya telah berubah 100% daripada mindset seorang ejen menjual Emas kepada mindset seorang Public Gold Businesss Owner asbab mengikuti setiap nasihat-nasihat yang disampaikan mentor dan mendalami ilmu–ilmu PG1System. Saya berkorban masa dan duit untuk menghadiri Program Jutawan Leadership Training di Melaka bersama mentor-mentor.
Perubahan selepas bersama G100
Apabila saya dan isteri merasai sendiri kelebihan menyimpan emas serta berjaya membina dana kecemasan dengan emas dalam tempoh kurang setahun. Kami mula terfikir untuk berkongsi manfaat ini dan sangat yakin masih ramai yang sedang bertarung dengan masalah kewangan yang tiada kesudahan. Kami rasakan adalah menjadi satu kewajipan untuk kami berkongsi pengalaman, kebaikan dan manfaat menyimpan Emas dengan ilmu.

Sejak daripada itu kami mula mengkaji peluang dan kelebihan busines yang ada bersama Public Gold. Busines model Public Gold sangat menarik minat kami sebab konsepnya yang mampu menjana pendapatan pasif dan kami mampu membina empayar business yang kukuh serta boleh diwarisi. Kami menjadi semakin minat untuk menjadi dealer Public Gold atas asbab melihat keikhlasan, semangat dan kejayaan mentor kami Tn Mohd Zulkifli Shafie dalam membina empayar business Public Gold beliau.

Alhamdulillah, pada tanggal 5 November 2015 kami ambil keputusan untuk menjadi Authorized Normal Dealer dengan pembelian GAP sebanyak RM10,000. Syukur ke-hadrat Ilahi berkat usaha yang istiqamah, hari ini (18 Jun 2021) kami telah mencapai status 1 Star Founder Master Dealer Public Gold yang mempunyai empayar business seramai 2130 customer base. Perjalanan kami masih jauh dan InshaALLAH kami ingin membimbing seramai mungkin dealer-dealer dibawah kami demi mencapai kejayaan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang bersama G100 Network.

Saya dan isteri mempunyai impian yang sangat besar yang ingin dicapai dengan business Public Gold. Kami ingin melahirkan 100 Master Dealer dan memiliki empayar business melebihi 100,000 customer base sebelum 31 Disember 2030. Seterusnya kami berhasrat untuk menggapai status financial freedom hasil daripada pendapatan pasif daripada Public Gold. InshaALLAH.
Penghargaan
Syukur kepada ALLAH SWT sebab dipertemukan dengan platform business Public Gold dan hadirkan mentor-mentor yang sangat hebat (Tuan Syukor Hashim dan Tuan Mohd Zulkifli) yang membimbing kami tanpa rasa jemu. Kejayaan kami hari ini tidak akan tercapai tanpa doa ibu ayah yang tidak putus-putus dan redha mereka yang sentiasa inginkan kejayaan yang gemilang bersama Public Gold. Jutaan terima kasih buat semua dealer dan customer dibawah empayar kami (MBM Network Group) yang sentiasa memberi kepercayaan penuh kepada kami dalam membimbing ilmu menyimpan Emas dengan betul. Ribuan terima kasih juga kepada seluruh warga G100 Network Group yang sentiasa memberi sokong dan dorong kepada kami demi mengekalkan aura positif untuk terus mekar bersemangat membina empayar.