WhatsApp-Image-2022-10-27-at-1.37.53-AM.jpeg

Dr Fadhli Adnan

Latar Belakang
Latar belakang saya adalah doktor perubatan. Mendapat ijazah perubatan daripada Universitas Udayana, Bali pada tahun 2014. Berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan Siswazah di Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom, Kluang Johor pada tahun tahun 2015 dan seterusnya berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan di Klinik Kesihatan Tanah Putih, Kuching pada tahun 2017



Sekarang saya sudah meninggalkan bidang perubatan sejak tahun 2019, dan kini membangunkan bisnes keluarga dan juga Public Gold Business Owner
Bagaimana saya bermula simpan emas
Saya membuat pembelian emas pertama saya pada tahun 2018. Ketika itu saya mempunyai duit lebihan akibat tunggakan pembayaran gaji daripada kenaikan pangkat daripada Pegawai Perubatan UD41 kepada UD44.

Duit tersebut saya gunakan untuk membeli Public Gold LBMA Dinar Set: 10 DInar, 5 Dinar, 1 Dinar dan juga 1/2 Dinar dan mendapat status Normal Dealer secara automatik
Turning point untuk buat bisnes Public Gold
Titik awal permulaan saya untuk membuat bisnes Public Gold adalah pada bulan Ogos tahun 2020, di mana saya tidak mempunyai simpanan walaupun dah 5 tahun berkerja. Duit gaji entah hilang kemana, tak Nampak hasil sama sekali. Tapi apabila saya lihat, emas yang saya beli pada tahun 2018, masih ada dalam simpanan saya. Satu lagi, nilai emas yang saya beli pula bertambah nilainya. Waktu tahun 2018 hanya sekitar RM190 dan pada 2020 harganya naik kepada RM280 per gram!

Waktu itu terdetik di hati saya yang emas adalah jawapan kepada masalah kebocoran wang saya. Saya mula mencari lebih banyak info. Saya baca buku-buku kewangan dan baca blog Tuan Mohd Zulkifli Shafie. Saya rasa seronok bila saya dah lebih faham berkenaan ilmu emas dan ilmu kewangan secara amnya. Jadi saya nekad, saya nak berkongsi kelebihan menyimpan emas dengan orang ramai dan buat duit poket sebagai dealer Public Gold. Waktu tu saya fikir, dapat Rm400-500 daripada bisnes PG pun dah sangat memadai
Cabaran yang dihadapi sepanjang membina bisnes Public Gold
Dalam hidup, kita pasti akan berdepan dengan masalah dan halangan. Kita perlu anggap semua itu sebagai cabaran dan hadapi dengan tenang untuk mencapai kejayaan. Antara cabaran yang saya hadapi dalam membangunkan bisnes adalah introducer saya sangat sibuk. Tapi adakah itu menjadi alasan saya tidak boleh membangunkan bisnes? Saya sentiasa berpegang pada prinsip, ini adalah bisnes saya sendiri. Yang menentukan kejayaan, jatuh atau bangunnya bisnes adalah diri kita sendiri. Ucapkan terima kasih kepada Intorducer kerana memperkenalkan bisnes Public Gold kepada kita. Tapi masa depan dan kejayaan bisnes terletak pada tangan sendiri. Dengan impian yang besar, cabaran sebesar gunung akan jadi seperti sebutir pasir sahaja.

Hadir semua training yang disediakan untuk persiapkan skillset dan juga fahami semua toolset yang telah disediakan oleh team G100. Jangan cepat mengalah. Baru attend training satu kali, terus nak give up. Mahu Berjaya dalam bisnes perlu kental dan jangan mudah sentap. Hadir semua training, terus belajar dan praktis. Cristiano Ronaldo, seorang bintang bola sepak, one of the world best, apabila ditemu ramah: “adakah bakat memainkan peranan dalam kejayaan?”. Jawapan beliau: “Mungkin. Tapi yang pasti tanpa usaha dan kerja keras, talent is nothing”
Perubahan selepas bersama G100
Menjadi sebahagian daripada G100 merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan dalam hidup saya. Saya sangat bersyukur menjadi sebahagian daripada keluarga besar G100 Network. Antar perkara yang berubah setelah mengenali G100 adalah:

1. Saya mempunyai mindset dan wawasan hidup yang baru. Dalam proses membina bisnes, tanpa sedar saya membina diri menjadi lebih baik

2. Mempunyai empire bisnes yang kukuh dan memberikan pendapatan pasif 4 – 5 angka sebulan walaupun baru hanya 2 tahun membangunkan bisnes. Luar biasa!

3. Circle yang sangat positif dan membina, yang sentiasa memberikan dorongan agar semuanya sama-sama berjaya. Together we achieved more!
Penghargaan
Terima kasih saya ucapkan kepada Mentor, Tuan Mohd Zulkifli Shafie atas tunjuk ajar yang diberikan, terima kasih introducer saya, Dr Syafiq kerana memperkenalkan bisnes Public Gold kepada saya, terima kasih buat isteri saya yang sentiasa berdiri di samping saya dan memberi sokongan kepada saya. Tak lupa, terima kasih saya ucapkan buat seluruh komiti G100 kerana menyediakan platform yang terbaik dan juga circle yang positive. You guys are awesome!

Saya sendiri masih baru, dan masih terlalu banyak yang saya perlu pelajari. Saya yakin, jika kita bersedia untuk belajar, beri 200% focus, ultra-focus untuk bangunkan bisnes, semua orang mampu berjaya! Yang penting sanggup belajar dan sanggup berusaha

Kejayaan meninggalkan jejak. Perbetulkan mindset, upgrade skillset dan gunakan toolsets yang disediakan oleh G100, Insya-Allah Success is Predictable.

See you at the Top!