Shikin Shawal

Latar Belakang
Saya merupakan seorang bekas Health, Safety & Environment Executive di PETRONAS dan mempunyai latar belakang dalam Kejuruteraan Kimia. Semasa saya bekerja, boleh dikatakan saya tiada ilmu kewangan dan langsung tidak mengenali emas. Hidup saya sekadar seorang pekerja yang hanya menjalankan tanggungjawab dan melunaskan kerja-kerja yang majikan saya beri. 



Saya hanya tahu menyimpan duit dan bayar hutang, selain dari itu saya memang ZERO tentang kewangan sehinggalah pada tahun 2014 saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Saya perlu fokus pada anak kembar dan keluarga saya pada ketika itu. Jadi saya fikir, saya perlu mencari sesuatu yang boleh dilakukan dari rumah sahaja supaya saya boleh bekerja/berbisnes sambil menjaga anak-anak.



Saya berhenti kerja setelah saya langsaikan hutang kereta saya dan ada simpanan sekitar setahun gaji. Boleh dikatakan agak selesa kerana saya tiada komitmen, jadi duit itu memang untuk perbelanjaan saya sendiri, yang lain-lain suami saya yang menguruskan kewangan keluarga kami.



Namun, selepas setahun saya berhenti kerja, saya mula menjadi resah kerana duit simpanan saya semakin menyusut. Saya kalah dengan nafsu berbelanja, masuk kelas macam-macam yang bayarannya mencapai ribuan ringgit, saya cuba bisnes yang pelbagai tetapi tidak berjaya dan ada juga yang pinjam duit tapi tidak membayar semula.
Bagaimana saya bermula simpan emas
Akhirnya saya diperkenalkan dengan Public Gold oleh sahabat saya. Walaupun ketika itu saya masih tidak faham tentang emas, namun disebabkan percaya kepada sahabat saya dan bertambah yakin apabila membaca blog www.mohdzulkifli.com saya teruskan juga. Emas pertama saya adalah 100 gram melalui akaun GAP dan mendapat dealership secara percuma. 
Turning point untuk buat bisnes Public Gold
Tidak pernah saya terfikir untuk menjadi dealer aktif. Saya menyimpan emas sekadar ingin menyelamatkan wang saya dari kebocoran. Tetapi saya menjadi semangat untuk menjadi dealer apabila sahabat saya mengajak saya ke seminar Rahsia Dealer Emas dan pada ketika itu berjumpa dengan mentor iaitu En Mohd Zulkifli Shafie, di mana sebelum itu saya hanya mengenali beliau melalui pembacaan di blog beliau. Saya kagum dan terus nekad untuk bisnes PG.
Cabaran yang dihadapi sepanjang membina bisnes Public Gold
.
Perubahan selepas bersama G100
Saya juga ikuti PG1S conference pada April 2016. Alhamdulillah saya berjaya mendapat anugerah Club 100 dan Superstar Dealer hanya dalam masa 6 bulan lepas saya follow PG1S. Namun, selepas itu saya berhenti seketika atas beberapa kekangan. Walaupun begitu, apabila saya comeback pada tahun 2020, saya masih ada customer lama yang berdaftar dengan saya sebelum ini. Itulah bagusnya bisnes PG ni, walaupun berhenti lama, kita tidak hilang customer dan bisnes kita boleh diwarisi!

Alhamdulillah, saya layak menjadi Master Dealer pada Februari 2021. Income juga bertambah, dan seakan tidak percaya dengan apa yang saya peroleh ketika itu, ia sudah menghampiri gaji semasa saya menjadi engineer dulu! Namun yang lebih utama, saya mendapat kepuasan apabila dapat menambah nilai kepada kehidupan customer dan dealer di bawah empayar saya serta dapat menyumbang kepada tim G100 Network.
Penghargaan
Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada suami tercinta dan anak-anak atas restu dan inspirasi, mak abah saya atas doa mereka, mahaguru En Syukor Hashim dan Pn Jonaina Nordin, mentor kesayangan En Mohd Zulkifli Shafie dan Pn Najdah Mohammed Hussain, rakan-rakan dealer, PG G100 Network, Staf PG dan semua customer serta dealer yang berada di dalam empayar saya. Semoga Allah membalas jasa kalian dan tambahkan kebaikan ke atas rezeki yang telah dikurniakan.