Di tahun pertama dan kedua menjalankan bisnes adalah fasa yang agak sukar. Bisnes dijalankan ikut cara sendiri. Nak ikuti program PG selepas 2 tahun pertama seperti seminar, PGIS, NDO dan JLT pun agak mencabar, kena ke branch atau ke lokasi program yang jauh. Perlu pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit. Semua ditempuh demi ilmu dan dream yang kuat. Sekarang, perkembangan bisnes PG sangat baik. PG adalah bisnes model yang sangat bagus. Ada sistem mentoring. Saya ditakdirkan berada under G100 Network yang diterajui oleh Tn Mohd Zulkifli Shafie . Dalam G100 disediakan pelbagai sistem sokongan bagi dealer yang decide nak grow. Di sini ada business school, pelbagai training dan support sistem yang terbaik.