Pada April 2020, sewaktu satu dunia dilanda wabak covid 19, kemudahan moratorium diberikan kepada semua rakyat. Saya telah dinasihati oleh upline MD saya, Dr Syafiq untuk grab promo dealer kerana saya mempunyai bajet yang sesuai. Pada waktu itu, saya tidak langsung memikirkan untuk menambah pendapatan sampingan.
Saya bermula dengan kenalan saya, dimulakan dengan keluarga, saudara dan sahabat. Disebabkan saya seorang guru, berkongsi ilmu ini dah sebati dengan jiwa. Saya juga minat menulis. Jadi disebabkan minat dan keinginan yang seiring, saya mula kongsikan semua pengalaman saya tentang emas dan Public Gold di media sosial. Dari seorang yang pasif, saya menjadi aktif di media sosial.