Nur-Suaidah.png

NUR SUAIDAH BACHOK

Latar Belakang
Saya Suaidah berasal dari Muar, Johor. Mendapat pendidikan awal di SK Sri Jamil, kemudian SMK Seri Menanti, SMKA Maahad Muar dan Kolej Matrikulasi Johor. Saya juga adalah graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Statistik dari UiTM Shah Alam.



Pernah bekerja sebagai seorang guru, kemudian menjadi akauntan di sebuah syarikat pembekal perabut. Selain daripada itu saya sangat aktif berniaga kecil-kecilan sendiri. Sejak tahun 2014 saya telah berhenti kerja sepenuhnya dan menjadi surirumah bekerjaya hingga kini.
Bagaimana saya bermula simpan emas
Introducer saya, Mohd Muadz kenalkan bisnes Public Gold ini kepada saya. Kata beliau, beliau yakin saya boleh berjaya dalam bisnes Public Gold ini. Sedangkan saya tak pernah dengar dan tahu apakah Public Gold, jauh sekali nak mengenali siapa mentor Tuan Zulkifli Shafie & juga simpanan emas.

Pembelian pertama saya adalah menjadi Normal Dealer Public Gold pada Jun 2015. Saya belajar semuanya melalui pembacaan di group dealer yang mentor Tuan Zulkifli sediakan.

Dari sinilah saya mula menyimpan emas & belajar urus kewangan. Saya dan suami hadir ke seminar-seminar emas yang Public Gold buat ketika itu.
Turning point untuk buat bisnes Public Gold
Turning point saya ada dua. Pertama pada tahun 2015 & kedua pada 2021.

Selepas saya sudah mula menyimpan emas, mengenali Public Gold, dari situlah saya dan suami aktif mengajak orang menyimpan emas.

Saya bergerak aktif tanpa hala tuju, saya bergerak sendiri walaupun mentor tidak berapa mengenali saya ketika itu. Sayangnya pada tahun 2017 saya tinggalkan bisnes Public Gold ini. 4tahun saya buat bisnes lain.

Kenapa saya kembali pada Januari 2021? Pertama, impak dari perjalanan 4tahun saya, saya lihat pengurusan kewangan saya kelaut, simpanan tidak bertambah (kekal sama tahun 2017), dan bisnes 4tahun itu terjejas akibat PKP.

Keduanya, saya tak sangka bisnes yang bina sejak 2015-2017 masih bertahan hingga ke hari ini. Semua pelanggan masih pelanggan saya, semua dealer masih dealer saya. Bukti bisnes Public Gold ini adalah tiada expired, emas-emas kami pun masih kekal di dalam akaun emas GAP walaupun sudah tinggalkan genap 4tahun.

Dan apabila saya decide untuk kembali pada 1 Januari 2021, saya dapati team dibawah bimbingan mentor Tuan Zulkifli sudah sangat berbeza dengan dulu 2015-2017! G100 namanya! Saya sangat terkesan dan terinspirasi pada ketika itu, dan terus buat keputusan kena jadi Master Dealer asap before Mac2021. Saya bagi masa 2bulan sahaja pada diri saya untuk completekan target saya.
Cabaran yang dihadapi sepanjang membina bisnes Public Gold
Cabaran untuk diri saya adalah belajar hal-hal teknikal. Almaklumlah G100 dah jauh ke hadapan, saya baru nak beli laptop, baru nak beli lampu dan peralatan lainnya.

Lagi satu adalah masalah internet di tempat saya yang buat saya sukar nak beri sumbangan kepada G100 sebagai speaker. Walaupun dah pakai Unifi, masih lagi mengalami masalah internet.

Cabaran saya adalah cabaran sangat kecil berbanding orang lain.
Perubahan selepas bersama G100
Pertama sekali adalah walaupun saya seorang Surirumah, saya berjaya cukupkan lebih 6bulan simpanan dalam masa kurang daripada dua tahun. Sekarang saya sudah bebas hutang jahat juga & saya berada di point ke-4 iaitu membina kewangan kukuh 12bulan. Doakan saya.

Siapa kata surirumah tidak boleh ada simpanan yang kukuh? Bina bisnes sekarang, dan mulakan simpanan segera.

Tak paksa tak jadi, dah buat baru dapat hasilnya!
Penghargaan
Terima kasih buat introducer saya yang memperkenalkan saya dengan dunia emas ini. Jika tanpa beliau, mungkin lambat saya kenal Public Gold.

Terima kasih semua penyimpan emas didalam empayar saya yang mempercayai dealership dan leadership saya. InsyaAllah saya akan jaga kepercayaan ini sebaiknya.

Buat mentor Tuan Zulkifli Shafie yang menerima dengan terbuka ketika saya kembali pada 2021, juga buat semua G100 (u know who u are) ada disebalik saya jatuh dan bangun, ada ketika saya menghilang dan terus membantu, malah memberi semangat ketika saya kembali. Kebaikan anda semua sangat saya hargai hingga kini. Jutaan terima kasih buat kalian semua keseluruhan G100, team ini sangat berharga pada diri saya.

Juga buat Dato Wira Louis Ng, Datin Yvonne, Mahaguru Tn Syukor Hashim & Cik Jonaina Nordin yang menyediakan platform bisnes Public Gold ini sangat mudah untuk surirumah berjaya dan bekerjaya juga seperti orang lain.