Dari dahulu mak saya selalu cakap, “duit mas kahwin itu nanti tukar kepada emas supaya jadi kenangan dan sentimental value di hari pernikahan”. Di saat persiapan perkahwinan, seorang sahabat memberi cadangan agar beli 1 dinar sebagai mas kahwin dimana tahun 2015 ini merupakan titik perkenalan saya dinar emas.
Selepas setahun perkahwinan, saya dan suami sedar wang hantaran habis semuanya, wang simpanan sangat susah bertambah dan yang kekal tak berusik hanya 1 dinar mas kahwin pernikahan. Terdetik di hati, kenapa emas tak terusik?
Untuk mencari jawapan dan juga penyelesaian masalah ‘duit sentiasa tak cukup’, saya terus menerus mencari dengan pelbagai bacaan dan akhirnya berjumpa dengan blog mentor www.mohdzulkifli.com. Sebagai percubaan untuk bina kepercayaan dengan Public Gold, akhirnya saya berdaftar dengan Public Gold pada 26 Mei 2016 secara rasmi dan membeli 0.5gram versi raya 2016.
Sejak dari itu, saya dan suami selalu menghadiri seminar di Public Gold Johor Bahru dan akhirnya kami terbuka mata bahawa Public Gold merupakan peluang untuk mencapai financial freedom.