Photo-1-1.png

Nurfarahana Simun

Latar Belakang
Saya merupakan seorang alumni Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Saya juga pernah menjadi seorang Supervisor Produksi dan QA Engineer selama beberapa tahun. Sejak tahun 2018, saya telah berhenti kerja sepenuhnya dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Sekarang saya merupakan pendidik emas dan kewangan yang fokus mendidik masyarakat tentang simpanan emas khususnya di bawah mentorship Tuan Mohd Zulkifli Shafie.
Bagaimana saya bermula simpan emas
Dari dahulu mak saya selalu cakap, “duit mas kahwin itu nanti tukar kepada emas supaya jadi kenangan dan sentimental value di hari pernikahan”. Di saat persiapan perkahwinan, seorang sahabat memberi cadangan agar beli 1 dinar sebagai mas kahwin dimana tahun 2015 ini merupakan titik perkenalan saya dinar emas.

Selepas setahun perkahwinan, saya dan suami sedar wang hantaran habis semuanya, wang simpanan sangat susah bertambah dan yang kekal tak berusik hanya 1 dinar mas kahwin pernikahan. Terdetik di hati, kenapa emas tak terusik?

Untuk mencari jawapan dan juga penyelesaian masalah ‘duit sentiasa tak cukup’, saya terus menerus mencari dengan pelbagai bacaan dan akhirnya berjumpa dengan blog mentor www.mohdzulkifli.com. Sebagai percubaan untuk bina kepercayaan dengan Public Gold, akhirnya saya berdaftar dengan Public Gold pada 26 Mei 2016 secara rasmi dan membeli 0.5gram versi raya 2016.

Sejak dari itu, saya dan suami selalu menghadiri seminar di Public Gold Johor Bahru dan akhirnya kami terbuka mata bahawa Public Gold merupakan peluang untuk mencapai financial freedom.
Turning point untuk buat bisnes Public Gold
Sejak menjadi dealer, saya sering membaca buku berkaitan simpanan emas bagi menambah ilmu simpanan emas. Pengalaman dan perbezaan setelah mempunyai simpanan emas ini saya kongsikan secara santai dengan rakan-rakan dan ahli keluarga. Perkongsian di FB dan IG juga saya lakukan dalam masa 3-4 kali seminggu, serta di sosial media.

Acap kali saya berkata, “masa kita ada duit, emas itu harta kita. Masa kita tiada duit, emas itulah duit kita”. Saya kongsikan juga pengalaman saya membeli rumah dengan bantuan simpanan emas. Pengalaman ini membuka mata orang sekeliling kami.

Dari situ, kami nampak potensi menjana pendapatan denagn Public Gold, dalam waktu yang sama menyebar kebaikan kepada rakyat Malaysia khususnya.
Cabaran yang dihadapi sepanjang membina bisnes Public Gold
Status pekerjaan sebelum ini dan mempunyai anak kecil menjadikan saya mempunyai 1 alasan dan seterusnya 1001 alasan untuk hadir ke cawangan bagi menghadiri PG1S serta JLT. Kemudian menjadi suri rumah membataskan saya untuk berjumpa dengan ramai orang. Sesungguh Covid-19 ini memberi satu rahmat buat saya apabila kebanyakan kelas ilmu dilakukan secara online.

Bermula dengan menghadiri Boot Camp oleh #G100Network pada November 2020 dan pelbagai virtual training, memberi peluang kepada saya untuk fokus membina bisnes Public Gold ini. Struktur PG1S dan pakej pembelajaran cara pemasaran yang dianjurkan oleh G100 Network membuka jalan untuk terus bersama bisnes ini. Saya bermula dengan strategi “Terjah Prospek” di sosial media dan Alhamdulillah, tepat pada 2 November 2021, saya berjaya mencapai status Master Dealer bersama 300 orang penyimpan emas.

Dan kemudian saya berkongsi ilmu yang sama untuk diguna pakai oleh rakan dealer yang lain.
Perubahan selepas bersama G100
Apa yang saya perolehi dengan simpan emas ialah semestiya kewangan keluarga yang lebih baik. Keduanya, bersama #G100Network, saya bukan saja peroleh pendapatan pasif (walau hanya duduk dirumah), tapi saya juga berada dalam kelompok yang lebih baik. Mentor dan rakan G100 yang sedia berkongsi, sentiasa dalam persekitaran positif serta berpesan kepada kebaikan.

Saya selalu ingat pesan mentor, Tuan Zulkifli Shafie, buat perkara yang betul dengan sabar dan konsisten. Itulah kunci kejayaan saya hari ini.
Penghargaan
Sesungguhnya ucapan terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Mohd Zulkifli Shafie yang telah membantu kami memperoleh kewangan yang lebih baik melalui penulisan beliau. Terima kasih juga kepada beliau dan Mahaguru Emas Malaysia, Tuan Syukor Hashim yang mengenalkan peluang pendapatan pasif bersama Public Gold.

Tidak dilupakan kepada rakan dealer G100 yang bersatu padu dalam membentuk G100 hari ini, tanpa anda semua, kejayaan ini belum tentu menjadi milik saya.

Tidak saya lupakan ahli keluarga saya yang sentiasa menyokong gerak langkah kami sehingga ke hari ini. Sesungguhnya mereka juga sumber kekuatan saya dalam mengejar kejayaan ini.