Nurhazwani_PG049391.png

Hazwani

Latar Belakang
Anak kelahiran Kelantan tetapi menetap di Kerteh, Terengganu.

Kelulusan dalam bidang Elektronik Engineering di Universiti Teknikal Malaysia Melaka.

Berpengalaman selama 6 tahun sebagai seorang Jurutera dibeberapa buah syarikat MNC. Mempunyai dua orang cahaya mata dan amat menggemari aktiviti outdoor.
Bagaimana saya bermula simpan emas
Mula menyimpan emas pertama pada tahun 2014, selepas dapat gaji pertama dari hasil pembacaan di blog En Zulkifli Shafie. Start daripada itu saya mula menyimpan emas. Tapi tidak consistent sebab simpan emas tanpa ilmu.
Turning point untuk buat bisnes Public Gold
Setelah bisnes yang lama saya tak dapat teruskan, jadi saya tercari-cari bisnes yang dapat saya saya teruskan untuk capai impian saya; untuk jadi full-time mother before 40’s

Alhamdulillah hasil dari perkongsian sahabat baik saya di laman facebook, saya tertarik dengan bisnes Public Gold tambahan pula berada di bawah mentorship En Zulkifli.

Alhamdulillah hasil konsisten hadir setiap minggu program yang dirangka oleh G100, saya berjaya capai status Master Dealer dalam masa 15 bulan. Syukur.
Cabaran yang dihadapi sepanjang membina bisnes Public Gold
Walaubagaimanapun, untuk terus sustain dalam bisnes pasti ada cabarannya. Sebagai seorang yang bekerjaya, masa yang di peruntukan untuk bisnes agak terhad pada sebelah malam. Namun semua cabaran ini tak pernah melemahkan semangat saya untuk terus membina empayar yang besar dalam bisnes Public Gold.

Masa untuk bisnes, keluarga dan kerjaya harus di rancang dengan sebaiknya kerana ini adalah penentu kejayaan bisnes saya.
Perubahan selepas bersama G100
Alhamdulillah sepanjang berada dalam circle G100, saya dapat manfaatkan masa saya kearah yang lebih baik. Lebih fokus untuk capai “BIG DREAM” dan paling penting tiada masa melakukan perkara yang sia-sia.

Perkara yang membuatkan saya paling gembira adalah bilamana saya dapat bantu kukuhkan kewangn penyimpan-penyimpan emas dibawah bimbingan saya dan bantuk rakan-rakan dealer seperjuangan untuk capai big dream masing-masing
Penghargaan
Sepanjang setahun lebih penglibatan saya dalam bisnes Public Gold, saya nak melahirkan rasa syukur kerana berada dalam circle yang betul-betul nak bantu saya berjaya.

Terima kasih tak terhingga kepada tulang belakang saya iaitu suami yang betul-betul menyokong saya dan doa dari ibu ayah yang tak pernah henti, juga kepada mentor yang dihormati En Zulkifli Shafie yang sediakan jalan yang begitu senang untuk saya berjaya dalam bisnes ini.

Terima kasih G100 ❤️