zareennaqiyah_icon

Zareen Naqiyah

Latar Belakang
Saya Zareen Naqiyah berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Mendapat pendidikan awal di SK Juru, kemudian High School Bukit Mertajam dan seterusnya MRSM Transkrian. Melanjutkan pelajaran ke peringkat Foundation menerusi Skim Pelajar Cemerlang (SPC) Express MARA-UTM di UTM Skudai, Johor dan merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik-Elektronik di universiti yang sama.



Bukan saja tidak pernah bekerja, namun saya juga tidak pernah membuat resume untuk pergi interview. Sebelum tamat pengajian di IPT lagi saya sudah jalankan bisnes Public Gold. Selepas tamat saja pengajian, saya teruskan bisnes PG ini sebagai exit plan saya.



Ini kisah saya…
Bagaimana saya bermula simpan emas
Saya suka simpan duit tetapi tabungan saya selalu bocor, susah nak lekat Jadi, saya cari solusi bagaimana nak buatkan simpanan saya kekal. Saya memang suka baca buku tetapi tak pernah baca buku tentang kewangan.

Suatu hari saya tekad untuk beli dan baca buku kewangan demi memperbaiki dan mengukuhkan kewangan. Buku The Richest Man in Babylon lah yang membuka mata saya tentang emas.

Kata penulis “Emas bertambah kepada sesiapa yang menyimpan tidak kurang 1/10 daripada pendapatannya.” Saya mula berfikir, kenapa EMAS? Kenapa bukan DUIT?

Jadi saya mula mencari ilmu tentang emas dan alhamdulillah dipertemukan dengan introducer merangkap sifu saya, Tn. Syarif Jamil di Instagram. Apa yang membuatkan saya tertarik adalah posting beliau tentang “Kos haji turun 80% dengan emas.”

Bermula dari situlah saya mula mendalami ilmu emas dengan membaca ebook, buku fizikal dan mengahdiri seminar emas secara online dan offline.
Turning point untuk buat bisnes Public Gold
Saya menghadiri seminar Business Opportunity Program (BOP) oleh mentor dan founder G100 sendiri iaitu Tn. Mohd Zulkifli Shafie di Bertam, Pulau Pinang.

Kiraan Tn. Zul tentang “Bagaimana RM100 boleh berkembang menjadi RM1juta” betul-betul menarik perhatian saya.

Tambahan lagi, bisnes PG ini boleh dibuat secara 100% secara online. Bagi seorang introvert seperti saya, saya nampak ini sebagai peluang. Lebih menarik, Tn. Zul bagitahu bisnes PG ini dapat menjana passive income. Tak kerja pun ada duit. Boleh pencen muda lagi.

Wahh menarik tu! Saya taknak jadi “boneka industri”. Saya nak bina dan decide kehidupan dan masa depan sendiri, bukannya ditentukan oleh bos atau orang lain.
Cabaran yang dihadapi sepanjang membina bisnes Public Gold
INTROVERT. Itulah cabaran terbesar saya. Saya tak pandai dan tak berani nak jumpa orang. Nak jawab call pun rasa takut. Siapa introvert, dia faham perasaan ni. Dan saya juga meruapakan seorang student. Modal tak banyak macam orang yang sudah bekerjaya untuk tujuan marketing.

Tetapi saya lihat semua cabaran itu sebagai PELUANG.. PELUANG.. PELUANG! Allah Maha Adil. Setiap orang dikurniakan kelebihan dan kekurangan. Saya cuma fokus kepada kelebihan saya saja. Dan hidup saya berubah selepas itu…
Perubahan selepas bersama G100
Alhamdulillah G100 banyak membantu saya membina diri terutamanya dari segi pembentukan mindset. Betul orang bisnes biasanya akan kira profit dan loss tetapi mentor G100 selalu berpesan kepada kami, “Bisnes ini adalah tentang membina diri, bukan membina poket semata-mata. Kalau nak duit banyak, jangan kejar duit tapi kejar buat kebaikan. Nanti duit yang akan datang cari kita.”

Dengan kata lain, kalau nak naikkan pendapatan, kena naikkan ilmu dan skills dulu. Pendapatan pasti akan naik seiring dengan nilai diri kita.

Dan syukur alhamdulillah walaupun saya tiada pengalaman bekerja, bisnes dan leadership, G100 dapat membentuk saya menjadi salah seorang leader muda di usia sebelum 30 tahun yang kini empayarnya hampir 10,000 jiwa penyimpan emas.

Nilai bisnes saya kini adalah Rm1juta di mana bisnes PG saya ini mampu menghasilkan passive income RM3k-RM5k secara konsisten ataupun lebih. Alhamdulillah.

Target seterusnya adalah untuk melahirkan #100NextZareenNaqiyah dengan bantuan G100. Mereka ini akan capai at least apa yang saya capai. Jika mereka berusaha lebih, mereka boleh pintas pencapaian saya. In shaa Allah.
Penghargaan
Sekalung pernghargaan buat introducer, sifu saya, Tn. Syarif Jamil kerana memperkenalkan saya kepada Public Gold. Tanpa beliau, saya takkan jumpa peluang sehebat ini.

Jutaan terima kasih buat mentor saya. Tn. Mohd Zulkifli Shafie atas kerja keras mentor membangunkan G100 daripada G100 tidak punya apa-apa. Bertuah kami dilahirkan dalam dulang emas dan bermentorkan seorang self-made millionaire.

Kepada team G100, terima kasih tak terhingga saya ucapkan. Bisnes saya ini 80% dibangunkan oleh kalian. Hanya 20% melalui tangan saya sendiri. Komiti yang bekerja keras di belakang tabir tanpa dibayar walaupun satu sen atas titik peluh kalian, saya doakan semoga dilimpahkan rezeki kalian sekeluarga.

Akhir sekali kepada yang teramat penting, No. 1 Man in Public Gold, our Founder & Executive Chairman, Dato’ Wira Louis Ng & Datin Wira Yvonne Lim kerana menyediakan platform Public Gold yang sangat bagus iaitu konsep ConsuMerchant.

“Kita makan sikit-sikit, tapi kita makan sama-sama dan lama. Kita kaya sama-sama!” – Dato’ Wira Louis Ng

Jom sama-sama kita kaya dan berjaya dengan Public Gold. Bersara kaya di usia muda, let’s achieve financial freedom!