Steven-Blanda-e1674128420606-q0w1texc1sgso4z5a6d09z2g7rnjkca9d5ardjxva8.jpeg

Steven Blanda & Moureen Padan

Latar Belakang
Nama saya Steven Blanda. Saya seorang guru kepada bakal sepasang anak yang berumur 4 tahun dan bakal lahir pada bulan Ogos 2021. Isteri saya seorang guru. Kami bersama-sama mengajar di Sarawak.
Bagaimana saya bermula simpan emas
Pada tahun 2013 saya mula berkerja sebagai guru di Johor. Saya bermula bekerja tanpa ilmu kewangan. Lebih-lebih lagi dengan tabiat agak boros berbelanja. Tidak ada simpanan walaupun masih bujang dan tidak ada komitmen yang banyak.

Pada penghujung tahun 2014, saya terjumpa satu artikel dari blog mentor saya www.mohdzulkifli.com di facebook. Saya mula membaca tentang kewangan dan emas daripada blog beliau. Dari sana, saya mula ada kesedaran tentang kewangan. Selepas mengikuti beliau lebih 6 bulan di blog dan facebook, saya memulakan simpanan emas pertama.

Ternyata emas ini adalah kaedah yang paling berkesan mengubah tabiat yang boros berbelanja. Sehingga pada Mei 2016, saya boleh menjayakan majlis perkahwinan saya tanpa membuat pinjaman satu sen pun daripada bank. Hanya dari simpanan emas sahaja.
Turning point untuk buat bisnes Public Gold
Bila sudah setahun saya menyimpan emas, saya dapat tahu ramai daripada kenalan saya berminat nak simpan emas. Cuma mereka masih belum kenal Public Gold. Lebih-lebih lagi pada awal saya bermula terlalu banyak skim cepat kaya bertopengkan emas.

Kata mentor, “Andai kata kita sudah terjumpa platform yang betul, kita sebenarnya selfish kalau tidak kongsikan pada orang lain.” Selepas berjumpa dengan beliau pertama kalinya di PG1 System National Conference di Hotel Flamingo Ampang pada bulan April 2016, saya mula serius berkongsi tentang kebaikan menyimpan emas pada orang ramai.

Perjalanan tidak semudah yang dijangka. Semasa saya baru sahaja serius membina bisnes Public Gold, saya telah berpindah ke daerah Marudi yang terletak di Miri, Sarawak. Dengan keadaan tempat yang jauh dari bandar dan jalan raya yang rosak teruk hingga hampir 2 tahun kereta saya tidak dapat keluar dari Marudi. Cawangan Public Gold pun belum ada. Bila datang sekolah, jaringan internet tidak ada.
Cabaran yang dihadapi sepanjang membina bisnes Public Gold
Perjalanan tidak semudah yang dijangka. Semasa saya baru sahaja serius membina bisnes Public Gold, saya telah berpindah ke daerah Marudi yang terletak di Miri, Sarawak. Dengan keadaan tempat yang jauh dari bandar dan jalan raya yang rosak teruk hingga hampir 2 tahun kereta saya tidak dapat keluar dari Marudi. Cawangan Public Gold pun belum ada. Bila datang sekolah, jaringan internet tidak ada.

Cabaran itu tidak mematahkan semangat saya untuk membina bisnes kerana saya tidak pernah keseorangan.
Perubahan selepas bersama G100
Saya berpeluang untuk sentiasa consult dengan mentor walaupun kami jauh. Dari situ, saya bermula dengan mengambil inisiatif menganjurkan Seminar Simpan yang disampaikan oleh mentor di hotel sekitar Bandaraya Miri.

Kemudian, saya bermula mengikuti Jutawan Leadership Training (JLT) pertama pada 5 Mac 2017 di Kuching. Seterusnya pada 4 Mac 2018, 1 Oktober 2018 dan 7 Disember 2019 di Kuala Lumpur. Setiap latihan bernilai tinggi ini memberi impak yang sangat besar pada saya sepanjang membina bisnes PG terutamanya dari segi mindset.

Bersyukur, semasa saya menulis ini, saya sudah membimbing lebih daripada 900 penyimpan emas di seluruh Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura dan Australia dan mempunyai empayar lebih daripada 5,000 orang

Platform Public Gold dan sistem pendidikan yang disediakan oleh G100 Network, banyak membina diri saya dan mengubah diri saya menjadi lebih baik sejak 5 tahun lepas. Salah satunya, saya mempunyai impian hidup.

Ternyata Public Gold merupakan exit plan yang tepat saya gunakan untuk mencapai financial freedom dan time freedom. Segala apa yang saya usahakan sejak 2016, bukan sahaja berkembang dengan pesat bahkan memberi pendapatan pasif sehingga 5 angka sebulan.
Penghargaan
TERIMA KASIH

Terima kasih kepada Public Gold untuk platform ini. Dan jutaan terima kasih kepada mentor saya Tuan Mohd Zulkifli Shafie dan Puan Najdah Mohammed Hussain yang banyak memberi bimbingan kepada saya dan isteri sepanjang membina bisnes ini.

Tidak dilupakan pada committee G100 Network yang sangat komited dan saling bekerjasama menyediakan sistem pendidikan yang sistematik buat semua dealer G100 Network di seluruh dunia.