suhairul

Suhairul Abdullah

Latar Belakang
Nama diberi Suhairul bin Abdullah, anak Peneroka FELDA di FELDA Chini Timur 01, Pekan , Pahang. Sekarang bekerja dan menetap di bandaraya Kuala Lumpur. Sudah berkahwin dan mempunyai tiga (3) orang cahaya mata. Bekerja sebagai Pegawai Tadbir di salah satu badan berkanun kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Bagaimana saya bermula simpan emas
Mula menyimpan emas pada tahun 2015 selepas membaca blog Mentor Mohd Zulkifli Shafie dan terus daftar akaun Emas GAP Public Gold. Hanya menyimpan sehingga 2 gram sahaja di akaun emas GAP kemudian tunggu dan jual semula emas pada tahun 2018 kerana tiada ilmu tetang emas. Alhamdulillah kini bermula tahun 2021 telah konsisten menyimpan emas sebagai simpanan dan pelaburan untuk mencapai matlamat saya bebas kewangan.
Turning point untuk buat bisnes Public Gold
Mencari Bisnes Menambah Pendapatan Pada disember 2020 terbaca perkongsian rakan di media sosial berkaitan kelebihan menjadikan emas sebagai simpanan dan pelaburan. Antara syarikat emas cadangan untuk membeli emas adalah melalui Public Gold kerana adanya program Dealership iaitu menyimpan emas dan membuat bisnes dengan Public Gold tanpa perlu menyimpan dan menjual barang. Kebetulan memang saya mencari – cari apa bisnes yang patut saya buat untuk menambah pendapatan saya sebagai penjawat awam. Saya berhubung semula dengan Mentor dan menyatakan minat untuk memulakan bisnes dengan Public Gold dan terus upgrade menjadi Priority Dealer pada 28 Disember 2020. Secara rasmi saya serius membuat promosi dan recrutment pada Januari 2021. Minat mendalam itu hadir apabila mentor yang merupakan pengasas dan pengerusi G100 Network menerangkan terdapat banyak sistem sokongan diberikan, diajar untuk memulakan bisnes seterusnya berkembang dalam Public Gold melaui G100 Network.
Cabaran yang dihadapi sepanjang membina bisnes Public Gold
Cabaran utama adalah dari segi mindset dan juga pengurusan masa untuk buat bisnes , sebagai penjawat awam dan ketua keluarga.
Perubahan selepas bersama G100
Walaupun saya tiada pengalaman dan tidak pernah terlibat dengan bisnes secara formal, saya mampu ikut dan berkembang dengan Public Gold melalui G100 Network. Sebenarnya , saya terkejut dengan model latihan dan program perkongsian ilmu emas yang disediakan oleh G100 Network yang mudah faham dan cepat disesuaikan tidak kira latar belakang. Apa yang penting perlu ada keinginan untuk belajar dan berjaya.
Penghargaan
TERIMA KASIH PUBLIC GOLD, TERIMA KASIH G100 NETWORK, TERIMA KASIH MENTOR EN. ZUL