Syahrul Azlan

Latar Belakang
Saya ialah seorang Mutawwif & Tour Leader (sejak 2014), pekerjaan ini telah memberikan saya peluang untuk travel ke lebih 30 buah Negara secara percuma setiap bulan. Saya juga telah mempunyai bisnes saya sendiri bersama isteri dan “nature” pekerjaan itu juga tidak mengikat saya dengan “office hour” yang mana ia membolehkan saya fokus 100% kepada bisnes saya sendiri ketika keberadaan saya di tanah air.
Bagaimana saya bermula simpan emas
Saya mula membuat simpanan emas pada tahun 2016, dengan bimbingan introducer saya Encik Mohd Rafie Bin Yusof setelah beliau menjemput saya dan isteri ke seminar ilmu emas di Public Gold, Branch Kota Bharu. Setelah selesai seminar, saya terus bersetuju untuk memulakan simpanan emas pertama saya melalui akaun emas GAP, walaupun pada ketika itu ilmu saya tentang emas masih “zero”. Belian pertama saya pada ketika itu saya menggunakan duit hasil simpanan bisnes saya dan isteri yang berjumlah RM10 000 dan belian itu juga telah melayakkan saya sebagai seorang dealer Public Gold dengan percuma.
Walau bagaimanapun, ketika itu saya tiada niat untuk aktif sebagai dealer, sekadar ingin dapatkan insentif belian diri sendiri sahaja dan sempatlah saya daftarkan 5 orang penyimpan emas baru di bawah bimbingan saya.
Turning point untuk buat bisnes Public Gold
Berbekal dengan niat untuk bantu orang disekeliling agar mereka celik akan ilmu tentang emas dan bagaimana emas sebenarnya dapat menambahbaik kualiti kewangan kita, maka saya terus aktif membimbing seramai mungkin rakan-rakan disekeliling agar mereka turut sama dapat rasa manfaat emas. Antara kegembiraan yang saya rasa apabila dapat bantu orang untuk mula celik tentang ilmu emas adalah di saat mereka khabarkan kepada saya bahawa simpanan emas telah banyak membantu mereka mengurus baik kualiti kewangan dan simpanan mereka.
Cabaran yang dihadapi sepanjang membina bisnes Public Gold
.
Perubahan selepas bersama G100
Alhamdulillah dengan usaha dan support dari rangkaian #PGG100Network saya berjaya capai status Star Master Dealer dalam tempoh 6 bulan pada Mac 2021 dengan “passive income” semasa seolah-olah saya mempunyai pendapatan sewaan dari 5 buah “property” yang setiap satunya telahpun habis dibayar. Dengan potensi bisnes Public Gold dan rekod yang telah saya capai, saya optimis bahawa bisnes Public Gold yang sedang saya usahakan sekarang mampu merealisasikan impian untuk saya bebas kewangan sebelum saya berumur 35 tahun menjelang tahun 2025. Insya’Allah
Penghargaan
Jutaan penghargaan buat introducer saya Encik Mohd Rafie Yusof yang telah memperkenalkan saya kepada simpanan emas, juga kepada Mentor saya Encik Mohd Zulkifli Shafie yang telah menyediakan bimbingan sepenuh masa untuk lihat kami berjaya juga buat rakan dealer dari G100 yang telah banyak memberikan sumbangan dalam menyediakan suasana bisnes yang cukup kondusif untuk kita sama-sama bina dan berjaya dengan Bisnes Public Gold.