Bermula dengan Simpanan 1 Dinar Sebulan, Kini Bergelar Diamond
Pada tahun 2014, beliau masih bergelar pelajar di Australia dan bekerja sambilan untuk menyimpan satu dinar emas setiap bulan. Langkah kecil itulah yang menjadi permulaan perjalanan beliau sehingga mencapai gelaran 5 Star Diamond. Kini, bersama isteri tercinta, beliau memimpin lebih 140,000 ahli empayar Keluarga Emas Syarif Jamil (KES) dan menerajui G100 Network sebagai Presiden.
Syarif Jamil & Syamimi Nur Aqila
Presiden G100 Network 5 Star Diamond
“Success Leaves Clues — kejayaan meninggalkan jejak. Apa yang saya capai hari ini adalah kerana saya mengikuti jejak yang ditinggalkan oleh mentor saya. Kejayaan bersama Public Gold dan G100 adalah sesuatu yang realistik dan boleh diduplikasi oleh sesiapa yang sanggup melangkah.”
Presiden G100
Meneruskan legasi dan memimpin G100 Network
5 Star Diamond
Pencapaian luar biasa lebih 140,000 ahli empayar
Bekas Test Engineer
Graduan Mechatronics UOW Australia & BOSCH Penang
Diamond Award
Pengiktirafan melahirkan & menjayakan insan lain
Bapa 4 Cahaya Mata
Miliki Time Freedom dan Financial Freedom
Membesar di Bukit Mertajam, Belajar Erti Kerja Keras
“Bermula daripada keluarga yang biasa-biasa sahaja...”
Syarif Jamil (SJ) dilahirkan pada 26 Julai 1994 di Hospital Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Beliau merupakan anak bongsu daripada empat orang adik-beradik (dua abang dan seorang kakak).
Dibesarkan dalam suasana keluarga yang sangat sederhana. Bapanya bekerja sebagai kerani di syarikat BERNAS, manakala ibunya berkhidmat sebagai kerani di Pos Malaysia. Seluruh fasa awal pembesaran beliau dilalui di Bukit Mertajam.
“Kami dibesarkan oleh mak ayah yang backgroundnya biasa-biasa sahaja di Bukit Mertajam. Dari situlah saya belajar menghargai setiap sen rezeki dan memahami bahawa jika kita mahukan masa depan yang berbeza, kita wajib berusaha lebih daripada orang biasa.”
Nilai amanah, disiplin kerja yang ditunjukkan oleh ibu bapa, serta persekitaran yang bersederhana ini menjadi akar kekuatan yang membentuk keperibadian Syarif Jamil (SJ) hingga ke hari ini.
Langkah Awal Membina Bisnes PG
Permulaan langkah berjumpa introducer Ustazah Norazah di branch Public Gold
Didikan Jerih Payah Katering
“Belajar erti penat lelah mencari rezeki halal seawal usia 10 tahun — membantu perniagaan katering keluarga, mengangkat kawah dan membasuh pinggan mangkuk di kenduri kendara.”
Ayah Diberhentikan Kerja, Anak 10 Tahun Terjun Membantu
Titik perubahan besar berlaku sewaktu Syarif Jamil berusia 10 tahun. Bapanya diberhentikan kerja daripada syarikat BERNAS. Tanpa berputus asa, bapanya mengambil inisiatif membuka perniagaan katering makanan untuk menyara keluarga.
“Waktu umur saya 10 tahun macam tu, ayah saya diberhentikan kerja dan memulakan bisnes katering makanan. Daripada situ saya dah mula bantu ayah saya berniaga sebagai seorang caterer... mengangkat dulang, melayan tetamu dan belajar erti susah payah berniaga.”
Pengalaman tersebut menyemarakkan jiwa keusahawanan dalam diri Syarif Jamil (SJ). Semasa di sekolah menengah, beliau bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah sangat proaktif mencipta peluang perniagaan:
Dari Guar Perahu ke MRSM Transkrian, Tiket Biasiswa Menuju Australia
“Ilmu membuka peluang, disiplin merealisasikan matlamat”
SK Guar Perahu (Darjah 1 – 6)
UPSR 4A 1CMendapat 4A 1C (C bahasa Inggeris). Bermula dari kelemahan bahasa yang kemudiannya dicabar untuk diperbaiki.
SMK Mengkuang (Tingkatan 1 – 4)
PMR 7A 1BTinggal di asrama sekolah. Aktif berpersatuan, Pembimbing Rakan Sebaya, dan memulakan bisnes kecil-kecilan.
MRSM Transkrian (Tingkatan 4 – 5)
SPM Straight ABerpindah ke MRSM Transkrian. Membuktikan keupayaan luar biasa dengan keputusan cemerlang Straight A.
Tajaan MARA Program FiST ke Australia
Lulus Cemerlang1 tahun persediaan FiST di Kolej MARA Kuala Nerang, diikuti Tahun 1 Degree di UniKL MFI Bangi, sebelum berlepas ke University of Wollongong, Australia bagi Tahun 2, 3 dan 4.
Bersama sahabat menuntut ilmu kejuruteraan di kampus
“Sebelum pergi ke Australia, saya berdoa supaya Allah memberikan jalan untuk membina kekayaan dan mempertemukan saya dengan kawan serta mentor yang baik...”
— Doa yang dipanjatkan
University of Wollongong: Mahasiswa Mekatronik & Bekerja Sambilan
“Sambil belajar, buat part-time cleaner, tukang kebun, hantar makanan...”
Syarif Jamil (SJ) melanjutkan pengajian dalam bidang Bachelor of Mechatronics Engineering di University of Wollongong (UOW), New South Wales, Australia.
Walaupun menerima elaun tajaan pelajaran MARA, beliau tidak mahu bergantung sepenuhnya kepada elaun tersebut semata-mata. Beliau memilih untuk mengorbankan masa rehat dan bersuka-ria dengan melakukan pelbagai kerja sambilan:
Cleaner
Mencuci premis & ladang demi upah tambahan
Tukang Kebun
Membersih dan merawat kawasan laman kediaman
Hantar Makanan
Menghantar pesanan makanan merentasi cuaca sejuk
“Sambil-sambil belajar tu, pada masa yang sama saya cari duit ekstra untuk menabung dan alihkan ke dalam bentuk emas...”
Disiplin menuntut ilmu kejuruteraan yang mencabar berjaya diimbangi dengan cemerlang, di mana Syarif Jamil (SJ) berjaya Graduated On Time (GOT) dalam bidang Mechatronics Engineering.
Mechatronics Engineering
University of Wollongong (GOT)
Premis/Ladang
Tukang Kebun
Food Delivery
Foto sebenar Syarif Jamil (SJ) semasa bekerja sambilan di Australia demi tabungan 1 dinar sebulan.
1 Dinar Setiap Bulan
Nilai 1 dinar ketika itu sekitar RM500 – RM600. Bagi seorang mahasiswa, jumlah ini amat besar. Namun tekad untuk miliki duit extra untuk menabung emas mengatasi segala kehendak hiburan
Tahun 2015: Kejatuhan Ringgit 30% & Kebangkitan Menabung Emas
Pada tahun 2015, berlaku krisis kejatuhan nilai Ringgit Malaysia yang sangat dahsyat sebanyak kira-kira 30%. Sebagai pelajar di luar negara, impak kejatuhan mata wang dirasai secara langsung dalam perbelanjaan harian.
“Pada tahun 2015 tu saya dapat experience yang sangat dahsyat di mana kejatuhan Ringgit Malaysia sekitar 30%. Itu antara turning point yang membuatkan saya sangat concern — saya nak alihkan tunai ke dalam bentuk emas sebanyak yang mungkin.”
Bermula dari detik itu, setiap sen elaun MARA dan lebihan upah kerja cleaner, gardener dan food delivery dialihkan secara konsisten ke dalam bentuk emas fizikal Public Gold.
Mengelakkan kuasa beli terhakis akibat kemerosotan nilai mata wang fiat.
Emas sukar dibocorkan untuk perkara sia-sia berbanding wang tunai dalam akaun bank.
Seminar Malaysian Hall Sydney & Penemuan Blog Tuan Mohd Zulkifli Shafie
“Dari pembaca blog, kini memegang amanah legasi...”
Segalanya bermula apabila Syarif Jamil dan rakan sebiliknya menghadiri sebuah seminar kewangan di Malaysian Hall, Sydney. Seminar tersebut membuka mata mereka bahawa wang tunai kertas bukanlah penyimpan nilai kekayaan yang ampuh.
Sebagai anak muda dan pelajar, membeli hartanah adalah mustahil kerana modal yang besar, manakala pelaburan saham pula terlalu kompleks. Mereka mula mengkaji alternatif dan kawan beliau terjumpa blog Tuan Haji Mohd Zulkifli Shafie (mohdzulkifli.com).
“Saya terinspirasi dengan lifestyle yang saya lihat dekat Tuan Zul. Melalui pembacaan di blog mentor, saya nampak mentor ada kehidupan yang saya inginkan — bebas masa, bebas kewangan, dan mendidik masyarakat. Asbab itu saya inspired untuk explore peluang bisnes di Public Gold dan menjadi seorang dealer.”
Messenger Pertama: Syarif Jamil menghantar mesej kepada Tuan Zul di Facebook Messenger. Tuan Zul membalas dan membimbing beliau langkah demi langkah serta menghubungkan beliau kepada Ustazah Norazah.
Julai 2014: Mula membeli dan menabung emas pertama sebagai penyimpan emas berdaftar.
Oktober 2014: Mengambil keputusan berani mengikat komitmen untuk upgrade menjadi Normal Dealer Public Gold semasa masih belajar di Australia!
Komunikasi awal antara Australia dan Malaysia berlangsung menerusi Facebook Messenger. Tuan Zul melayani setiap soalan dengan penuh dedikasi walaupun Syarif Jamil ketika itu hanya seorang mahasiswa biasa.
2 Tahun Setengah Membina Bisnes di Australia: Pulang Dengan Hampir 300 Frontline (FL)
Memulakan perniagaan dari jarak beribu batu bukanlah penghalang. Selama 2 tahun setengah di Australia, Syarif Jamil (SJ) gigih menulis artikel perkongsian ilmu, mendidik kenalan dan masyarakat di alam maya tentang faedah menyimpan emas.
“Sejak itulah bermulanya journey saya — seorang anak muda yang menjadi dealer Public Gold dan memulakan bisnes itu di overseas. Selama 2 tahun setengah membangunkan bisnes di Australia, waktu pulang ke Malaysia customer base saya sudah hampir 300 orang.”
Pengalaman ini membuktikan satu perkara penting: sistem Public Gold bersifat universal, mesra digital, dan boleh digerakkan dari mana-mana sudut dunia sekalipun.
Kepercayaan pelanggan yang dibina secara konsisten merentasi sempadan benua
Test Engineer Kilang MNC BOSCH Hingga Keputusan Full-Time Ogos 2022
“Income Public Gold 2 – 3 kali gaji engineer, empayar 20,000 ahli...”
Sekembalinya ke Malaysia selepas tamat pengajian di Wollongong, Syarif Jamil (SJ) sempat melalui fasa menganggur selama 3 bulan sebelum diterima bekerja sebagai Test Engineer di syarikat multinasional berprestij BOSCH di Pulau Pinang.
Selama bertahun-tahun, beliau menggalas tiga tanggungjawab serentak dengan penuh dedikasi:
Test Engineer di kompleks kilang BOSCH Pulau Pinang.
Membina empayar Public Gold, buka booth pameran, melatih dealer.
Tetap membantu operasi katering makanan keluarga.
Melepaskan Kerjaya Jurutera Untuk Full-Time
“Saya mengambil keputusan untuk berhenti daripada kerjaya sebagai engineer pada Ogos 2022. Kini sudah masuk tahun ke-4 saya menjadi full-time dalam Public Gold. Antara faktor utama ialah income Public Gold ketika itu sudah 2 hingga 3 kali ganda pendapatan engineer, dan empire saya sudah mencecah 20,000. Matlamat utama saya ialah mencapai Time Freedom dan Financial Freedom.”
Membina Keluarga dan Memiliki Hartanah Pelaburan Pertama Sejak Awal Perkahwinan
Pada 8 Julai 2016, ketika masih berada di semester akhir pengajian di Australia, Syarif Jamil (SJ) melangsungkan perkahwinan bersama suri hatinya. Menariknya, tanda cinta ikatan perkahwinan mereka diserikan dengan Mas Kahwin 5 Dinar Emas Public Gold!
Sebagai langkah awal mengurus kewangan dan membina aset, mereka membeli sebuah pangsapuri sebagai hartanah pelaburan pertama. Pangsapuri itu dibeli untuk tujuan pelaburan, bukan sebagai kediaman keluarga.
“Saya ada pengalaman membangunkan bisnes Public Gold ini sejak bujang, berkahwin, dan kini berkeluarga... Isteri saya pula backgroundnya adalah seorang guru, guru biologi. Tetapi saya decide untuk hentikan dia daripada mengajar supaya fokus bantu jaga keluarga, sementara saya all out untuk bisnes.”
Kini, keluarga bahagia ini telah dikurniakan empat orang cahaya mata:
Bukan Usaha Seorang Diri: Gandingan Mantap Bersama Isteri, Puan Syamimi Nur Aqila
“”
Puan Syamimi Nur Aqila
Isteri, turut membantu memberi bimbingan kepada dealer wanita, dan turut memberi support penuh sepanjang Syarif Jamil membina bisnes Public Gold
Mindset & Misi yang Sama: Membina Empayar Secara Bersama
Perjalanan mencapai gelaran 5 Star Diamond dan memimpin lebih 140,000 penyimpan emas bukanlah hasil usaha Tuan Syarif seorang. Di sebalik kejayaan ini, berdiri teguh suri hatinya yang sentiasa bersama, membantu dan menjadi kekuatan sepanjang perjalanan mereka.
“Perjalanan diamondship ini bukanlah hasil usaha saya seorang. Isteri saya, Syamimi Nur Aqila, sentiasa berada di sisi dan banyak membantu sepanjang perjalanan ini. Sumbangan beliau sangat besar dalam perkembangan team kami. Oleh itu, kejayaan ini adalah milik kami bersama, Syarif Jamil dan Syamimi Nur Aqila. ”
Sejak menamatkan pengajian, mereka melangkah bersama dengan satu visi yang jelas, iaitu berkongsi manfaat emas, membimbing dealer-dealer dan membina sistem sokongan yang kukuh bagi melahirkan lebih ramai usahawan berjaya dalam Keluarga Emas Syarif Jamil
Lebih Hebat Menguruskan dan Membuat Promosi Simpanan Emas di Booth
Puan Syamimi turun ke lapangan membuka booth bersama-sama, malah kemahiran beliau berkomunikasi dan mengendalikan prospek di booth diakui melebihi Syarif Jamil (SJ) sendiri.
Penerangan Program GAP
Menerangkan konsep Program GAP, termasuk cara menukar wang kertas kepada simpanan emas, dengan jelas dan meyakinkan.
Kaunter Booth Simpanan Emas
Menjadikan buku Wang Emas karya Tuan Zul sebagai rujukan utama mendidik pembeli emas di lapangan.
Jongkong Perak 1 Kilogram
Menguasai selok-belok pelaburan logam berharga fizikal dari jongkong emas sehinggalah perak.
Kental Mengendong Anak
Tiada alasan untuk berhenti melangkah; anak kecil didukung bersama dalam membina bisnes emas.
Membina Empayar Bersama Keluarga: 2 FMD LEG Dilahirkan
Kejayaan bisnes emas ini tidak dinikmati secara sendirian, bahkan turut menjadi punca rezeki yang mengubah kehidupan keluarga besar pihak isteri. Ramai ahli keluarga daripada pihak Puan Syamimi kini bersama-sama mengemudi empayar Public Gold:
Sesi WBM sering diadakan secara santai di ruang tamu rumah, bersama team region Utara belajar membina perniagaan sama-sama hingga mencapai status tertinggi Founder Master Dealer (FMD).
Bergerak Seiring: Komitmen Jawatankuasa & Perbincangan Bersama Pengurusan
Setiap kali Syarif Jamil (SJ) memegang amanah dalam jawatankuasa kepimpinan mahupun menghadiri mesyuarat bersama pengurusan tertinggi Public Gold, Puan Syamimi sentiasa berada di sisi, memastikan visi dan hala tuju organisasi difahami serta digerakkan bersama.
100% Kehadiran MDC: Tidak Pernah Hadir Berseorangan
Master Dealer Conference (MDC) adalah mercu tanda pembangunan kepimpinan tertinggi dalam Public Gold. Sepanjang perjalanan bergelar dealer sehingga ke 5 Star Diamond, Syarif Jamil (SJ) tidak pernah menjejakkan kaki ke MDC secara sendirian.
Perjalanan Pangkat: Dari Normal Dealer Ke Presiden G100 Network
“Konsisten melakukan perkara yang betul dengan sabar...”
Normal Dealer
Bermula di Australia, membina pelanggan dari perantauan.
Priority Dealer
Peningkatan pangkat melalui rekod recruitment yang cemerlang.
Founder Master Dealer
Mula memegang status FMD dan melatih barisan pelapis.
Double Star FMD
Duplikasi kepimpinan mula mekar di seluruh negara.
5 Star Diamond
Mencapai rekod luar biasa lebih 140,000 ahli empayar.
Presiden G100
Dipilih menerusi konsensus barisan Leaders Council.
Kekuatan & Pertumbuhan Jaringan G100
Penyimpan & pelabur emas
Bimbingan terus Syarif Jamil (SJ)
Rangkaian usahawan emas
Dealer Aktif Hadir MDC
Sudah dilahirkan dalam empayar
Misi besar dekad ini
ARN Public Gold
Bersama Sparring Partner peringkat awal membina bisnes dan membantu team G100
Keluarga Emas Syarif Jamil (KES)
Barisan dealer dan achievers dalam empayar Keluarga Emas Syarif Jamil (SJ) di malam Award Recognition Night (ARN) di MiTEC Kuala Lumpur
Sokongan Isteri dalam bisnes
Bersama-sama mendidik masyarakat mengenai simpanan emas
Anugerah Berprestij & Momen Mengubah Hidup ke PGLS Budapest
“Kehidupan lebih bermakna bila bantu ubah hidup orang lain”
Diamond Award
Diberikan khusus apabila seorang leader berjaya menjayakan orang lain dalam pasukannya. Bagi Syarif Jamil (SJ), kejayaan sebenar bukan diukur dari kejayaan peribadi, tetapi berapa ramai orang yang berjaya diangkat taraf kehidupannya.
5 Star Award (100,000 Empire)
Pengiktirafan melambangkan pencapaian saiz empayar melebihi 100,000 orang. Satu pencapaian bersejarah yang meletakkan beliau dalam liga peneraju tertinggi Public Gold.
Business Class Award
Ganjaran sangat bermakna kerana dapat memberi penghargaan tertinggi kepada isteri tercinta untuk bersama-sama terbang dengan penerbangan Business Class dalam trip percutian antarabangsa Public Gold.
Penerbangan Business Class
Ganjaran dan penghargaan tertinggi meraikan kejayaan bersama insan tercinta
PGLS Budapest: Membawa 45 Ahli Pasukan Layak Bersama-sama
“Antara achievement terbesar ialah PGLS ke Budapest, kerana ketika itu saya berjaya membawa 45 orang team untuk layak bersama-sama. Bagi saya, achievement sebenar bukan sekadar tentang saya pergi trip, tetapi berapa ramai orang yang saya berjaya bawa bersama.”
Momen paling menyentuh hati ialah melihat wajah ahli pasukan yang pertama kali dalam hidup mereka layak ke percutian kepimpinan berprestij sebegini. Daripada keraguan awal sama ada mereka mampu atau tidak, akhirnya mereka membuktikan kejayaan boleh dicapai.
12 Tahun Bersama Mentor Tuan Mohd Zulkifli Shafie: Dari Bimbingan Ke Amanah Presiden G100 Network
“Ilmu bisnes datang bersama, tetapi impak terbesar ialah kepimpinan...”
Hubungan akrab antara Syarif Jamil (SJ) dan Tuan Haji Mohd Zulkifli Shafie telah terjalin selama hampir 12 tahun — bermula dari zaman pelajar di University of Wollongong melalui Facebook Messenger hingga menjadi orang kepercayaan paling rapat.
Perkara Paling Mahal Yang Dipelajari:
“Hampir 12 tahun mengenali beliau, perkara paling mahal yang saya pelajari ialah ilmu kepimpinan. Saya juga belajar tentang kehidupan, kekeluargaan, mengurus anak-anak, mengendalikan konflik dan berinteraksi dengan pihak pengurusan tertinggi.”
Syarif Jamil (SJ) juga mendalami ilmu leverage: melihat bagaimana Tuan Zul bekerjasama rapat dengan Tuan Syukor Hashim, beliau menerapkan prinsip yang sama dengan menjadi good team player yang setia dan proaktif kepada mentor.
Amanah Memimpin Legasi G100 Network:
Semasa ketiadaan Tuan Zul suatu ketika dulu, Syarif Jamil terus menjaga dan menggerakkan team. Fokus beliau ketika itu hanya satu: memastikan usaha yang dimulakan bersama tidak terhenti. Apabila Tuan Zul kembali, Master Dealer Advisory Council (MDAC) sebulat suara memilih beliau sebagai VP 1, Naib Presiden G100 Network.
Selepas mencapai gelaran Diamond, Syarif Jamil menerima satu lagi amanah besar. Apabila Tuan Zul berhasrat beralih kepada peranan Penasihat (Advisor), barisan Leaders Council sebulat suara memilih Syarif Jamil sebagai Presiden G100 Network.
Bersama Mentor Tuan Zul
Kenangan PGLS di Budapest
Bimbingan Bisnes 1-on-1
Tuan Zul mencurahkan ilmu asas kepimpinan dan pembinaan empayar emas
Bersama Pengasas Public Gold
Dato' Seri Louis Ng & Datin Seri Yvonne Lim meraikan kejayaan di Heroes' Square Budapest
Bersama Mentor di Bumi Eropah
Momen bermakna bersama mentor dan isteri menikmati keindahan Eropah
4 Prinsip Emas Pegangan Hidup Syarif Jamil (SJ)
“Prinsip yang membimbing setiap tindakan dan keputusan...”
“If you only do what you can do, you will never be more than what you are now.”
Kalau kita hanya melakukan apa yang kita biasa buat, kita tidak akan mendapat sesuatu yang luar biasa. Untuk mencapai kejayaan yang lebih besar, kita perlu ada keberanian melangkah melakukan perkara yang belum biasa kita lakukan.
“Konsep 'Insanity' Albert Einstein: Mengharapkan hasil berbeza dengan tindakan yang sama.”
Kita tidak boleh mengawal hasil secara langsung, tetapi kita boleh mengawal usaha dan tindakan harian kita. Jangan sesekali mengharapkan masa depan berubah sekiranya rutin dan tabiat kita masih sama seperti kelmarin.
“Sebaik-baik manusia adalah manusia yang paling bermanfaat kepada orang lain.”
Bila kita berjaya, kejayaan itu tidak sepatutnya disimpan untuk diri sendiri. Melalui Public Gold dan G100 Network, matlamat utama adalah membina kekayaan sambil membantu team, pelanggan dan masyarakat menikmati manfaat yang berpanjangan.
“Success Leaves Clues — Kejayaan meninggalkan jejak yang boleh dituruti.”
Apa yang Syarif Jamil (SJ) capai adalah hasil mengikut jejak mentor. Begitu juga sesiapa sahaja yang baru bermula, kejayaan bersama Public Gold adalah realistik, boleh dicapai (achievable) dan boleh diduplikasi (duplicable) sepenuhnya.
Kesyukuran Usia 20 Tahun & Sasaran Mengubah 1,000 Keluarga
The Journey Continues...
Perkara Yang Paling Disyukuri:
“Perkara yang paling saya syukuri ialah Allah memperkenalkan saya kepada Tuan Zul ketika saya berumur sekitar 20 tahun. Kalau saya tersalah memilih ikon atau mentor ketika itu, mungkin kehidupan saya hari ini sangat berbeza. Daripada beliau, saya belajar bahawa kejayaan bukan sekadar tentang kekayaan, tetapi bagaimana kita membantu orang lain.”
Sasaran Seterusnya: Mengemudi G100 Network bersama barisan kepimpinan untuk menjayakan #MisiUbahHidup1000Keluarga menjelang 2027, seterusnya visi besar membawa Keluarga Emas Syarif Jamil (KES) mencapai Misi 1 Juta Empayar menjelang 2030.
Membimbing masyarakat membina kekayaan berasaskan aset fizikal selamat
Membantu setiap keluarga mencapai kebebasan masa dan kestabilan kewangan
Mewujudkan sistem duplikasi agar kebaikan ini terus dinikmati generasi mendatang
Raikan Kejayaan. Bawa Pulang Inspirasi.
Hadir bersama-sama meraikan pencapaian Diamond G100 dan dengarkan sendiri kisah perjalanan, cabaran serta kejayaan mereka yang boleh menjadi inspirasi untuk perjalanan anda.
Dapatkan tiket Diamond Day anda sekarang.
PEOPLE • IMPACT • A STRONGER TOMORROW