Emas Alternatif Bawa Wang Ke Luar Negara
Saya pernah menelefon Jabatan Kastam (1300 888 500) untuk sahkan had membawa emas ke luar negara, sebab sebelum ini ada pembeli emas tanya soalan itu. Jawapan pegawai Kastam; TIADA HAD. Kalau nak bawa duit Ringgit Malaysia ke luar negara, hadnya bersamaan USD10,000 sahaja. Kalau lebih, kena isytihar dan dapatkan kebenaran bertulis Bank Negara Malaysia (BNM). Tetapi kalau bawa emas, TIADA HAD!
Saya tanya pegawai itu lagi, kalau bawa keluar dua (2) kilogram emas (yang nilai dalam RM300k) boleh ke? Jawabnya tak ada masalah. Undang-undang kastam cuma menghadkan bawa duit tunai Ringgit Malaysia sahaja… Jadi lepas ini, salah satu alternatif selain bawa duit untuk ke luar negara ialah membawa emas.
Emas Sebagai Wang Antarabangsa
Rakan dealer saya Tuan Syarif Jamil pernah ada pengalaman membawa emas gold bar 1 gram keluaran Public Gold dan jual di luar negara. Harga jualan yang beliau dapat lebih tinggi daripada jual di Malaysia!
Maksudnya, emas boleh dijadikan “INTERNATIONAL MONEY” (dan sememangnya dalam sejarah manusia, sudah beratus tahun emas dijadikan sebagai wang antarabangsa). Ia alternatif baik selain membawa wang tunai, bahkan mungkin boleh JIMAT kos tukar duit Malaysia kepada matawang asing, apatah lagi ada khabar mengatakan ringgit Malaysia tidak diterima di beberapa negara disebabkan nilainya terus jatuh sekarang.
Cuma mungkin ada sesetengah negara yang kita nak tuju itu meletakkan had membawa masuk emas ke dalam negara mereka dan dikenakan cukai. Perkara itu kena semak terlebih dahulu sebelum masuk ke sesebuah negara. Tetapi saya percaya, setakat bawa sikit-sikit untuk simpanan peribadi (contohnya bawah 100 gram) tak ada masalah sebab pernah seorang rakan dealer emas saya membawa masuk emas ke Singapura, tetapi bila ditahan kastam, dia cuma bagi tahu itu simpanan peribadi beliau sahaja.
Selain dijadikan simpanan, emas juga boleh dijadikan ‘bekal’ ke luar negara.
Tuan Shahruddin berkongsi pengalaman beliau jual emas Public Gold di London. Emas itu diterima tanpa perlu buka seal. Boleh baca catatan pengalaman di posting Facebook beliau DI SINI.
Emas Berdiri Dengan Sendiri
Perkara paling penting yang kita perlu tahu tentang emas, emas ialah aset yang di terima di mana-mana sahaja seluruh dunia. Kita boleh beli emas dari sesebuah negara, dan jualnya semula di mana-mana sahaja seluruh dunia pada bila-bila masa. Ia bukan seperti duit kertas atau aset pelaburan yang lain yang mana matawang dunia seperti US Dollar sendiri pun tak diterima di banyakkan tempat. Tetapi berbeza dengan emas.
Nilai emas berdiri dengan sendirinya, dan tak perlu jaminan dari mana-mana pihak. Asalkan ia emas, dan asalkan ianya tulen, kita tak perlu risau kalau nak jualnya semula sebab nilai emas itu ‘dijamin’ oleh berat dan ketulenannya sendiri.
Wallahu a’lam.
Zulkifli
Damansara Damai
23 Ogos 2015
9 Zulkaedah 1436H
(Kredit foto : mxtrade)
Assalammualaikum.
Terima kasih atas segala info yang diberikan.
Semoga kehidupan tuan sekeluarga sentiasa sihat walafiat dan dirahmati olehNya.
Mohon share. 🙂
Wslm En. Azrul,
Alhamdulillah.
Terima kasih atas doa tersebut. Saya doakan Allah merahmati En. Azrul sekeluarga juga. Amiin ya Allah.
Silakan share. Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.
Assalamualaikum Tuan Zul.
Terima kasih atas perkongsian. Mudah-mudahan Allah berikan kehidupan Tuan hari ini lebih baik dari semalam.
Amin..
Wslm En. Syukri,
Sama-sama. Terima kasih atas doa tersebut. Saya doakan Allah merahmati En. Syukri sekeluarga. Amiin ya Allah.
Assalamualaikum Tuan
Terima kasih atas info yang diberikan
Mohon share
TQ
Wslm Dr Faiz,
Sama-sama.
Silakan share. Mudah-mudahan artikel ini bermanfaat, insyaAllah.
Alhamdulillah.info yang sangat menarik dan bermanfaat. ilmu yang boleh dijadikan senjata sebagai guru emas dan perak.
Alhamdulillah. Mudah-mudahan artikel ini bermanfaat, insyaAllah.
Alhamdulillah, terima kasih Tn Zul. Moga pengalaman ini bermanfaat buat semua. in sya Allah, saya nak cuba jual Gold Bar Public Gold di Australia pula. Doakan semua lancar.
Alhamdulillah… Bagus tu sebagai pengalaman. 🙂
wahh terima kasih info..
Salam Blogwalking
Sama-sama. Alhamdulillah.
Good artikel. Keep it up ustaz. Sejak membaca blog tuan, sy spend sedikit Wang beli emas melalui gap. Mmg benar ia mengelakkan duit bocor. Alhamdullillah.
Alhamdulillah.
Terima kasih berziarah ke blog ini. Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.
Assalamualaikum tuan. Maaf bertanya , berapa nilai 1g di luar negara ? Contohnya Australia atau UK.
Wslm Pn Amalina,
Kena cek di negara tersebut. Tapi asasnya, harga emas mengikut harga di http://www.kitco.com dan diconvert kepada matawang negara tersebut.
Assalam tuan apa kabar? Merujuk kepada perenggan rakan tuan pernah di tahan kerana membawa 100 gram ke singapura. Boleh saya dengan lanjut bagaimana kastam boleh trace yang rakan tuan membawaemas? Kerana saya bercadang membawa dan menjual pg 20gram ke sana. Minta advise tuan trm ksih
Wslm En. Aris,
Kalau setakat 20 gram memang tak ada masalah langsung. Letak je dalam dompet.
Salam
Saya nak nanya macam mana pula kalau emas dari luar nak bawa masuk ke malaysia?jenis emas perhiasan dan bar.Adakah ada limit yang ditetapkan oleh kastam malaysia di airport?
Sekian terima kasih
Wslm En. Arif,
Setahu saya di Malaysia tak ada had.
Boleh ke bli gold bar di australia jual di malaysia?
Boleh En. Raffi.
Emas laku di mana-mana. Asalkan ia tulen.
jika beli gold guna akaun gap online di malaysia tapi jual balik gold tu melalui akaun gap singapura dan duit tu masuk akaun simpanan matawang singapura, dapat ke tu?
Saya tak pasti. En. Danny boleh contact terus branch Public Gold untuk confirm.