Emas Putih Mahal, Tapi Rendah Nilainya

Memang cantik.

Itulah yang boleh saya komen pasal Dinar Emas dan Dirham Perak Kelantan.

Pagi tadi saya ke program New Dealer Orientation di ofis Public Gold Sunway. Lepas habis training dalam pukul 1.20 tghr, Fithrie Bijak Emas (Master Dealer) dah tunggu kat luar training room dengan satu plastik Dirham Kelantan.

First Time Tengok Dirham

Sebelum ni memang saya tak pernah tengok Dirham Kelantan secara fizikal. Sekali tengok, aduh… terus jatuh hati. Memang cantik. Ada kalimah syahadah, dan ayat quran yang sentuh tentang 1ummah.

Kebetulan harga silver hari ni turun sikit, saya ambik 15 biji koin 2 dirham Kelantan buat koleksi. Sebagai tambahan kepada simpanan perak saya. Gunakan dana bisnes yang dah terlebih-lebih.

Nanti nak beli Dinar Kelantan pulak untuk koleksi. Kalau dari segi untung, Dinar Public Gold lagi untung sebab spread dia kecik. Tapi untuk koleksi, memang Dinar Kelantan sangat memikat.

Dinar & Dirham Kelantan Cantik Untuk Koleksi

Dinar dan Dirham Kelantan keluaran 2010 sebenarnya design baru yang dikeluarkan oleh World Islamic Mint (WIM). Kalimah syahadah dan ayat quran tu akan diguna pakai untuk semua dinar dan dirham keluaran WIM. Yang berbeza cuma pada logo negeri ataupun kerajaan, itu saja.

Bagi sesiapa nak beli Dinar Kelantan, buat masa ni dah out of stock. Saya telefon Ar-Rahn KL hari tu, katanya tahun depan baru ada. Mungkin Januari baru sampai. Katanya, tempat minting di Dubai, wallahu a’lam.

Resit Belian Kena Simpan Baik-baik

Kursus New Dealer Orientation (NDO) tadi memang bermanfaat. Selain dapat new knowledge, dapat kembangkan networking.

Banyak persoalan saya pasal urus niaga emas clear lepas NDO tadi. Antaranya pasal macam mana Public Gold monitor money laundering activity, iaitu mengubah duit yang dapat secara illegal (seperti merompak, mencuri, rasuah) supaya jadi legal dengan membeli emas.

Bagi sesiapa yang beli emas, kena pastikan dia simpan tiga perkara. (1) Emas yang dibeli. (2) Sijil Ketulenan Emas. (3) Resit belian. Tiga benda ni memang penting, terutamanya bila nak guna untuk pajak ataupun apply pinjaman. Kalau salah satu tak ada, takut nanti bermasalah. Takut pihak Ar-Rahnu ataupun bank tak terima. Tak ada resit, mungkin salah satu tanda emas tu dia dapat dengan cara tak sah!

So, bagi sesiapa yang dah beli emas, terutamanya yang dah beli dari saya, pastikan simpan betul-betul resitnya.

Emas Putih Mahal Tapi Rendah Nilainya

Dan menarik juga, dapat kenal jenis-jenis emas. Kalau siapa tak ada ilmu emas, silap-silap kena tipu kat kedai emas masa berjual beli barang kemas. Contohnya pasal emas putih. Emas putih harganya lebih mahal dari emas 999 biasa. Ia dijual pada harga platinum (logam termahal), tapi tak ada value bila nak jual balik. Ia cantik, tapi rugi…

Satu lagi pasal emas 916. Emas paling bernilai ialah emas 999 dan 916. Emas 999 sangat lembut. Kalau gigit pun boleh lekuk. Emas 916 pulak keras sikit. Barang kemas kebanyakannya pakai emas 916, tapi emas 916 tak cukup kuat untuk pegang batu permata. Jadi kalau beli barang kemas 916 tapi ada permata, kena cek betul-betul. Biasanya separuh dia pakai emas 916, sebahagian lagi emas yang rendah kualiti macam emas 750.

Apa yang kita takut, emas dia gabung 916 dan 750, tapi dijual dengan harga 916 semuanya!

Etika Dealer Emas

Perkongsian dari Ms Denise tadi memang bermanfaat. Dan penting juga belajar pasal kod etika dealer emas. Dealer yang suka lelong-lelong emas di Facebook, jual harga rendah dari harga pasaran, kalau Public Gold dapat detect, dia akan kena black list! Itu memang kena ingat-ingat.

Apa pun, syukur alhamdulillah… nasib baik Allah gerakkan hati nak ke NDO. Ingatkan macam malas jer coz saya belum ada cita-cita nak jadi taukey ataupun saudagar emas. Sekadar simpan sendiri, dan bantu kawan-kawan terdekat jer.

Tapi bila terlibat dengan jual beli emas walaupun tak banyak, saya mesti tahu benda-benda asas pasal urusan jual beli ni. Takut terlanggar etika, tak ikut prosedur, tersalah advise pada customer dll.

Habis kursus, dapat sijil. Dapat kenal dua tiga orang dealer yang aktif. Dapat beli dirham, alhamdulillah.

Zulkifli
Damansara Damai
27 November 2010
21 Zulhijjah 1431

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *