Emas Sebagai Backup Belanja Hangus
Ada sebahagian penyimpan emas menjadikan emas sebagai backup untuk belanja hangus. Untuk simpanan, mereka simpan duit mereka bentuk emas. Bila ada apa-apa keperluan belanja hangus, mereka akan jadikan emas itu sebagai cagaran untuk dapatkan pinjaman dari ar-rahnu.
Sebagai contohnya, perlukan RM1,000 untuk renew road tax & insuran. Maka pajak sahaja emas untuk dapatkan pinjaman ar-rahnu mengikut jumlah yang mereka perlukan. Kemudian, bayar balik pinjaman secara ansuran sehingga selesai. Persoalannya, adakah kaedah begitu berbaloi?
Caj Ar-Rahnu Mahal
Pandangan saya, kaedah begitu MERUGIKAN dari sudut KIRA-KIRA sebab caj ar-rahnu itu mahal. Cajnya sekitar 1.15% sebulan atau 13.80% setahun! Ia murah sedikit berbanding kad kredit.
Cara yang lebih baik sebenarnya; buat bajet siap-siap untuk apa-apa perbelanjaan masa depan. Kemudian, buatlah simpanan tetap setiap bulan khas untuk perbelanjaan tersebut. Prinsipnya, simpan dahulu baru belanja. Bila sampai masa nak pakai duit, baru keluarkan duit simpanan tu untuk dibelanjakan.
WALAUBAGAIMANAPUN, kaedah begitu MENGUNTUNGKAN dari sudut PSIKOLOGINYA untuk sesetengah orang, sebab akhir sekali, urusan renew road tax & insuran selesai, dan emas pun dapat balik. Dan kekayaan mereka sebenarnya tak hilang begitu sahaja sebab mereka meletakkan target untuk tebus balik emas yang dipajak itu.

Antara perkongsian pengalaman rakan facebook saya.
Untung Dari Sudut Psikologi
Kaedah begitu sebenarnya boleh juga dianggap “simpan dahulu baru belanja”, tetapi simpanan itu dibuat dalam bentuk emas. Duit yang disimpan dalam bentuk emas lebih bertahan dari ‘kebocoran’ berbanding simpan dalam akaun bank. Kalau tak beli emas, mungkin duit simpanan mereka akan sentiasa ‘bocor’, atau akan terus hangus disebabkan perbelanjaan hangus itu tidak lagi berganti.
Kaedah begini saya rasa lebih baik berbanding ambil pinjaman peribadi di bank bila terdesak nak pakai duit… Jadi lebih baik simpan dahulu (walaupun dalam bentuk emas), belanja kemudian.
Wallahu a’lam.
Zulkifli
Damansara Damai
2 Februari 2016
23 Rabiul Akhir 1437
[Kredit foto : thetoppaydayloansusa]

