Emas, Simpanan Untuk Dilupakan

Antara masalah saya bila simpan duit dalam bank ialah selalu belek-belek buku akaun – Tabung Haji. Bila dalam kepala dah tahu berapa duit yang ada, mulalah fikir nak beli itu, nak beli ini. Perlu itu dan perlu ini.

Bila Rasa Ada Duit, Mulalah…

Bulan ni keluarkan sikit, bulan depan keluar sikit lagi. Lama-lama simpanan pun makin kurang. Setiap belanja beli itu dan ini, habis duit baiki itu dan ini, dan semuanya ada justifikasi tersendiri. Semuanya dikategori sebagai “keperluan”. Dan memang pun tak membazir – membeli hanya yang “perlu”, dan hanya yang “mampu”. Tetapi kalau trend ini tak dapat dihentikan, jawabnya jumlah simpan tak akan ke mana.

Kalau ikutkan ilmu kewangan peribadi, kita mesti ada satu simpanan yang dinamakan “simpanan untuk dilupakan” (forgotten saving). Simpan, dan lupa. Tak tahu berapa jumlah simpanan semasa. Tahu-tahu, tabungan dah banyak bila kita cek 2, 3 tahun akan datang! Ah… yang ini lah saya payah sikit ni.

Kekadang, saya fikir nak ‘buang’ jer buku akaun tu. Ataupun nak poskan jer buku akaun Tabung Haji tu balik kampung. Supaya saya tak tahu berapa jumlah semasa, dan menyulitkan untuk buat pengeluaran.

Melupakan Simpanan Dengan Emas

Jadi, dengan cara beli emas, sikit sebanyak saya dapat jadikan simpanan saya sebagai simpanan yang dilupakan. Saya tak tahu berapa jumlah simpanan yang ada. Yang saya tahu, berapa keping gold bar dan dinar emas yang saya ada. Dan mungkin satu hari nanti, saya pun tak tahu berapa banyak emas yang saya beli.

Ada jer duit lebih, saya beli gold bar atau dinar, dan campak jer dalam safe deposit box. Bila cukup “haul zakat” nanti, baru buka dan cek balik berapa ketul emas yang saya ada untuk keluarkan zakat simpanan emas.

Sejak saya mulakan tabiat menyimpan emas, saya rasa saya tak banyak duit. Dan tak terfikir nak beli itu dan ini sebab ‘tak ada’ duit dalam buku akaun Tabung Haji. Saya cuma ada emas dan duit tunai yang cukup-cukup sebagai simpanan kecemasan. Itu sahaja.

gold bar emas public gold

Gold Bar keluaran Public Gold beserta sijil ketulenan (merah). Ada 3 jenis gold bar buat masa ini; 20 gram (RM3,025), 50 gram (RM7,527), dan 100 gram (RM14,983). Itu harga masa artikel ni ditulis pada 27 Oktober 2010. Harga sebenar berubah setiap 20 minit, ikut harga emas dunia.

Untung Emas Berbanding ASB dan Tabung Haji

Dan yang bestnya bila beli emas ni, tak perlu risau pasal dividen banyak ataupun sikit. Sebabnya trend harga emas memang menaik dalam jangka panjang. Dalam masa 10 tahun kebelakangan ni, kenaikan harga emas lebih kurang 15% setahun.

Tapi kalau simpan ASB dan Tabung Haji, pulangan cuma sekitar 5% hingga 8% jer. Itu belum tolak inflasi 4%, dan zakat 2.5%. Bila tolak sana sini, pulangan bersih cuma sekitar 1% bagi Tabung Haji, dan 1.5% bagi ASB. Ah… jauh lebih baik simpan emas kalau untuk simpanan jangka panjang.

Kepada sahabat pembaca yang nak beli emas, insyaAllah saya boleh guide. Saya telahpun ‘terdaftar’ jadi dealer / ejen emas Public Gold masa saya beli emas untuk simpanan sendiri. Saya jadi dealer sebab beli emas (dalam jumlah yang melayakkan jadi dealer), bukan beli emas untuk jadi dealer.

Wallahu ‘alam.

Zulkifli
Damansara Heights
27 Oktober 2010
19 Zulkaedah 1431

Setakat kajian saya, saya nampak beli emas Public Gold adalah yang terbaik untuk simpanan. Sebabnya banyak. Antaranya, senang beli, senang jual.

Untuk semak harga emas semasa Public Gold, boleh KLIK DI SINI.

36 Comments

  1. tapi saya lebih berminat i series sebab boleh dipajak ar rahnu, boleh guna masa terdesak, roling modal perniagaan jimat kos deposit box, boleh dipakai dan dihadiahkan untuk isteri anak2 perempuan. Bila anak dara saya dah besar nanti sudah ada aset ribuan ringgit . Disitu saya juga boleh save dana pendidikan dan keperluan anak2 dalam bentuk emas. Cuma spread ye dalam 10% jadi lebih baik jgn dijual simpan untuk kemudian hari..

  2. Salam tuan, saya berminat nak beli gold i-series. Memandangkan tuan terlibat dalam PG adakah tuan juga terlibat dalam penjualan i series tersebut. Kalau terlibat berapa modal yang diperlukan?

  3. Wslm tuan, memang saya juga ada jaul i series. Kalau tuan nak dapatkan i series, insya Allah saya boleh tolong. Tuan duduk di mana? Boleh saya tahu nama tuan? Harga i series 10gram skrg ni sekitar RM1,830.

  4. Salam En. Zul, saya tertarik dengan pelaburan emas dan konsep pelaburan yang dilupakan berbanding simpanan dalam buku akaun. Sebagai langkah pertama pelaburan emas, berapa modal terkini perlu saya ada untuk membeli 1 Dinar PG? Daripada pembacaan dan ilmu saya yang sedikit masa ini, nampaknya pilihan terbaik saya masa ini adalah dinar emas. Boleh beritahu modal yang diperlukan?

  5. Wslm Ahmad, bagus tu. Simpan dan lupakan. harga 1 dinar PG sekarang ni sekitar RM795. Harga tertinggi ia pernah cecah sebelum ni ialah RM830. Emas dalam bentuk dinar adalah paling murah untuk pelaburan emas fizikal.

  6. salam en zul, ni 1st time sy bc blog ttg pelaburan emas. sy dh lama mendgr tentang pelaburan emas tapi tak tahu mane nak beli .tapi hari nie allah pertemukan dengan blog en zul.bila baca blog nie…baru faham skit2 tentang plaburan emas.sy ada bbrp soalan
    1.mana lebih bagus i series dgn PG atau dinar kelantan?
    2.kt mn tempat yg paling sesuai membeli emas ni?

  7. Wslm Nik.

    Alhamdulillah, selamat datang ke dunia pelaburan emas. Antara i-series dgn dinar kelantan, dua2 bagus. Kelebihan iseries ialah lebih senang di pajak, dan boleh dipakai sbb ia barang kemas cum emas pelaburan. Kelebihan dinar kelantan ialah ianya cantik. Kalau betul2 untuk pelaburan, saya syorkan nik beli emas public gold. Ia terbaik untuk pelabur, antara sebabnya ialah senang beli, senang jual.

    Kalau nak emas Public Gold, saya boleh bantu, insyaAllah. Nik duduk area mana?

  8. maaf lambat respon..busy skit .ok saya ikut cadangan en zul.jadi cmane nak bli.brape minima bleh bli?.byk soalan sbnarnya nak tanya berkenaan pelaburan emas nie,bleh en zul jelaskan perkara2 yang wajib saya tahu sebelum membeli Public Gold.en zul lebih arif .saya duduk dikelantan

  9. Ok Nik. Caranya mudah, email maklumat Nik pada saya; (1) Nama penuh, (2) No. ic, (3) email address, (4) No. telefon, (5) bajet untuk belian emas & apakah tujuan bajet tu. Nanti saya akan call ni untuk bagi cadangan yang terbaik.

    Antara yang Nik perlu tahu sebelum beli emas ialah;

    (1) Emas adalah pelaburan jangka sederhana & panjang, minimum setahun. Kalau nak beli emas, gunakan duit yang agak2 setahun tak pakai,

    (2) Keuntungan pelaburan emas hanya bila kita jual nanti pada harga yang lebih tinggi, ia tak menjanjikan income bulanan ataupun tahunan. Ia macam jual beli rumah jer.

    (3) Sejauh mana keuntungan yang bakal kita dapat dlm mana2 pelaburan ialah bergantung sejauh mana ilmu kita. So, untuk gandakan keuntungan dlm emas, banyakkan membaca, datang seminar, bergaul dgn pelabur2 emas melalui seminar ataup talk yang Nik hadir.

    (4) Zakat emas pelaburan ialah 2.5% setahun bila cukup nisab 85 gram.

    (5) Untuk dapatkan ilmu asas pelaburan emas, saya sangat syorkan Nik baca eboook ringkas yang saya sediakan ni. Gunakan link ni; http://www.box.com/shared/v34urjpsuj

    Wallahu a’lam.

    Zul
    019-336 8009
    ibnushafie@gmail.com

  10. zakat 2.5% setahun…kalau kita ada emas 1kg(rm160k) after 20tahun emas kurang 50%..so tinggal 500g jer…
    kalau asb rm160k interest-ZAKAT(8%-2.5%=5.5%)selepas 20thn duit tu akan jadi rm467k..n akan berkembang jika disimpan lebih lama..tapi berat emas akan susut jika lama disimpan(kerana bayar zakat)sampailah pada berat 85grm

    1. satu kebaikan dibalas dengan sepuluh kebajikan…lagi pun zakat tu menyucikan harta…tak rugi bayar zakat..lagi menanbah kberkatan dalam hidup adalah…tak percaya?cubalah

  11. 500gram emas lepas 20 tahun mungkin dah boleh beli sebuah banglo, tapi RM467k tu nak beli low cost appartment pun tak lepas. Silap2 masa tu duit kertas dah tak ada nilai langsung sebab masa tu orang pakai emas dan perak jer untuk urusniaga.

    Emas ni patut diukur dari sudut KUASA BELI dan NILAI sebenarnya. Bukan jumlah wang untuk membelinya. 15 tahun dulu, 1 kg emas harganya tak sampai RM40k pun.

    Wallahu a’lam.

  12. betul tu 200k akan datang dalam 20 tahun lagi tak tahu bole apa.. Dengan memiliki emas kita bole maintain kaya dunia dan akhirat dengan cara membayar zakat. Pernah terfikir tak tiba2 kerajaan istiharkan duit tak bernilai akibat ekonomi meleset atau berperang.. cuba renungkan sejenak

  13. Pada pandangan saya, Ada benar dan logik pendapat diatas… Niatnya baik tu… Kita ambil dari sudut positif… Sedangkan Nabi s.a.w bersabda: “akan tiba di akhir zaman, tiada apa pn yg bernilai maka simpanlah SEKURANG2NYA 1DINAR”

    Ini hnya pandangan saya… Simpanlah sekadar yg mampu… x cukup haul & nisab, x perlu bayar zakat emas & perak… Sedangkan keuntungan asb beliau byr zakat 2.5% setahun. X ada masalah disitu sbnrnya… saya hnya ambil yg positif…

    Wallahualam…

  14. salam,
    sahih ke hadis Nabi s.a.w bersabda: “akan tiba di akhir zaman, tiada apa pn yg bernilai maka simpanlah SEKURANG2NYA 1DINAR” ?

    thanks,

    1. Wslm En. Zulhilmi,

      Ada hadis Nabi s.a.w, tapi statusnya adalah dhaif iaitu:

      Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan, “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham. (Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal)

      Hadis status dhaif ni boleh diamalkan, tetapi tak boleh dijadikan hujjah untuk mengeluarkan hukum. Kalau status hadis mawdhu’, maka hadis tu boleh ditolak secara total.

      Wallahu a’lam.

  15. nice. yg tu sebaiknye utk kte inform status hadis ni. btw, ape pndpat en Zul mengenai pdgn emas ni akan buble jgk satu hr ni . melihat trend semasa ( 2012- 2013), keadaan emas tidak stable berbanding 10 thun lpas. memang di akui emas ni as a long term investment / penyimpan nilai tetapi bimbang jg jika harga nye akan statik sekitar 1300- 1400 usd per ounce. Mybe en Zul boleh share your thought mengenai emas for 5 years further.

    1. Menurut pembacaan dan kajian peribadi saya, bukan emas tu yang akan buble, tapi duit kertas yang kita simpan tu yang akan buble sebab sejarah membuktikan, matawang yang dimanipulasi pasti runtuh.

      Sebelum 1971, setiap wang kertas yang dicetak disandarkan kepada emas. Duit kertas mewakili emas. Tapi lepas 1971, duit kertas dan emas dah tak ada kena mengena bila US putuskan hubungan emas dan duit kertas. Maka bermulakan era manipulasi matawang di mana duit yang ada hari ni di wujudkan “out of nothing”. US boleh cetak seberapa banyak kertas hijau US Dollar untuk ‘mencuri’ kekayaan negara-negara lain sebab satu dunia bergantung kepada USD untuk dagangan antarabangsa. Negara-negara dunia simpan matawang USD sebagai rizab negara, tapi US adalah penyimpan emas terbesar dunia sebagai rizab negara mereka.

      Sejarah menunjukkan manipulasi matawang begini akan runtuh. Salah satu petanda jelas ianya semakin dekat bila berlaku krisis hutang US dan negara-negara Eropah yang menyebabkan merosotnya keyakinan dunia terhadap matawang USD dan EUR. Bila sistem matawang runtuh, maka dunia akan kembali kepada emas & perak.

      Emas bagi saya melangkaui konsep “buy low, sell high”. Ia adalah penyimpan nilai paling ampuh dalam sejarah manusia.

      Wallahu a’lam.

    1. Salam Pn. Suhaily,

      i-series tu barang kemas keluaran Public Gold. Ia emas padu. Tahan lasak dan senang untuk buat pajakan. Tapi sekarang Public Gold tak kurangkan pengeluaran i-series sejak ar-rahnu mula terima balik pajakan gold bar & dinar. Harga dan susut nilai i-series dah ikut sama macam barang kemas d-series.

      Puan boleh cek harga dan design di http://www.publicjewellery.com.my.

  16. Assalamualaikum wbt en zul. Saya aini student full time uitm brumur 19 tahun, saya begitu berminat utk mmbuat plaburan emas demi masa depan sy , tapi sy kurang arif bagaimana saya perlu bermula. Saya ada baca beberapa artikel en tgtg pelaburan emas. Sekarang sy ada simpanan rm2000 tp ingin melabur dlm rm1000 sebagai permulaan, sy juga ada bisnes part time kecil kecilan. Bagaimana harus saya bermula?

  17. banyak ilmu sy dpt tentang gold..
    byk blog sy timba..skrg ilmu gold d itangan.tetapi msh ramai di luar sn yang x fhm tntang ’emas’..siapa yang nampak satu rzk bg mereka.tuhan dh buka hijjab dunia bg mereka untuk hari mendatang..
    terima kasih terima kasi terima kasih..

  18. Assalam en zul,
    Alhamdulillah. info yg berguna. Terima kasih. Akk ingin bertanya:

    Bagaimana dan di mana penyimpanan bar emas yang selamat? Sbb spt dimaklumi semua, keselamatan rumah di Malaysia mmg tidak boleh diharapkan akibat kadar jenayah pecah rumah yang sgt tinggi tidak kira di bandar mahupun luar bandar. Dan utk mempunyai sistem keselamatan rumah yang canggih di rumah flat atau teres kos rendah rasanya ramai yg kurang mampu utk maintain nanti, termasuklah orang seperti akk.
    Sukacita, mohon En zul atau pembaca lain boleh berkongsi pandangan ttg hal ini. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *