Emas, Simpanan Untuk Dilupakan
Antara masalah saya bila simpan duit dalam bank ialah selalu belek-belek buku akaun – Tabung Haji. Bila dalam kepala dah tahu berapa duit yang ada, mulalah fikir nak beli itu, nak beli ini. Perlu itu dan perlu ini.
Bila Rasa Ada Duit, Mulalah…
Bulan ni keluarkan sikit, bulan depan keluar sikit lagi. Lama-lama simpanan pun makin kurang. Setiap belanja beli itu dan ini, habis duit baiki itu dan ini, dan semuanya ada justifikasi tersendiri. Semuanya dikategori sebagai “keperluan”. Dan memang pun tak membazir – membeli hanya yang “perlu”, dan hanya yang “mampu”. Tetapi kalau trend ini tak dapat dihentikan, jawabnya jumlah simpan tak akan ke mana.
Kalau ikutkan ilmu kewangan peribadi, kita mesti ada satu simpanan yang dinamakan “simpanan untuk dilupakan” (forgotten saving). Simpan, dan lupa. Tak tahu berapa jumlah simpanan semasa. Tahu-tahu, tabungan dah banyak bila kita cek 2, 3 tahun akan datang! Ah… yang ini lah saya payah sikit ni.
Kekadang, saya fikir nak ‘buang’ jer buku akaun tu. Ataupun nak poskan jer buku akaun Tabung Haji tu balik kampung. Supaya saya tak tahu berapa jumlah semasa, dan menyulitkan untuk buat pengeluaran.
Melupakan Simpanan Dengan Emas
Jadi, dengan cara beli emas, sikit sebanyak saya dapat jadikan simpanan saya sebagai simpanan yang dilupakan. Saya tak tahu berapa jumlah simpanan yang ada. Yang saya tahu, berapa keping gold bar dan dinar emas yang saya ada. Dan mungkin satu hari nanti, saya pun tak tahu berapa banyak emas yang saya beli.
Ada jer duit lebih, saya beli gold bar atau dinar, dan campak jer dalam safe deposit box. Bila cukup “haul zakat” nanti, baru buka dan cek balik berapa ketul emas yang saya ada untuk keluarkan zakat simpanan emas.
Sejak saya mulakan tabiat menyimpan emas, saya rasa saya tak banyak duit. Dan tak terfikir nak beli itu dan ini sebab ‘tak ada’ duit dalam buku akaun Tabung Haji. Saya cuma ada emas dan duit tunai yang cukup-cukup sebagai simpanan kecemasan. Itu sahaja.
Gold Bar keluaran Public Gold beserta sijil ketulenan (merah). Ada 3 jenis gold bar buat masa ini; 20 gram (RM3,025), 50 gram (RM7,527), dan 100 gram (RM14,983). Itu harga masa artikel ni ditulis pada 27 Oktober 2010. Harga sebenar berubah setiap 20 minit, ikut harga emas dunia.
Untung Emas Berbanding ASB dan Tabung Haji
Dan yang bestnya bila beli emas ni, tak perlu risau pasal dividen banyak ataupun sikit. Sebabnya trend harga emas memang menaik dalam jangka panjang. Dalam masa 10 tahun kebelakangan ni, kenaikan harga emas lebih kurang 15% setahun.
Tapi kalau simpan ASB dan Tabung Haji, pulangan cuma sekitar 5% hingga 8% jer. Itu belum tolak inflasi 4%, dan zakat 2.5%. Bila tolak sana sini, pulangan bersih cuma sekitar 1% bagi Tabung Haji, dan 1.5% bagi ASB. Ah… jauh lebih baik simpan emas kalau untuk simpanan jangka panjang.
Kepada sahabat pembaca yang nak beli emas, insyaAllah saya boleh guide. Saya telahpun ‘terdaftar’ jadi dealer / ejen emas Public Gold masa saya beli emas untuk simpanan sendiri. Saya jadi dealer sebab beli emas (dalam jumlah yang melayakkan jadi dealer), bukan beli emas untuk jadi dealer.
Wallahu ‘alam.
Zulkifli
Damansara Heights
27 Oktober 2010
19 Zulkaedah 1431
Setakat kajian saya, saya nampak beli emas Public Gold adalah yang terbaik untuk simpanan. Sebabnya banyak. Antaranya, senang beli, senang jual.
Untuk semak harga emas semasa Public Gold, boleh KLIK DI SINI.

