Harga Emas Dunia vs Malaysia
Sekarang harga emas dunia di paras paling rendah dalam tempoh 5 tahun. Tetapi harga emas di Malaysia bukanlah yang paling rendah sebab hujung 2014 hari tu harganya lebih rendah. Ini disebabkan faktor kejatuhan ringgit. Kalau ringgit kekal RM3.20/USD seperti tahun lepas, harga emas ketulenan 999.9 keluaran Public Gold mungkin bawah RM130 per gram! Tetapi disebabkan hari ini nilai ringgit sekitar RM3.85/USD, maka harga emas sekarang sekitar RM145 sahaja. Saya rasa agak susah untuk harga turun di bawah RM140/gram.
Jadi adakah patut tunggu ringgit naik semula baru nak beli emas? Saya rasa ringgit akan terus jatuh dalam tempoh setahun ini disebabkan isu-isu ekonomi, skandal kewangan negara dan krisis politik dalam kerajaan Malaysia hari ini. Jadi ini bukan masanya untuk tunggu harga lebih rendah; tak siapa tahu bila harga paling rendah. Tahu-tahu harga dah naik balik dan menyesal tak beli.
Harga Emas Jatuh vs Ringgit Jatuh
Seperti yang saya pernah tulis dalam banyak artikel sebelum ini, kalau harga emas jatuh, ia sesuatu yang menyeronokkan bagi penyimpan emas (seperti saya), tetapi kalau ringgit jatuh, ia bukan sesuatu yang menyeronokkan. Bahkan ia sesuatu yang merisaukan sebab kejatuhannya tiada had, tidak seperti emas.
Harga emas terendah dalam tempoh 5 tahun (sumber)
Ringgit juga terendah dalam tempoh 5 tahun (sumber)
Emas, lagi harganya jatuh, lagi ramai orang beli hinggakan habis emas di kedai-kedai emas di China waktu berlaku kejatuhan mendadak tahun 2013 dahulu. Ia sangat berbeza dengan ringgit dan duit kertas yang lain. Ringgit pernah jatuh sebanyak 50% setahun (turun hingga RM4.70/USD) ketika krisis kewangan 1997. Ringgit, lagi jatuh nilainya, lagi orang ‘lari’. Itulah bezanya simpan emas dan simpan duit kertas.
Ringgit pernah jatuh ke paras RM4.72 (sumber)
Pelabur vs Penyimpan Emas
Secara jujurnya, saya bukanlah PELABUR emas yang beli sekadar untuk “buy low, sell high”, tetapi saya adalah seorang PENYIMPAN emas. Kenaikan harga emas bukanlah sesuatu yang menggembirakan bagi saya. “Pelabur emas” fokus kepada RM, tetapi “penyimpan emas” seperti saya fokus kepada GRAM – berapa gram emas yang sudah saya miliki. Maka saya cuma beli, beli, dan beli. Sejak hari pertama membeli emas, saya tak pernah jual.
Saya menyimpan emas sebagaimana saya simpan wang kertas iaitu, terus menyimpan selagi tak ada keperluan untuk digunakan. Saya jadikan emas sebagai salah satu bentuk simpanan jangka panjang sebagaimana matlamat saya dalam membeli hartanah. Nilai aset fizikal begitu lebih terjamin berbanding simpan dalam bentuk KERTAS (wang kertas) yang ditulis nombor di atasnya.
Nasihat Untuk Pelabur Emas
Bagi pelabur emas yang hanya mahukan “buy low, sell high”, bila harga emas jatuh begini, inilah masanya untuk membeli atau tambahkan lebih banyak belian. Kalau beli emas untuk terus jual bila harga naik, pilih item yang spread / susut nilai paling rendah supaya lebih cepat untung bila harga emas naik balik. Kalau emas Public Gold, item yang spread paling rendah (mengikut keutamaan); gold bar 250 gram, gold bar 100 gram, dan gold bar 50 gram dan coin 10 Dinar. Harga semasa boleh semak di website Public Gold .
Wallahu a’lam.
Zulkifli
Damansara Damai
31 Julai 2015M
15 Syawal 1436H
(Kredit foto : therealasset)
assalamualaikum,
mungkin kah harga emas di luar malaysia lebih rendah daripada harga emas di malaysia berdasarkan kejatuhan harga emas/komiditi sekarang?
Harga emas dalam USD memang rendah sekarang En. Hanis.
Bila dah mula beli emas, geram rasa bila tengok harga emas jatuh. Makin turun makin nak beli dan insya Allah kewangan tak bocor ke tempat lain yang tidak bermanfaat. Alhamdulillah dan terima kasih atas perkongsian ilmu dan nasihat.
Alhamdulillah. Itulah dinamakan “magnet kekayaan” En Fahmishah; semangat untuk kumpul harga dan sayang untuk membelanjakannya…
Assalamualaikum,Emas ni boleh dijual dimana2 syarikat ke?
Samada dalam malaysia atau luar malaysia?
Wslm En. Hafiz,
Emas boleh dijual di mana-mana kedai emas seluruh dunia, asalkan ia tulen jer. Cuma kalau nak dapatkan harga terbaik, selalunya kena jual kepada pengeluar / pekedai asal.
Emas ada hantunya, simpan emas rasa diri mcm kaya dan terjamin. Walhai sikit je pun.. hehe..
simpan duit ada RM2k dlm bank rasa mcm x simpan apapun.. itu yg sy rasa, orang lain x tau la..
Betul tuan, emas ada 1 Dinar di rumah pun rasa seronok dah. hihi
Alhamdulillah… Itulah juga dinamakan magnet kekayaan. Kira rasa kekayaan kita selamat bila memiliki emas.
salam… adakah sesuai untuk beli emas dan buat loan beli tanah dalam suasana ekonomi dan politik sekarang?
Wslm En. Pi,
Saya tak pasti. Saya prefer beli dengan duit simpaan tunai sahaja.
Terima kasih En Zul terus bagi ilmu berkaitan emas. Saya sendiri ingin nak jadi penyimpan emas, fokus pada simpanan sebanyak yang mampu. Tambahan dgn GAP memudahkan kita mengumpul koleksi emas.
Sama2 En. Abdul Hakim. Alhamdulillah.
Assalamualaikum,
Adakah harga emas dimalaysia dengan harga emas dinegara adalah berbeza?
Wslm En. Hafiz,
Harga emas semua negara ikut harga di http://www.kitco.com. Cuma bila nak dijual di sesuatu negara, mereka akan convert nilai USD tu kepada matawang negara mereka. Dekat situ baru jadi mahal atau murah.
Terima Kasih,Tn Zul.
InsyaAllah,saya berniat untuk memulakan mengikuti tips yang tuan telah ajarkan.
Dan akan kerap bertanya mudahan saya tidak tersalah didalam muamalat dan teknik
Jazakallahu khair.
Assalamualaikum
Ini yang saya alami sendiri..betul kerna pertukaran mata wang, harga emas per gram tidak jauh beza (rm1 – rm3).
Jadi saya buatkan range rm145 entry point untuk membeli lebih sikit.. Rm152 sebagai limit beli (tapi jumlah kurang sikit).
Saya pun ada account dalam matawang lain..dan bertukar mode jika perbezaan harga .
.. Ini untuk jangka masa panjang melalui kaedah ‘averaging’ harga dan konsep ‘beli dan lupakan harga semasa’..
Assalamualaikum,terimakasih krn sudi menjawab pertanyaan sy dlm wassap tempohari.. byk pengajaran yg dpt sy singkapkn.
Pd pendapat en zul,pada masa sekarang ini sesuai x untuk sy membeli emas pada harga skrg?
Terimakasih krn byk mmbantu..
Wslm En. Zali,
Sama-sama. Alhamdulillah.
Harga emas sekarang masih di paras rendah berbanding tempoh 5 tahun. Bagus untuk membeli.
Assalamualaikum en Zul. Saya join PG dibwh caw pejabt PG Sg.Petani tanpa tnjuk ajar mana2 sifu. Boleh tak kiranya sy jadikan en Zul sbg introducer saya. Sy kini sbg dealer tanpa tapi tanpa ILMU..
Wslm Pn. Zaiton,
Dalam situasi Pn. Zaiton, tak boleh tukar introducer kecuali puan nak upgrade menjadi “Priority Dealer” dengan belian RM200k. Waktu tu, boleh tukar dan kena isi borang tukar introducer.
Assalamualaikum Tuan… apa akan terjadi sekiranya emas jatuh di luar jangkaan. Pada satu ketika harga paling tinggi adalah 1900 USD dan sekarang 1089 USD = 811 USD kejatuhan. Manalah tahu system chart dunia boleh di manipulasi sebab system ini buatan manusia juga dan tidak mustahil perkara ini boleh berlaku dan apakah langkah-langkah yang kita harus lakukan sekiranya ianya benar-benar terjadi. Apakah masih selamat untuk kita menyimpan emas lagi.
Wslm En. Al-Akhtar,
Kejatuhan harga emas ada had. Hadnya ialah kos emas keluar dari lombong. Saya pernah terangkan dalam artikel http://www.mohdzulkifli.com/2014/07/benarkah-harga-emas-akan-naik.html .